Dari Anas bin Malik r.a katanya, dia mendengar Rasulullah s.a.w bersabda:”Sesiapa yang ingin supaya dimudahkan (Allah) rezekinya atau dipanjangkan (Allah) umurnya, maka hendaklah dia memperhubungkan silaturrahim (hubungan kasih sayang).”

Iklan

Sunday, July 31, 2011

Harapan

Syukur Alhamdulillah,masih bernyawa,masih bernafas selama 25 tahun.Takde ape yang boleh dikatakan melainkan syukur kepada Allah atas ape yang saya ada dalam hidup saya harini.Pada ketika Allah beri pelbagai nikmat kepada saya,tak kurang juga dengan dugaan-dugaan datang dalam hidup saya.Saya senyum dan menerimanya.Kalau kita nak hidup gembira,kita sendiri la yang perlu corakkan hidup kite supaya jadi gembira.Do something yang kita suka. Tak perlu merintih-rintih tunggu orang datang gembirakan kita.

Pada umur 25 tahun,saya sangat bersyukur ada kawan-kawan yang sangat setia di sisi saya.Rezeki yang melimpah ruah,kesihatan yang baik (cuma macam nak dekat-dekat obes sikit), dikurniakan ibu bapa yang sihat dan masih dipanjangkan umurnya.Hanya kebahagiaan diri sendiri je yang masih kurang lengkap.

Apa yang saya harapkan...

Saya harap awaklah lelaki yang boleh menjaga saya dengan sepenuh kasih sayang
Saya harap awaklah lelaki yang boleh membimbing saya jadi wanita solehah
Saya harap awaklah lelaki yang ada ketika saya suka & duka.
Saya harap awaklah lelaki yang support saya at anytime and anywhere..



Saya harap dan berdoa supaya Allah tetapkan hati saya...
Saya harap dan berdoa semoga apa yang dirancang itulah yang terbaik buat saya.

No comments:

Post a Comment