Dari Anas bin Malik r.a katanya, dia mendengar Rasulullah s.a.w bersabda:”Sesiapa yang ingin supaya dimudahkan (Allah) rezekinya atau dipanjangkan (Allah) umurnya, maka hendaklah dia memperhubungkan silaturrahim (hubungan kasih sayang).”

Iklan

Friday, November 11, 2011

Art Fazil - Merindu Kepastian

Raya haji haritu saya ade tengok satu drama tayang kat tv1..tajuk tak ingat,tapi mengisahkan pasal dua orang adik beradik chinese yang bercinta dengan orang melayu & india..yang percintaan si kakak dengan malay guy mula-mula dapat tentangan,but finally parents restu.Si adik pulak bercinta dengan indian guy, family lelaki sangat2 tak suke, si adik cume dapat express feeling dia kat laki tu mase pementasan drama kat sekolah.

Tapi bukan jalan cerita tu yang touching kan hati saya, but lagu dia sangat2 meruntun jiwa saya.Kalau nak dengar, boleh check facebook Art Fazil.

Merindu Kepastian 

Andai kau menjadi pelangi
Biar ku jadi awannya
Agar kita selalu bersama

Andai kau menjadi sang duyung
Biar ku jadi karangnya
Agar kita sentiasa bersua

Andai kau menjadi merpati
Biar ku menjadi sang bayu
Agar kita sering bertemu

Andai kau menjadi puisi
Biar ku jadi melodi
Bersama kita menyanyi

Andai ku menjadi rembulan
Sudikah kau menjadi kejora
Hingga pagi nanti

Andai esok aku menjadi tanah
Sudikah engkau menjadi bunga
Menghiasi dadaku


No comments:

Post a Comment