Dari Anas bin Malik r.a katanya, dia mendengar Rasulullah s.a.w bersabda:”Sesiapa yang ingin supaya dimudahkan (Allah) rezekinya atau dipanjangkan (Allah) umurnya, maka hendaklah dia memperhubungkan silaturrahim (hubungan kasih sayang).”

Iklan

Monday, February 27, 2012

Makeover sofa -- in progress

Semalam saya excited ajak husband keluar sebab nak beli kit menjahit.Kemudian saya geledah stor cari kain putih yang ala-ala lembut macam diorang guna buat slipcover sofa dalam website.Mula-mula husband macam berat nak bagi saya guna kain tu sebab dia kata kain tu dapat dari kontena from Dubai.so kalau jual kat malaysia maybe mahal.Tapi tak tahu la ye or tak.Tapi kalau dah bini asyik cakap pasal sofa siang malam,lama-lama suami bagi juga guna kain tu.





Untuk kusyen,saya ingat nak beli kain corak vintage..but agak mencabar sikit nak jahit kusyen bawah tu sebab kene sediakan space untuk zip.Tapi kalau corak polka dot pun cantik juga kan?

Ini cerita lain pulak..Masa pergi jusco,husband ajak masuk comic house.Saya baru tahu husband suka baca komik,tapi yang peliknya kat rumah langsung takde collection komik.Dia cuma cakap dia suka cerita ini,cerita itu...semua edisi yang lama-lama.Yang saya tak pernah dengar pun ade.Masuk comic house siap buat member kad lagi..


Husband nak beli Pencak Nujum, tapi takde jual pulak..
Balik rumah saya try baca komik ni,tapi baru 3 mukasurat,terus mengantuk tidur.

Kalau buat kerje rumah,kemas itu ini memang saya rajin.Tapi kalau suruh siapkan progress master???,liat bukan main..Seminggu lagi ni nak balik JB...hadoyaiii.

Saturday, February 25, 2012

Reti ke nak makeover sofa??

3 minggu duduk rumahhusband,macam2 benda saya jumpa.Semua saya simpan dalam satu bilik.So tak pasal-pasal kene panggil bilik tu bilik stor.Bila saya mintak husband asingkan barang mana yang dah tak guna lagi, nampaknya macam semua benda dia guna.Termasuk collection patung-patung ni.


Saya baru suami berhati kiut miut kumpul patung-patung kecik camni.Kalau patung besar,sorry la..dah lama kot saya simpan dalam stor.Dalam masa yang sama juga saya agak tension tengok sofa lama dalam rumah ni.Sofa ni jenis sofa bed.





Kami guna kusyen bawah tu sebagai tilam tidur.Tapi disebabkan sofa tu dah kotor sangat,saya cakap kat husband buang je terus sofa tu.Tapi dalam seminggu ni tiba-tiba saya terfikir camna cara nak makeover sofa.So bila saya googling,banyak sangat tutorial tunjuk cara camna nak buat slipcover / sarung sofa.







So?...apa tunggu lagi.Ajak husband hantar pegi kedai kain hujung minggu ni!

Friday, February 24, 2012

Bagaimana saya turunkan berat badan - Siri 2

Assalammualaikum..salam jumaat.Alhamdulillah hampir 3 minggu menjadi isteri,sekarang tengah nak membiasakan habit husband yang kerap mengigau waktu tido.Macam yang saya janjikan,saya nak sambung siri ke-2 bagaimana saya turunkan berat badan.Chewah,bajet macam ramai follower je nak bace kisah awak.

