Dari Anas bin Malik r.a katanya, dia mendengar Rasulullah s.a.w bersabda:”Sesiapa yang ingin supaya dimudahkan (Allah) rezekinya atau dipanjangkan (Allah) umurnya, maka hendaklah dia memperhubungkan silaturrahim (hubungan kasih sayang).”

Iklan

Friday, January 13, 2012

NO tibi

Assalammualaikum...rase banyak nak cerita harini.Cukup lama saya berehat panjang disebabkan masalah kesihatan...langsung tak pegi ofis,.(sangat2 rasa bersalah).Sepanjang bulan Januari,minggu-minggu saya dipenuhi dengan jadual pergi klinik & appoinment ke hospital...6 sample kahak,2 times blood test..& chest x-ray..and the worst part is non-stop cough in 1 month & half.quite tough isn't it?..kene air-cond sikit mula la batuk,makan berminyak or pedas sikit,mula la batuk,makan bende berbutir like nasi putih pun tekak start gatal.Bila call mak,mula lah nak nangis sebab takut positive tibi.Tunggu doktor diagnose pun satu hal...asyik terfikir penyakit pelik-pelik.Ya,zaman sekarang penyakit memang pelik-pelik,sampai satu masa bila doktor tak dapat diagnose,dia akan kata jangkitan kuman pada darah or paru-paru.Mintak pada Allah agar kita dijauhkan dengan penyakit-penyakit macamtu..

Semalam 12 Januari, saya ke hospital atas appoinment yg dah ditetapkan.Pukul 8 pagi you know...8 pagi..saya & kak liza bertolak 6.45 pagi dari rumah sebab takut jem..hanya tuhan je tau betapa kami scary drive pagi-pagi buta dengan kereta banyak gile + lori-lori yg semua nak ke JB/Singapore.Alhamdulillah everything went well.Agak detail dia check & investigate.So saya terpaksa flash back semula dari saya start batuk selama sebulan lebih sampai ke harini.

TANDA-TANDA PENYAKIT TIBI (source : http://sabah.edu.my/stmarysd/tibi.html)

*Batuk berterusan Iebih dari 2 minggu - yes,4-5 minggu..seksa *Kahak berdarah - takde
*Demam dan berpeluh di sebelah petang dan malam -yes,saya bangun tido subuh tu je perasan baju macam basah
*Hilang selera makan - memang hilang selera,makan sikit je batuk.
*Susut berat badan - about 5 kilos..tak tipu punyeeee...susah nak telan makanan. *Sakit dada apabila menarik nafas atau batuk - takde sakit dada,cuma tak larat nak bercakap *Mudah Ietih. - of cos,dahla kurang makan,tenaga takde..so keje saya cuma rehat + tido


Itulah keadaan saya beberapa minggu yang lepas.Masa doktor tanye itu ini,detail juga dia check..dia check sekitar leher & bawah dagu saya,check parut suntikan BCG kita,about 3-4 seconds dia tengok,check pernafasan kita..agak lama juga especially time kita tarik nafas.After that doktor counsel and explain yang kesemua sample kahak saya negative tibi.Apa yang terjadi is jangkitan kuman yang memang wujud dalam paru-paru saya yang menyebabkan saya batuk tanpa henti.But now i'm slowly getting better.Tekak saya dah lasak sikit boleh makan macam-macam,berat badan dah naik sikit,selera makan dah ade,batuk dah kurang.I'am negative Tibi.Syukur Alhamdulillah.


Apa yang saya buat sekarang,is jaga pemakanan & ubah sikit lifestyle.Saya cukup serik dengan pengalaman lepas.Sebelum ni saya memang jenis yang kerap batuk...once in 6 month.But this time is the worst experience.Selama beberapa minggu ni saya berjaya pantang makan sebab nak cepat sembuh, memang serik nak makan pedas-pedas & minyak-minyak sebab betul-betul nak jaga tekak..Makan kentang goreng Mcd pun aku perah dulu dengan tisu hokkeyy!..Kebersihan & habuk-habuk semua tu kene amik berat juga.Jangan pandang remeh.

Bila doktor suspect yang saya ade tibi,hanya Allah je tau perasaan tu..sedih sangat-sangat sebab rase macam nak mati pun ade..walaupun saya sedar yang tibi boleh dikawal & dirawat,tapi once kita kene jangkitan kuman dalam paru-paru,possibility kuman tu merebak dan jadi merbahaya memang sangat tinggi,in fact boleh membawa maut dengan pantas.The important part is, berdoa and you will see when you stress & sad, person you love always with you..housemate,parents,tunang,kawan-kawan lain.Thanks for supporting me..accompany me to clinic/hospital,balik-balik keje sampai rumah je tanye camne itu ini,tak putus-putus sms & call...Pada ketika ini lah kita akan lebih menghargai hidup & insan di sekeliling kita.

Dalam keadaan saya berehat panjang & semakin sihat, i'm decided to quit from Scylla..dah habis berfikir panjang.Memang sukar nak bagi komitmen kerja dalam keadaan nak berulang alik JB-Selangor lepas berkahwin nanti.I'll miss them and all the moments,especially kerja same-same sampai subuh.Semoga kita same-same berjaya dalam hidup.

No comments:

Post a Comment