Dari Anas bin Malik r.a katanya, dia mendengar Rasulullah s.a.w bersabda:”Sesiapa yang ingin supaya dimudahkan (Allah) rezekinya atau dipanjangkan (Allah) umurnya, maka hendaklah dia memperhubungkan silaturrahim (hubungan kasih sayang).”

Iklan

Thursday, November 24, 2011

#Beduk 9..ber'nas' yang tidak bernas

Harini saya nak kongsi salah satu bab yang ade dalam buku "Beduk diketuk"..Harini dah baca sampai mukasurat 65,so far masih best..tak jemu.Tajuk yang saya nak cerita memang realiti atau hakikat yang berlaku pada zaman sekarang..


Tajuk "Ber'nas' yang tidak bernas" ni mengisahkan pengalaman penulis berjemaah dengan seorang lelaki yang anti-bidaah.Semasa imam membaca doa, lelaki ni terus bangun meninggalkan jemaah & terus keluar melangkah-langkah bahu jemaah.Langsung tak hormat jemaah.Kebetulan penulis dapat peluang berborak dengan lelaki ni,dia terus mempertikaikan amalan membaca doa beramai-ramai,bacaan doa qunut dan sebagainya dan dia akan menuntut nas pada setiap kata-kata yang dibahaskan oleh penulis,kerana baginya setiap amalan tanpa nas yang sahih dianggap bidaah..dan mesti ditinggalkan.Tapi sekali sekala lelaki anti bidaah ni pun tak dapat memberi nas ketika dia mempertahankan pendapatnya.

Akhirnya penulis menjawab pertikaian tersebut..Apabila Imam Syafi'i bersembahyang di dalam masjid yang ade makam Imam Abu Hanifah, dia meninggalkan qunut kerana imam syafi'i menghormati Imam Abu Hanifah yang tidak mengamalkan qunut semasa hidupnya.Pada zaman ulama-ulama dulu,mereka amat mementingkan persaudaraan.Sekalipun mereka berbeza pendapat,tetapi saling menghormati walaupun antara yang hidup dengan yang mati.Inikan pula sesama yang hidup.Jadi tiada salahnye jika lelaki anti bidaah tadi duduk seketika   ketika imam membacakan doa,sebagai tanda menghormati jemaah-jemaah lain.Ini tidak,main keluar je,langkah-langkah bahu orang.Mestilah orang marah.

Sungguh pun lelaki anti bidaah ni sangat membenci bidaah,tapi dia harus ingat...skop haram tu besar.bukan saja dalam ibadat, tapi dari segi ekonomi,perniagaan,pendidikan..pengamalan riba,penzaliman,tindas-menindas..Masalah-masalah bidaah tu dah lama diselesaikan oleh imam mazhab yang lebih arif.Yang menjadi masalah besar sekarang adalah masalah kita.Masalah riba,  penzaliman yang  lebih berat daripada masalah qunut bidaah.Nas nya lebih jelas disebut dalam al-Quran.


Kalau kita bukan pakar dalam sesuatu nas,lebih baik kite henti berbahas.Ada banyak lagi masalah besar kat luar yang patut diberi tumpuan.Macam penulis kata, asyik bertengkar tentang qunut,tentang nas,yang lagi penting kat luar tu ramai lagi yang tak sembayang.

Cerita ni mengingatkan saya tentang kontroversi dalam facebook yang mane orang kate yuna or sape-sape lagi kat malaysia ni pakai tudung menyerupai paderi/rahib...ade juga kawan lelaki yang tegur saya..Saya rujuk kembali kepada kata-kata  ustaz Zulkifli ahmad, orang sekarang dah hilang fokus..tak tau mane yang lebih utama.Samada menegur orang yang dah sedia pakai tudung bahawa tudungnya macam rahib, ataupun sepatutnya menegur orang yang langsung tak pakai tudung?..

Apa yang saya faham,penulis mengingatkan kita, dalam kehidupan kita banyak lagi masalah-masalah besar yang patut kita fokuskan, dan perbetulkan terutamanya perkara asas..Sama juga dengan salah satu bab dalam buku ni,penulis menceritakan,apabila ade orang bertanya bagaimana nak perbaiki diri,jawapannya "Mulakan dengan perbaiki solat"...Walaupun ade yang berkata kenapa orang yang bersolat masih lagi mencuri,buat maksiat?...Dan saya bersetuju dengan penulis,mutu solat pencuri tadi perlu diperbaiki kerana lama kelamaan solat itu yang akan menghentikan dia dari mencuri.Solat itu sendiri adalah sesuatu yang membentuk disiplin,tapi kenelah buat betul-betul.Dan saya sendiri boleh rase dan lihat dalam kehidupan saya sendiri,kalau solat saya tak disiplin,diri kita tak disiplin,tak hairanlah pengurusan masa kita lintang-pukang dan tak boleh tepati janji.Sudahnya macamana nak perbaiki diri?

Wallahua'lam..

No comments:

Post a Comment