Sebelum ni saya pernah try diet ikut kiraan kalori.Method ni bagus juga sebab kita masih boleh makan apa yang kita suka,yang penting kene seimbang cuma limitkan supaya tak melebihi kalori yang sepatutnya diperlukan oleh badan kita.Kalau tengok website2 diet,selalunya ade bagitahu berat camni perlu kalori banyak ni,berat camtu perlu kalori banyak tu.Cara ni selamat,tapi agak lambat juga nak turun berat badan.Sudahnya lama-lama saya stop diet ikut kalori ,makan je macam biase,cume control sikit-sikit je.Part paling sedih,masa tu duit banyak,tapi bila nak shopping try baju seluar semuanya tak muat.Kemudian bila tarikh kahwin dah ditetapkan,masa tu menggelabah nak kuruskan badan.Dalam masa yang sama saya & housemate saya selalu juga borak pasal produk 'zzz' ni.Tapi tak terbuka hati nak beli sebab harga nya mahal sangat.Tapi bila tengok testimonial ,semuanya berjaya belaka.Ade juga kes-kes yang tak berjaya,tapi saya anggap orang tu tak disiplin kot.So setelah siang malam saya berfikir panjang,satu hari tu saya decide search blog agent yang jual produk ni kat area skudai,paling dekat kat utm,kak elmy.dia ni pensyarah yg tengah buat phd kat utm..dan aktif bagi talk untuk seminar2 yang berkaitan dengan bisness produk ni.So saya contact kak Elmy,and kiteorang set appoinment untuk jumpa.Kalau dah jumpa,try sample,mesti terus setuju beli kan?...Ya,akhirnya saya terus nekad beli produk ni...









 Haha..tunjuk gambar je rasenye ramai yang dah tau pasal kelebihan produk ni.Saya pun tak nak cerita panjang-panjang pasal Premium Beautiful(PB) ni,tapi saya nak share pengalaman jujur saya pakai korset PB.Mase mula-mula nak beli,jangan tergopoh gapah.fikir betul-betul sebab produk ni mahal.Kat internet memang dia tunjuk pakai dari gemuk jadi kurus,tapi result berbeza bagi setiap individu.Ade orang cepat je kurus,ade orang apakai 3 bulan baru turun 5 kilo.So,jangan letak expectation yang tinggi..kalau mampu try la beli,kalau tak cuba tak tahu.Tapi kene pilih agent yang betul-betul sah.jangan sampai kene tipu sudahla.So,kenapa saya pilih PB ?

1-Tengok testimonial PB yang memang kebanyakannya berhasil.Semangat membuak-buak tengok gambar orang gemuk jadi kurus.Kalau takde bukti,camne orang nak percaya kan?
2-Warranty seumur hidup.Kalau rosak boleh hantar banyak kali.So tak rase rugi.
3-Boleh bayar cash / installment.Pejam mata,nekad.
4-Boleh pakai sebagai bengkung bersalin.
5-Peraturan pemakaian yang simple.


 Lepas discuss dengan kak elmy, 1st thing yang perlu dibuat ialah try sample PB.Mase ni kak elmy bagi saya pakai korset sample,nak pakai memang susah gilerrrr.Rase senak perut.Tapi kak elmy kata,yang ini hanya sample n totally bukan saiz sebenar korset untuk badan kita.Sebab tu tak selesa.Thats why kene try dulu,decide saiz & order.To be honest,minggu pertama saya pakai korset ni memang rimas.Susah gile,ketat,dan ambil masa nak pakai.Kemudian badan rasa tegak je.Tak selesa langsung nak landing-landing atas sofa.Panas sangat,rasa tak sabar nak bukak.Rase senak perut.Bila nak makan,makan sikit dah kenyang.Nak makan lebih sikit,rasa nak muntah balik.Masuk minggu kedua,baru saya rasa serasi sikit.Memang bila pakai korset ni,kita akan kenyang cepat.Thats how it works.PB bantu kita control amount makanan yang kita ambil.Tapi yang pasti memang cepat haus,and kene banyak minum air.Cuma leceh sikit nak pakai, or nak bukak.

The best part is, PB tolong kita hide kan spare tyre,lemak berlipat-lipat kat badan kita.Mula-mula hide,tapi bila dah 3-4 minggu pakai,slowly spare tyres tu akan susut sebab bile kita makan sikit,berat kita slowly akan susut,and semasa proses susut tu PB tolong kita fit kan body dalam shape yang sepatutnya.PB ade 3 bahagian,long bra,bengkung and long girdle.Saya paling suka pakai long bra & long girdle.Rasa fit and selesa sangat-sangat.Bengkung tu bukan tak suka,tapi bila pakai, bengkung tu akan push up kan breast kita.siapa yang memang size brest dia besar,maybe rase segan sikit.Tapi kak elmy pesan,memang itu position breast kita yang sepatutnya.Since saya bekerja 100% semuanya dengan lelaki,so sekali sekala je saya pakai bengkung tu.

