Dari Anas bin Malik r.a katanya, dia mendengar Rasulullah s.a.w bersabda:”Sesiapa yang ingin supaya dimudahkan (Allah) rezekinya atau dipanjangkan (Allah) umurnya, maka hendaklah dia memperhubungkan silaturrahim (hubungan kasih sayang).”

Iklan

Tuesday, November 23, 2010

Nak kawin tak?

Sekarang musim kahwin..ye,sekarang ni musim kahwin..ye,iye,saye tau sekarang ni musim orang kahwin sebab cuti sekolah dah start..Memang diri ini terasa nak kahwin,tapi apekan daye duit belum cukup.itu satu hal...yang lain hal,mak mr.J nak operate mata dulu tahun depan..,kene la tunggu turn hospital kerajaan..lain-lain hal lagi,lepas tunggu turn,baru boleh operate..seterusnya,lepas operate mestilah kene tunggu mata sembuh.Lepas mata dah sembuh,mestilah nak kene berterima kasih,beramah mesra,tegur2 doktor,nurse yang merawat,sedara mara,sahabat handai,jiran tetangga..selepas itu,baru boleh merisik,meminang,bertunang...nampaknye jauh beribu batu lagi perjalanan saye.

Baru-baru ni saye bace majalah mingguan wanita (cover depan abby abadi)..dalam tu ade sebut,'Alasan terburuk berkahwin'..kalau tak faham,saya dah pun sediakan contoh2 yang selalu berlaku dalam kehidupan kite,yang mane salah satunye mungkin akan buat anda akan terase lepas ni.

1-Terlanjur..kawin express.sebelum orang nampak perut membesar,cepat2 kahwin.

2-rapat dengan keluarganya..contoh,kau admire sangat kat mak dia,sebab mak dia cantik..bukak kedai facial muka.bapak dia plak pandai masak macam chef wan,jadi keje kau nak facial muka free&makan sedap je lepas kahwin.

3-ikut rakan..ramai kawan2 yang dah kawin,jeles,sedih,nanti tinggal sorang2 je yang tak kawin2.

4-penuhi impian keluarga..mak abah kau takut kau ni tak laku,takde sape pinang.jadi dijodohnye kau dengan jiran sebelah rumah.

5-terlalu kerap bersama..macam belangkas,tau nak dating 24 jam shoping pegi jusco je,tapi kenal hati budinye pun tidak.

6-dia cantik/hensem..ini kes jelita anggun mempesona macam rozita che wan la kot.takut dikebas orang.

7-didesak..ugut2 ni....'kahwin dengan i hujung minggu ni,kalau tak,kite putus'...

8-ditangkap khalwat..menutup malu

9-langkah baru...standard la,rumah dah ade,kereta dah ade,keje bagus,ape lagi yang anda mau..

10-'berhutang'..pisang emas dibawa belayar,masak sebiji di atas peti,hutang emas boleh ku bayar,hutang budi dibawa mati'...


Dalam banyak2 10 alasan ni,percayelah cakap saye,tak 2 pun,paling2 mesti 1 kene kat diri anda,kan?kan?kan?...tak 1 pun mesti 1/2..Tapi nak diikutkan,zaman sekarang dengan globarisme kat malaysia ni,semua alasan2 ni bukan lah 'alasan buruk' lagi..sebaliknye saye rase semua ni dah jadi alasan2 yang memang orang guna untuk berkahwin.Ish3.

No comments:

Post a Comment