Dari Anas bin Malik r.a katanya, dia mendengar Rasulullah s.a.w bersabda:”Sesiapa yang ingin supaya dimudahkan (Allah) rezekinya atau dipanjangkan (Allah) umurnya, maka hendaklah dia memperhubungkan silaturrahim (hubungan kasih sayang).”

Iklan

Tuesday, January 31, 2012

Review Inai --- brand 'tut' yang memang tak best

Assalammualaikum..lagi 4 hari Insyaallah saya & bakal suami akan diijabkabul...semalam saya pergi round-round pekan Banting cari Inai..Tapi disebabkan kelam-kabut sikit nak cepat balik,tak sempat cari brand inai yang best yg blogger-blogger pernah review.So saya jumpe satu brand inai ni,try je...but result die memang mengecewakan...tak tahu lah pulak pengalaman orang lain macamane.



 around pukul 1 pagi,saya biar dalam sejam sampai kering.Lepas tanggalkan,basuh,warna inai memang coklat hitam...bile bangun pagi pun warna still same.


Keesokan hari,tengahari saya baru basuh baju 5 minit,mandi...cepat sangat pudar.


Kesimpulannya,saya kene cari gak brand inai yang saya nak tu, plus kene cari inai daun!!!!!!.....

Sunday, January 29, 2012

Ade makanan sedap di hospital serdang!!

Tahukah anda bahawa majlis nikah saya diawalkan seminggu,kemudian saya masih tak sempat2 kurus lagi???..okay,bukan itu yang kita nak dengar..Tahukah anda bahawa ade makanan super sedap di hospital serdang??...Yeay!!! yang itu saya nak tau!!

Dua hari lepas saya and mak ke hospital serdang temankan kakak yang hampir-hampir nak bersalin pada ketika itu.Sementara nak tunggu waktu melawat,saya gatal-gatal mintak mak belanja beli makanan kat satu gerai ni..Hot and Roll..rasenye glamer kot kedai ni sebab bile tengok website dia macam dah establish bebenor.Order satu (main hentam je order),dahla mintak mak belanja pastu pilih yang paling mahal pulak tu.Sambil jenguk kakak,sambil saya makan, Crispy Chicken & cheese..memang sedappppppppppppp...tak tipu.Tapi tak sempat snap picture,sebab terlalu sedap...ke aku yg lapar???



Mintak maaf,saya memang buruk lantak..dah lah taklame lagi nak nikah,tak reti-reti nak diet.Tapi kalau nak tau camne rupe crispy chicken and cheese tu boleh search kat website hot and roll..Mase tu saya beli dua ketul,dan tambah prata hotdog.






Sedap kannnn???..Ditambah pula dengan jurujual yang hensem,menyerlahkan lagi skill memasak di hadapan pembeli...hadoooiii nye punn..

Okay-okay,lupekan soal makanan,mari bercerita tentang bayi yang baru lahir...







Baby boy comel ini dah ade nama..tapi kakak saya sengaja belum daftar sebab nak biarkan beberapa hari dulu...Kakak saya panggil dia Hannan,abang saya pulak suka-suka panggil dia mikail...Walaupun before this saya dah ade 3 nephews,but yang ke-empat ni a bit different sebab dapat tolong jaga dia since his first day...Alhamdulillah,semoga kehadiran baby ni dapat ubat rindu kami pada anak-anak abang kat australia...Semoga baby cepat besar ...=)

Tuesday, January 24, 2012

My Second Nikah Dress

Macam yang saya cerita sebelum ni,baju nikah pertama saya ade kesan gunting,sedih okay...tak payah panjang2 cerita...then saya beli baju nikah kedua...pattern lebih kurang sama,kurung moden,cume ade batu kristal,sulam2 sikit.

Bagi saya,baju nikah tak semestinya nampak cantik bila jahit dengan kain lace,heavy beads or sebagainya.Tapi kebanyakannya itulah typical baju nikah,colour putih,jahit dengan lace,bead sane sini.Tapi saya sengaja pilih kurung moden jenis chiffon yang bukan warna putih ,first sebab chiffon nampak 'jatuh' pada si pemakai,and nampak effect slim di situ,second saya boleh pakai semula baju nikah kat majlis-majlis lain.Mula-mula saya tak kisah langsung pasal baju nikah nikah saya yang sangat simple ni,but bile dengar beberapa pendapat dari a few friends,saya jadi tergugat,goyah and mula risau ape orang akan cakap tentang baju nikah saya...Maybe orang akan cakap..'Ooo..ni macam baju raya aku'..atau..'Baju si pengapit lagi cantik dari baju nikah pengantin'..