To be honest,ini bukan ayat copy paste dari blog lain.Ini pengalaman saya sendiri.Tapi pengalaman saya pakai PB dalam sebulan pertama tak sepenuhnya indah.Ada juga beberapa kali saya sedikit kecewa dengan perfomance saya sendiri.Tapi part tu nanti saya cerita next time.See you. =)

Tuesday, February 21, 2012

Bagaimana saya turunkan berat badan - Siri 1


Assalammualaikum semua,harini rasa nak cerita pasal product 'zzz' yg saya pakai 2 bulan lebih.Catatan yang saya buat ni lebih kepada nak kongsi pengalaman saya turunkan berat badan selama 2 bulan lebih.Saya adalah wanita yang berat badannya naik 15 kg dalam tempoh 2 tahun.Teruk kan bunyinya??.Hanya yang berpengalaman je tahu camna susahnya nak turunkan berat badan & nampak sihat secara normal.


As i said before,saya melabur besar demi nak turunkan berat badan sebab dah tahap obesiti,and of cos nak nampak cantik depan suami nanti..So 2 bulan before kahwin tu,memang saya pening fikir camne nak nampak kurus sikit saat saya menjadi isteri nanti.Disebabkan produk 'zzz' ni agak mahal,saya surf kat internet tengok semua testimonial yang ada,side effects,bad reviews,benefits,dan lain-lain.Kalau saya nak tunjuk gambar dulu dengan sekarang,memang nampak perubahan sikit..tapi until now,saya masih bukan ketegori kurus,masih chubby,comel-comel sikit.Walaupun masih chubby,saya bangga dengan jumlah berat badan yg turun.Saya tak kata product 'zzz' membantu 100%,mungkin dalam 50%-60%..selebihnya bergantung pada disiplin.Mane-mane method nak kuruskan berat badan pun memang kene ade disiplin.




Before


Julai 2011


Saya start pakai product 'zzz' tu awal Disember 2011.So hampir 2 bulan lebih,ini rupa saya.

After

Januari 2012

Sebelum pakai produk ni,berat saya..ehem-ehem,malu nak cakap,tapi sebab dah turun banyak,so dah tak malu nak bagitau..berat saya mencecah 68 kg!!!..Memang dah tahap obesiti.Selain dari nampak gemuk,saya agak risau takut kalau dapat penyakit ape-ape.Housemate saya pun dah penat kot dengar saya mengadu hari-hari.. 'nak kurus,nak kurus,nak kurus'.Tapi takde tindakan.Saya jenis yang susah nak berdiet,control makan.Kalau diet pun sekejap-sekejap je.Hinggalah suatu hari,saya nekad.No turning back,saya jumpa seorang agen produk ni,kami berjumpa,consult,dan akhirnya saya setuju beli produk ni.

Semasa awal pakai produk ni,berat saya turun slow...mungkin banyak sangat lemak tepu.Agak risau juga takut produk ni tak berkesan.Tak lama lepastu,saya disyaki ade tibi.Mase tengah batuk teruk tu,saya hilang selera makan,tak dapat nak telan makanan sebab tekak pedih.Masa tu,berat saya turun banyak,hampir 5 kg.Dalam sakit-sakit tu,saya happy juga sebab berat turun.Tapi lepas sihat tu,berat naik balik 3-4 kg.Menggelabah giler,tapi saya maintain disiplin pakai produk ni.
Menjelang Februari 2012,kakak saya selamat melahirkan anak & tengah berpantang di kampung.Masa tu berat saya 60 kg,turun 8 kg hasil pakai produk 'zzz'.Seminggu sebelum nikah,saya memang agak sibuk,dan dalam masa yang sama,saya ambil kesempatan ikut berpantang sama-same dengan kakak.Lauk orang pantang bersalin,sup-sup yang mak masak untuk kakak,itulah lauk yang saya makan setiap hari.Tapi tahan seminggu je makan lauk pantang tu.Seminggu selepas tu,majlis persandingan saya pulak,masa ni saya dah tak pantang makan lagi.Tapi hasilnya dapat kurangkan dalam 2 kg.Sekarang berat badan saya 58 kg,turun 10 kg dalam tempoh 2 bulan lebih.Tunggu next siri nanti baru saya cerita betul-betul apa produk 'zzz' tu.See u! =)

