Dari Anas bin Malik r.a katanya, dia mendengar Rasulullah s.a.w bersabda:”Sesiapa yang ingin supaya dimudahkan (Allah) rezekinya atau dipanjangkan (Allah) umurnya, maka hendaklah dia memperhubungkan silaturrahim (hubungan kasih sayang).”

Iklan

Thursday, September 8, 2011

Isu Mat Sabu & Bukit Kepong

Atas dasar tanggungjawab sebagai rakyat malaysia yang cintakan keamanan, saya nak sebarkan pesanan ni...(yang telah pun saya sebarkan dalam facebook saya).


Dr Airil Yasreen Mohd Yassin, Pensyarah Kanan, Kejuruteraan Awam,UTM telah membuat rakaman video dimana beliau telah memberikan hujah berkenaan isu bukit kepong dan komunis.Beliau tidak bersetuju dengan dengan pernyataan YB Mat Sabu,sebaliknya beliau mempertahankan perjuangan polis Bukit Kepong.Video tersebut telah diupload ke youtube.Kepada yang berminat untuk mendengar hujahan beliau,sila ke youtube.com dan taip 


"Dr Airil Pertahan Bukit Kepong Part 1",
"Dr Airil Pertahan Bukit Kepong Part 2",
"Dr Airil Pertahan Bukit Kepong Part 3",


ataupun video2 tersebut boleh ditonton di blog beliau http://airilsametok.blogspot.com.Harap dapat dihebahkan pesanan ini sempena menyambut Hari Kemerdekaan negara kita.Terima Kasih.

Ayat kat atas tu saya copy balik dari sms beliau..Beliau la 'dr.a' yg saye selalu mention dalam blog saya, atau lebih tepat he is my co-supervisor.Sebagai generasi muda,saya akui memang sukar kite nak memahami pengorbanan orang dulu2 sebab kita tak berada di tempat mereka, or kite tak penah merasa pun situasi perang,kepala kene acu senapang, or tengok anak bini/emak menangis2 ketakutan.

Saye pernah terdengar parents saye berborak dengan seseorang...bunyi dia lebih kurang camni,

 "Jadi orang muda,baru ade anak kecik-kecik, jangan asyik nak mengutuk kerajaan je....belajar bersyukur,kita yang dah berpuluh tahun besarkan anak, lebih tau pahit getirnye..bersyukur dapat tengok anak-anak masuk universiti,dapat pinjaman,dapat biasiswa, belajar luar negara..Satu hari nanti kalau anak-anak kau dah besar,nak sambung belajar,mase tu baru kau sedar betapa bersyukurnya kerajaan bantu anak-anak kau"..

From that point after saye dengar mak saye cakap sendiri..hati ni tersentuh,betapa susahnye hidup mereka dulu zaman nenek moyang dulu & betapa mereka bersyukur dapat tengok  anak-anak pergi  menara gading dengan kemudahan yang ada kat negara ni.Saya memang dapat rasekan feeling itu, abang saye belajar ke Jepun (mase tu saya kecik lagi,darjah 4 kot),dan saya,kakak saya,abang saya no.2  ketika tu masih bersekolah rendah & menengah.Saya menyaksikan sendiri pahir getir orang tua saya membesarkan kami adik beradik.Generasi muda sekarang mungkin lahir-lahir je tengok parents dah hidup senang.Ade kereta 2-3 bijik,dapat pergi tuisyen yang mahal-mahal,kasut & beg sekolah berjenama.Sebab itu mereka susah nak menghargai kesusahan hidup macam emak,ayah,datuk,nenek moyang mereka dahulu,especially hidup dalam zaman peperangan.

Saya tak mahu bercakap soal politik kotor,pemimpin salah guna kuasa or rasuah dan sebagainya.Niat saya di sini cuma mahu mengajak rakyat malaysia bersyukur dengan apa yang kita ada  di Malaysia dan belajar menghargai pengorbanan orang tua & pejuang-pejuang negara kita dahulu..Kite bebas mengamalkan hidup dengan agama masing-masing tanpa peperangan atau kacau bilau.Walau kita cetek ilmu sejarah sekalipun, tapi jangan sesekali kita jadi bodoh sampai tak tahu bersyukur dengan ape yang kite ade sekarang ni.Takde pejuang dulu,takdelah kite sekarang.

No comments:

Post a Comment