Tapi bila saya balik kampung,and tenung lama-lama baju nikah saya,the confident is back!...Ape kurangnye baju nikah saya,rasenye cantik juga kalau dah pakai,kalau dah mekap,kalau dah pakai veil dan ditambah lagi dengan seri pengantin.Citarasa setiap orang berbeza-beza...ye,memang nikah kalau boleh nak seumur hidup sekali,sebab tu nak cantik-cantik,nak jahit dengan kain lace or whatever...but,to make yourself beautiful,you don't have to be somebody else ,nak tiru orang ini,or orang itu or risau ape orang akan kata.Kalau ade orang tanye or kritik,just stick to your opinion or prinsip.Kalau mase nikah tu makcik-makcik kat kampung tu tegur,kita jawablah..'Ini trend la makcik,tak payah kain net atau renda,sekarang semua pakai kain chiffon,ala-ala hatta dolemat'..Kalau kawan-kawan bujang tegur pulak,awak jawablah 'kalau kau nak sangat yang camtu,ko kahwinlah cepat'..Atau lagi ringkas dan padat 'Kau balik sekarang'..






baju nikah blogger-Sakina

Couple doktor-Chameleonphotoz



Simple nikah dress,cume ade batu kristal kat leher & tangan je-amrufm.wordpress



Semua baju-baju nikah kat atas tu sume simple,takde lace,cume ade sikit-sikit je aksesori,but semua pengantin still nampak gorgoes sebab seri pengantin terserlah.Kan?kan?....so no worries anymore.

Monday, January 23, 2012

Sponsored bunga pahar

Heiii..siape yang tak suka kalau ade orang nak sponsor bunga pahar kat majlis kahwin die?..orang giler je yang tak suke..Dulu memang kakak ipar pernah cakap nak sponsor bunga pahar.So saya iyekan je,saya tak mengharap langsung sebab saye tau abang & kakak ipar saya memang busy dengan warung makan diorang.Tapi entah camne,saya sampai-sampai rumah je,nampak kakak ipar tengah gubah bunga telur organza, dan die tunjuk kat saya sambil cakap..'okay tak dik bunga ni'...Giler tak okay!!



Oh tuhanku,cantiknye bunga pahar saya,walaupun tak up-to-date macam kat bandar,macam bunga dip,or bunga pahar yang canggih-canggih,hey you know what..kalau aku beli kat kedai mau nye cecah rm5 ke atas.Siapa nak bagi free????..Rasa beruntung bile jadi anak bongsu,kemudian last sekali majlis kahwin..everybody in the family wants to make it perfect.Syukur Alhamdulillah.Rezeli nak kahwin.

Friday, January 20, 2012

21 hari lagi

Tinggal 21 hari lagi kami bakal diijabkabul...Seperti yang dirancang,majlis nikah dijadualkan 10 februari 2012,majlis resepsi pada 12 februari 2012.Borang nikah Jali dah settle,tinggal serah kat saya untuk pengesahan dari pak imam n pejabat agama.Balik raya cina ni harus saya settlekan cepat2.Sejak berhenti keje,siang malam saya dok design banner kahwin,entah bile nak email kat kakak tu...








ini banner yang saya letak kat facebook,just tambah map untuk kawan2 yang tak dapat kad.Sabtu ni Insyaallah Jali datang jemput saya kat JB,banyak barang2 nak dibawa balik..harap2 tayar kereta tak kempis..hehe..Saya bakal menetap di rumah sewa husband yg sangat comel kat teluk pulai tu.Mula-mula saya merungut gak sibuk nak cari rumah yg besar sikit.But after decide nak berenti keje & concentrate abiskan master,slowly saye accept tawaran dia.Takpelah,kami bersusah-susah dahulu...duduk umah kecik pn xpe sebab belum ade anak lagi..