Saturday, February 18, 2012

Ubat tonsil untuk husband

Tiga hari after saya & husband nikah,saya ikut hubby balik klang untuk settlekan hal keje.Mase tu husband tak berape sihat,batuk sakit tekak & demam.So kami cepat-cepat ke klinik sebab tak nak demam melarat ke hari persandingan nanti.Saya teman hubby ke bilik doktor sebab nak dengar apa doktor cakap.Doktor said tonsil hubby bengkak,ade sedikit nanah.then doktor also said yang tonsil hubby terlampau besar.So saya tanye,camne boleh jadi terlampau besar?semulajadi or ade problem?.Doktor said mungkin tonsil hubby dah terlampau kerap bengkak,and menyebabkan bengkak tu dah tak surut.That's why hubby berdengkur kuat sebab tonsil yg besar tu block dia punya saluran pernafasan.Other than that,orang yang tidur berdengkur sebab tonsil bengkak akan tidur dalam keadaan mulut ternganga,so bila bangun pagi,tekak rasa sakit dan kering sebab dehydration.

Antibiotik antara ubat yang memang selalu digunakan untuk rawat tonsil bengkak.But untuk kes husband,doktor tak rasa tonsil tu akan kecut 100% dengan antibiotik,just help surutkan bengkak sikit-sikit je.Cara lain,doktor suggest kami jumpa pakat ENT (ear,nose,throat),and buat operation buang tonsil tu.Mula-mula agak terkejut juga dengan cadangan doktor sebab kami memang tak tahu betapa seriusnye keadaan tonsil husband.Kami hold dulu cadangan nak jumpa pakar ENT,dan sejak haritu saya rajin googling petua-petua untuk rawat tonsil bengkak.Macam-macam petua...antaranye

-makan aiskrim vanilla
-Pergi kedai sensei/tabib cina,cari ubat melon seed
-bancuh air susu + badam (almond) yg dihancurkan,minum before tidur.

So ketiga-tiga petua ni memang saya buat,but husband liat sikit kalau saya tak paksa.Lepas kenduri kahwin,saya ajak husband pergi kedai tabib,semangat nak cari ubat melon seed.




Sebelum kami beli,kami mintak uncle kedai tu counsel dulu.Dan yg paling penting check ubat tu samade ade pengesahan KKM or tak.Murah je harga dia,RM4.80..picit menghala ke tempat yang sakit.Hubby said,rasa dia pahit giler & sejukkkk.Dia agak fobia nak pakai ubat ni untuk kali kedua.So after sehari-dua,saya pujuk balik pakai ubat ni kalau nak cepat sembuh.Until today,dah 5 hari kami beli ubat ni,but husband baru spray 3 kali.Antibiotik dah habis,until now dengkur tak hilang lagi,but ade kurang sikit berbanding sebelum ni.Kalau boleh memang tak nak operation,kami cuba sedaya upaya cari rawatan alternatif.

Friday, February 17, 2012

My wonderful pelamin

Okay,tinggalkan sekejap cerita inai yang bosan tu...nak tunggu gambar nikah or gambar kahwin lambat lagi.Meh kita borak sikit pasal pelamin sanding saya.Sepatutnye,saya dapat posing atas pelamin tu both untuk majlis nikah & sanding.But,since abah mintak cepatkan majlis nikah seminggu,everything changed! Saya terpaksa cari photographer nikah & pelamin pulak maybe tak dapat.Kalau nak pelamin,rizal mintak tambah bajet untuk mini pelamin.Nak diikutkan hati,saya memang nak mini pelamin sebab rizal dah offer price yg sangat2 ok,tapi mengenangkan saya kene tambah bajet untuk photographer nikah,so saya lupekan mini pelamin tu.Mula-mula saya sedih sebab takde pelamin untuk bergambar masa nikah,but saya mintak photographer nikah saya,abg Muiz bawak kami outdoor supaya kami dapat ambil gambar puas-puas sebagai ganti kempunan pelamin.

