Dari Anas bin Malik r.a katanya, dia mendengar Rasulullah s.a.w bersabda:”Sesiapa yang ingin supaya dimudahkan (Allah) rezekinya atau dipanjangkan (Allah) umurnya, maka hendaklah dia memperhubungkan silaturrahim (hubungan kasih sayang).”

Iklan

Friday, August 26, 2011

Kejadian sebelum aidilfitri + entry geli-geli sikit

Minggu lepas saya & kawan2 saya pergi SOBB dekat area ofis saye..yang comelnye tu sebab bunyi SOBB = Semua Orang Boleh Berniaga, comel je bunyi tempat tu,ala-ala mini uptown.

So ape yang saya & kawan2 saye buat kat sane...actually kami jalan-jalan survey tudung,nak-nak pulak saye baru lepas email draft paper seminar kat dr.ahmad,so ade bunyi-bunyi lega + nak enjoy sekejap di situ.Then kami singgah di satu boot pakcik ni,dia buat  treatment lintah..Seekor rm8.Kak siti belum buat pape lagi dia dah buat muka loya nak muntah,lastnye die lepak dalam kereta je.So tinggal saya & kawan saye sorang lagi yang menghadap lintah tu.Sebelum buat rawatan, kene check tekanan darah,so pakcik tu/makcik tu boleh counsel kite dulu & check ape problem kite.Saya duduk kat situ teman kawan saye sebab saye nak sangat tengok camne lintah tu sedut darah.Lepas dah abis counsel, pakcik tu suggest 3 point untuk letak lintah tu.Tapi basically kita akan letak lintah tu kat kawasan yang bermasalah.Lintah akan hidu darah kotor tu (saya baru tau lintah ade kebolehan macamni)& dia akan dok hisap darah kat point-point yang problem tu.



Banyak khasiat lintah ni,tapi kebanyakan nye di illustrate oleh gambar-gambar pesakit.So saya geli nak snap gambar kat tempat tu.Tapi yang menariknya, ada sepasang suami isteri, si suami ade problem darah kotor...badan abang tu penuh dengan jerawat, dan dia continuously buat treatment lintah kat situ.Dah beberape kali dia buat treatment kat situ,malam tu dia cakap dia dah kurang rase nak hisap rokok.Bagus betul!,tak sabar saya nak mintak jali buat treatment ni untuk pulihkan cagu dia.Sementara nak tunggu lintah tu gemuk,buat refleksologi,bayaran dia seikhlas hati.Bukan tu je,dapat plak counselling tambahan pulak tu.

Mostly lintah tu akan amik mase yang lame untuk hisap darah kat point bermasalah tu..rasenye lebih 30 minit..Lepas kekenyangan, lintah tu akan jatuh bergolek sendiri dari badan kita,akhirnya lintah tu lame-lame akan mati....After lintah jatuh,kite kene cepat2 bubuh kapas untuk tahan darah mengalir,luka lintah tu sedut agak dalam,so luka tu amik mase 2-3 hari untuk stop mengalir.

ni contoh luka yang lintah hisap...comel je bentuk 'v'..

Effectnye, memang lega & ringan je badan...So mehla kita ramai-ramai cuba rawatan lintah ni.Saya memang  geli...tapi teringin nak cuba.Next time kot.

Ok,habis cerita geli-geli,now...saya nak cerita pasal saya & jali.Hari khamis lepas,after saya turun bas,terus jali amik.Mula-mula kami ke maxis centre kat bukit tinggi settlekan account maxis,ramai gile dalam tu,tapi tak boring sebab most staff maxis kat dalam tu muka macam kevin zahari, macam s.kuhan pemain hoki tu pun ada, ala-ala bernard chandran pun ada..hahaha.After that saya teman jali & daus berniaga.Kisah tebu memang dah lame dilupakan, jali & daus berniaga air-air selain air tebu.First time tengok tunang cari rezeki,terharu pulak tengok..Location, belakang hotel cristal crown,klang.


Mula-mula ingat nak duduk dalam kereta..tunggu jali setup khemah,siap-siap sembayang asar..tibe-tibe saya terperasan satu bende..


Kenapa kereta jali takde tempat kunci kereta?..kenape tempat tu berlubang?..macamane dia start kereta?
Rupa-rupanya...wayar lubang kunci kereta tu dah terburai kat bawah stereng,so nampak macam antik sikit waktu nak start enjin tu.


Lepas setengah jam duduk dalam kereta,saya pun dah start boring & keluar duduk kat tempat dia berniaga.

 peewit,abang, air laici satu!!!!



Kami berniaga sampai pukul 7.30 malam,after that berbuka..dan selamat sampai rumah di banting.Alhamdullillah semuanya selamat, seronok + nikmat tak terhingga dapat balik kampung tengok muka parents after sebulan lebih tak balik.(hek eleh,sebulan lebih pun kecoh, orang lain berbulan-bulan tak balik)..

Tahun ni, no shopping-shopping with fiancee, masing-masing shopping sendiri..tomorrow's mission = alamanda, fossil, i'm coming!!

No comments:

Post a Comment