Setakat ni belum neves lagi,masih relaks2.Kad jemputan dah selamat dipos,tinggal kwan2 sekampung je belum.Moga-moga semuanya lancar dan dipermudahkan,maklumlah..majlis puteri bongsu,dah tentu parents mengharapkan yg terbaik untuk majlis kali ni.Majlis serba ringkas,takde aktiviti tepung tawar,kami cuma bersanding,makan beradab dan sesi ambil gambar dengan tetamu.Itu sahaja.Malam berinai akan digantikan dengan majlis cukur jambul untuk baby kakak saya yg bakal lahir hujung bulan ni insyaallah.Allah,permudahkan urusanku.Amin..

Friday, January 13, 2012

NO tibi

Assalammualaikum...rase banyak nak cerita harini.Cukup lama saya berehat panjang disebabkan masalah kesihatan...langsung tak pegi ofis,.(sangat2 rasa bersalah).Sepanjang bulan Januari,minggu-minggu saya dipenuhi dengan jadual pergi klinik & appoinment ke hospital...6 sample kahak,2 times blood test..& chest x-ray..and the worst part is non-stop cough in 1 month & half.quite tough isn't it?..kene air-cond sikit mula la batuk,makan berminyak or pedas sikit,mula la batuk,makan bende berbutir like nasi putih pun tekak start gatal.Bila call mak,mula lah nak nangis sebab takut positive tibi.Tunggu doktor diagnose pun satu hal...asyik terfikir penyakit pelik-pelik.Ya,zaman sekarang penyakit memang pelik-pelik,sampai satu masa bila doktor tak dapat diagnose,dia akan kata jangkitan kuman pada darah or paru-paru.Mintak pada Allah agar kita dijauhkan dengan penyakit-penyakit macamtu..

Semalam 12 Januari, saya ke hospital atas appoinment yg dah ditetapkan.Pukul 8 pagi you know...8 pagi..saya & kak liza bertolak 6.45 pagi dari rumah sebab takut jem..hanya tuhan je tau betapa kami scary drive pagi-pagi buta dengan kereta banyak gile + lori-lori yg semua nak ke JB/Singapore.Alhamdulillah everything went well.Agak detail dia check & investigate.So saya terpaksa flash back semula dari saya start batuk selama sebulan lebih sampai ke harini.

TANDA-TANDA PENYAKIT TIBI (source : http://sabah.edu.my/stmarysd/tibi.html)

*Batuk berterusan Iebih dari 2 minggu - yes,4-5 minggu..seksa *Kahak berdarah - takde
*Demam dan berpeluh di sebelah petang dan malam -yes,saya bangun tido subuh tu je perasan baju macam basah
*Hilang selera makan - memang hilang selera,makan sikit je batuk.
*Susut berat badan - about 5 kilos..tak tipu punyeeee...susah nak telan makanan. *Sakit dada apabila menarik nafas atau batuk - takde sakit dada,cuma tak larat nak bercakap *Mudah Ietih. - of cos,dahla kurang makan,tenaga takde..so keje saya cuma rehat + tido


Itulah keadaan saya beberapa minggu yang lepas.Masa doktor tanye itu ini,detail juga dia check..dia check sekitar leher & bawah dagu saya,check parut suntikan BCG kita,about 3-4 seconds dia tengok,check pernafasan kita..agak lama juga especially time kita tarik nafas.After that doktor counsel and explain yang kesemua sample kahak saya negative tibi.Apa yang terjadi is jangkitan kuman yang memang wujud dalam paru-paru saya yang menyebabkan saya batuk tanpa henti.But now i'm slowly getting better.Tekak saya dah lasak sikit boleh makan macam-macam,berat badan dah naik sikit,selera makan dah ade,batuk dah kurang.I'am negative Tibi.Syukur Alhamdulillah.


Apa yang saya buat sekarang,is jaga pemakanan & ubah sikit lifestyle.Saya cukup serik dengan pengalaman lepas.Sebelum ni saya memang jenis yang kerap batuk...once in 6 month.But this time is the worst experience.Selama beberapa minggu ni saya berjaya pantang makan sebab nak cepat sembuh, memang serik nak makan pedas-pedas & minyak-minyak sebab betul-betul nak jaga tekak..Makan kentang goreng Mcd pun aku perah dulu dengan tisu hokkeyy!..Kebersihan & habuk-habuk semua tu kene amik berat juga.Jangan pandang remeh.