Sebulan before kahwin,saya baru terhegeh-hegeh nak jumpa rizal untuk finalized design baju & pelamin.Saya cakap kat dia,saya nak pelamin macam Fara AF,ade bunga juntai-juntai,then kat belakang tu ade bunga frame ala-ala pelamin tunang Ana Dahlia, or Syella kamaruddin.Rizal said,ok...kita boleh buat,ala-ala garden.Dua minggu before nikah,dia datang rumah saya untuk fitting baju.Kelasss kau jah,wedding planner yg datang rumah kau.bukan kau pergi kedai dia...hehe.No,as i said before Rizal tu kan sekampung dengan saya,so memang senang nak communicate.Sambil fitting,dia jenguk-jenguk luar rumah untuk pilih location yg sesuai pasang pelamin.Since dia planned untuk buat kubah tinggi,Rizal & rajman decide untuk pasang pelamin sebelah parking kereta.Tapi malangnya ade tangga batu,so pelamin tak boleh buat lebar-lebar.Kalau nak pasang bawah khemah,tak boleh pulak nak pasang kubah tinggi,takut tersangkut kipas.Dalam rumah?,lagi lah tak sesuai sebab tema ala-ala garden,kemudian kite memang nak tunjuk kat tetamu,bukan semua tetamu rajin nak bukak kasut masuk rumah kan??...

Inilah hasilnya yang sangat memukau pandangan mata saya!..thanks Rizal!!

View malam

view siang


Thanks a lot rizal for the wonderful pelamin,i really love it, and happy especially bila tetamu ramai puji pelamin.As i said before, saya suka hasil keje rizal sebab dia tak repeat design pelamin.1 design for 1 customer.But after my wedding,ramai benor yang suka design ni.Anyone interested,contact Rizal or Rajman at Inderaloka (Jari emas).No fon besar2 kat gambar tu =)

Thursday, February 16, 2012

sekali lagi tentang inai

Assalammualaikum..akhirnya saya berjaya merajinkan diri taip blog.Seriously saya penat giler kemas rumah husband yang comel ni,tapi malas nak merungut banyak2 sebab rumah bujang,so faham2 jela betapa hebatnye habuk yang ade.

Alhamdulillah majlis persandingan saya berjalan dengan lancar 12 februari lepas.Semuanya lancar except cenderahati untuk tetamu.Saya tak jangka kawan hubby terlalu ramai yg datang sampai kiteorang tak dapat nak bagi gift.But semua kawan2 saya dapat gift,cume tak dapat nak simpan untuk kawan2 di johor.

2 hari sebelum nikah,saya decide nak pakai inai daun sebab betul2 nak inai tu tahan lama,so saya boleh show off kat orang yg saya baru kahwin..haha.Saya pakai 2 hari berturut2 supaya inai tu merah pekat.




ni 1st inai,yang second inai saya tak snap


Kalau boleh saya nak review sekali majlis nikah saya,tapi takde gambar menarik nak tunjuk.Next time ,insyaallah.Sila bersabar ye =)

Thursday, February 9, 2012

hari ke-5 menjadi isteri

Betullah orang kate...kalau org tak kata pun kite boleh tengok sendiri..Lepas jadi isteri,jadual secara otomatik menjadi padat.Kadang-kadang tu tak tau nak update ape dulu sebab terlalu banyak yang nak diceritakan..make-up,inai,baju,karenah suami...

Alhamdulillah kami dah selamat dinikahkan 4 februari lepas...pada mulanya semuanya cool n terkawal..takde nak touching2 sangat since saya hanya ditemani oleh kawan2 rapat je.Mak &makcik2 semua kat rumah sebab sibuk prepare hidangan untuk tetamu.The moment mase akad nikah pun tak touching,so memang tak nangis..but suddenly tok imam mengatakan sesuatu kepada suami, and ayat itu sangat touching menyebabkan saya non-stop nangis.Yang tu takpe,kita hold dulu sebab kalau bercerita sambil letak gambar dari OP mungkin lebih effective.

Now saya n suami sedang sibuk2 prepare untuk kenduri kami 12 feb ni.Walaupun pada mulanya,saya agak sedih sebab banyak kerugian duit bila abah mintak cepatkan tarikh nikah.But now,saya realize yang lepas kami nikah everhing went well,senang nak buat persiapan,suami duduk rumah saya seminggu tolong itu ini,while saya dapat tolong kakak berpantang,jaga baby,tak payah nak takut2 isu bukan muhrim or lain-lain probs.Rugi duit sikit takpe,yang penting dah halal.

Nanti after habis kenduri insyaallah akan update blog lagi + gambar2.see u !!