Dari Anas bin Malik r.a katanya, dia mendengar Rasulullah s.a.w bersabda:”Sesiapa yang ingin supaya dimudahkan (Allah) rezekinya atau dipanjangkan (Allah) umurnya, maka hendaklah dia memperhubungkan silaturrahim (hubungan kasih sayang).”

Iklan

Thursday, June 2, 2011

Telur bungkus:kau ingat senang ke nak terbalikkan kuali tu!

   
Semalam saye masak telur bungkus sebagai lauk berbuka puasa.Dalam otak ni memang nak buat telur bungkus start dari pukul 2 lagi aku dah fikir nyah..sebenarnya nak abiskan stok daging beger+telur..Fine.

Kerja-kerja memasak dimulakan dengan menggoreng daging beger,cincang halus2 dalam kuali,masukkan sayur campur....goreng puas2..srrreeeenngggggg,sreennnnggggggggg..begitulah bunyi kuali saye.last campur dengan sos+kicap...letak sedikit perasa.main hentam je letak sebab tengah puase.oh ye,sepanjang saye masak tak penah saye guna pak aji.tak baek untuk kesihatan sebab ade MSG (monosodium glutomate...)




telur bungkus berinti daging







inti daging terlebih kicap



  
Stage kedua..bancuh telur 2 biji..panaskan kuali dengan minyak yang sikit.....(part ni memang mencabar gile..).....bila kuali dah panas sampai keluar asap2..matikan.MATIKAN GAS...(part penting ni..sila catat).Lepas matikan gas..tuang telur yang dah dibancuh tadi.Amik kain lap,pegang telinga kuali dan goyang2kan kuali sehingga telur membentuk bulatan dalam kuali tu.Mase nak ratakan telur tula kene guna tenaga yang banyak.kalau tangan menggigil lupekan jela,buat jela telur goreng,tak payah ngade2 buat telur bungkus.Gas memang kene matikan mase nak goyang2kan kuali tu.Jarak antara tangan kite dengan dapur gas maybe sangat dekat,so takut tangan kite terkena api.Kalo kat kedai makan lain cerita sebab dapur &kuali diorang tak same dengan kite punya kat rumah.


Stage 3..haa..ni paling mencabar berbanding stage 2 tadi.agak2 telur dah kering,dah boleh angkat2 sikit,letak inti daging tadi kat center kuali...kemudian try bungkus macam bungkus beger tu.Tapi part paling kelakar,saye siap bentang surat khabar kat lantai.letak kuali atas tu.terlangkupkan pinggan dalam kuali,gunalah sebanyak mungkin tenaga anda,sebelah tangan pegang pinggan,sebelah tangan pegang kuali.Terbalikkan kuali tu,dan lihatlah camne rupe telur bungkus anda atas pinggan tu...FFFfuuhhhhhhhh..susah gile mase nak terbalikkan kuali tu sebab risau telur akan berterabur atas pinggan.Tapi mase tu dah takde mase nak risau-risau.

Lebihan nasi berbuka masak pulak untuk nasi goreng breakfast harini..nyum2...gemoks aku.


kecoh la lu..nasi goreng sume orang boleh buat,itu pun nak tunjuk.




***Dah lame tak update preparation untuk wedding...Kakak pregnant,abang sulung kat oversea tak tau balik cuti bile..aku sendiri pun tak tau nak kawin bulan berapa...huhhh,jiwa kacau.

No comments:

Post a Comment