Dari Anas bin Malik r.a katanya, dia mendengar Rasulullah s.a.w bersabda:”Sesiapa yang ingin supaya dimudahkan (Allah) rezekinya atau dipanjangkan (Allah) umurnya, maka hendaklah dia memperhubungkan silaturrahim (hubungan kasih sayang).”

Iklan

Monday, August 15, 2011

Steamer takde,Oven pun takde.


Ya,ni memang keje saye hujung minggu,bosan-bosan pergi jusco cari majalah.Bukan main lagi beli buku chef hanieliza,makanan barat,puding&dessert,padehal...sebijik steamer & sebijik oven pun aku takde kat rumah ni.Hajat di hati ingat nak pinjam je kat ofismate yang dah kawin..Nanti nak dekat raye kami pulangkan la ye..'Habis bini aku nak buat kuih macamne plak?'...Mungkin ayat-ayat tersebut akan keluar dari mulut mereka..

So solutionnye,bace je majalah solusi, plus mimpi masak western dalam tido.Saya memang impikan nak masak western.Tapi ade pulak kekangan peralatan & masa.Nak beli malas,nak pinjam macam leceh.Sudahnye entah bile nak buat.Mungkin saya boleh try buat yang simple2 dulu without guna oven or steamer.

Oh ye,nak kongsi sesuatu dengan anda semua,tahukah anda bahawa Rasulullah menggemari labu?

'Anas bin Malik r.a meriwayatkan:Rasulullah s.a.w ialah seorang yang menyukai buah labu.Maka setiap kali diberikan makanan atau diundang dalam jamuan makan,saya selalu mengikuti dan menghidangkan buah labu di hadapan baginda kerana saya tahu bahawa baginda menyukainya'-Petikan dari Solusi isu 34.

Happy Ramadhan =)

No comments:

Post a Comment