Bila doktor suspect yang saya ade tibi,hanya Allah je tau perasaan tu..sedih sangat-sangat sebab rase macam nak mati pun ade..walaupun saya sedar yang tibi boleh dikawal & dirawat,tapi once kita kene jangkitan kuman dalam paru-paru,possibility kuman tu merebak dan jadi merbahaya memang sangat tinggi,in fact boleh membawa maut dengan pantas.The important part is, berdoa and you will see when you stress & sad, person you love always with you..housemate,parents,tunang,kawan-kawan lain.Thanks for supporting me..accompany me to clinic/hospital,balik-balik keje sampai rumah je tanye camne itu ini,tak putus-putus sms & call...Pada ketika ini lah kita akan lebih menghargai hidup & insan di sekeliling kita.

Dalam keadaan saya berehat panjang & semakin sihat, i'm decided to quit from Scylla..dah habis berfikir panjang.Memang sukar nak bagi komitmen kerja dalam keadaan nak berulang alik JB-Selangor lepas berkahwin nanti.I'll miss them and all the moments,especially kerja same-same sampai subuh.Semoga kita same-same berjaya dalam hidup.

Monday, January 9, 2012

cuai,cuai,cuai!!

Bagus betul saya & tunang..sorang terlepas appoinment ujian HIV...yang sorang lagi terlepas appoinment check-up dengan doktor kat HSA...

5 haribulan haritu saya remind Jali yang harini kene buat hiv test..dia kate die ingat,cume bizy keje,nak pegi klinik lewat sikit..Sampai klinik je,suddenly appoinment tu cancelled sebab Jali datang lambat, so appoinment baru is on 17 januari.Ok fine,mase tu aku rase nak mengamuk je dengar.Tapi nasib baik Jali tak cancel lagi appoinment yang 10 haribulan at first clinic yang dia pergi dulu.So tomorrow,memang kene remind dia betul-betul.

Today, 9 januari..sepatutnya saya ade meeting dengan doktor kat Hospital Sultanah Aminah...pukul 9 ++ pagi saya pun bersiap but suddenly saya baru perasan yang appoinment tu pukul 8 pagi!!...Then saya call jabatan respiratori HSA,nak call pun satu hal juga,bukan main susah lagi.My appoinment dah dipindah ke 12 haribulan..okay..ingat 12 haribulan,8 pagi..kene meredah jem!

Memang sangat stress bila satu-satu dugaan datang,tapi kami sabar..terima je especially bila berkaitan dengan penyakit & kesihatan.It's a kafarah.Bila dapat rehat panjang kat rumah,macam-macam saya boleh buat...especially settlekan kad kahwin...and sempat try buat kuih untuk minum petang or breakfast.Chewahhh..




Tuesday, January 3, 2012

Dugaan sekali lagi...

Dua tiga entry sebelum ni saya ade cerita tentang penyakit batuk saya yang tak henti-henti more than 3 weeks..

Isnin lepas saya jumpa doktor di klinik UTM sebab doktor kat banting memang ade pesan kene jumpe if batuk tak pulih.First saya datang...doktor check n mintak saya buat ujian darah & bagi sample kahak...ujian darah pertama memang negatif tibi..so saya lega sedikit..but doktor said saya kene buat ujian darah 2 kali n bagi sample kahak 3 kali...n buat chest x-ray..nampak macam serius kan?...

Hari selasa,hari kedua saya pergi klinik..after buat ujian darah & x-ray...this is what doktor said..ade beberapa tompokan putih pada paru-paru saya..ok,saya neves..doktor tunjuk contoh gambar paru-paru pesakit tibi kat google...and dia compare dengan tompok-tompok kat paru-paru saya.Tapi doktor kate kene tunggu ujian darah yang kedua.Kemudian saya masuk dalam kereta & nangis...tu jela kot yang saya mampu buat mase tu....balik rumah drive sambil nangis..

Sampai rumah je saya plan nak masak bubur untuk lunch..Pukul 1 lebih doktor called & said yang ujian darah saya atas paras normal & menunjukkan bacaan yang tinggi..saya pun tak tau ape yang tinggi..doktor memang suspicious n suspect yang saya ade tibi.Lepas doktor called tu saya nangis lagi....Petang tu juge saya dapat surat refer ke hospital sultanah aminah untuk dapatkan treatment starting tomorrow.....




Insyaallah tomorrow will be okay..