Dari Anas bin Malik r.a katanya, dia mendengar Rasulullah s.a.w bersabda:”Sesiapa yang ingin supaya dimudahkan (Allah) rezekinya atau dipanjangkan (Allah) umurnya, maka hendaklah dia memperhubungkan silaturrahim (hubungan kasih sayang).”

Iklan

Tuesday, February 21, 2012

Bagaimana saya turunkan berat badan - Siri 1


Assalammualaikum semua,harini rasa nak cerita pasal product 'zzz' yg saya pakai 2 bulan lebih.Catatan yang saya buat ni lebih kepada nak kongsi pengalaman saya turunkan berat badan selama 2 bulan lebih.Saya adalah wanita yang berat badannya naik 15 kg dalam tempoh 2 tahun.Teruk kan bunyinya??.Hanya yang berpengalaman je tahu camna susahnya nak turunkan berat badan & nampak sihat secara normal.


As i said before,saya melabur besar demi nak turunkan berat badan sebab dah tahap obesiti,and of cos nak nampak cantik depan suami nanti..So 2 bulan before kahwin tu,memang saya pening fikir camne nak nampak kurus sikit saat saya menjadi isteri nanti.Disebabkan produk 'zzz' ni agak mahal,saya surf kat internet tengok semua testimonial yang ada,side effects,bad reviews,benefits,dan lain-lain.Kalau saya nak tunjuk gambar dulu dengan sekarang,memang nampak perubahan sikit..tapi until now,saya masih bukan ketegori kurus,masih chubby,comel-comel sikit.Walaupun masih chubby,saya bangga dengan jumlah berat badan yg turun.Saya tak kata product 'zzz' membantu 100%,mungkin dalam 50%-60%..selebihnya bergantung pada disiplin.Mane-mane method nak kuruskan berat badan pun memang kene ade disiplin.




Before


Julai 2011


Saya start pakai product 'zzz' tu awal Disember 2011.So hampir 2 bulan lebih,ini rupa saya.

After

Januari 2012

Sebelum pakai produk ni,berat saya..ehem-ehem,malu nak cakap,tapi sebab dah turun banyak,so dah tak malu nak bagitau..berat saya mencecah 68 kg!!!..Memang dah tahap obesiti.Selain dari nampak gemuk,saya agak risau takut kalau dapat penyakit ape-ape.Housemate saya pun dah penat kot dengar saya mengadu hari-hari.. 'nak kurus,nak kurus,nak kurus'.Tapi takde tindakan.Saya jenis yang susah nak berdiet,control makan.Kalau diet pun sekejap-sekejap je.Hinggalah suatu hari,saya nekad.No turning back,saya jumpa seorang agen produk ni,kami berjumpa,consult,dan akhirnya saya setuju beli produk ni.

Semasa awal pakai produk ni,berat saya turun slow...mungkin banyak sangat lemak tepu.Agak risau juga takut produk ni tak berkesan.Tak lama lepastu,saya disyaki ade tibi.Mase tengah batuk teruk tu,saya hilang selera makan,tak dapat nak telan makanan sebab tekak pedih.Masa tu,berat saya turun banyak,hampir 5 kg.Dalam sakit-sakit tu,saya happy juga sebab berat turun.Tapi lepas sihat tu,berat naik balik 3-4 kg.Menggelabah giler,tapi saya maintain disiplin pakai produk ni.
Menjelang Februari 2012,kakak saya selamat melahirkan anak & tengah berpantang di kampung.Masa tu berat saya 60 kg,turun 8 kg hasil pakai produk 'zzz'.Seminggu sebelum nikah,saya memang agak sibuk,dan dalam masa yang sama,saya ambil kesempatan ikut berpantang sama-same dengan kakak.Lauk orang pantang bersalin,sup-sup yang mak masak untuk kakak,itulah lauk yang saya makan setiap hari.Tapi tahan seminggu je makan lauk pantang tu.Seminggu selepas tu,majlis persandingan saya pulak,masa ni saya dah tak pantang makan lagi.Tapi hasilnya dapat kurangkan dalam 2 kg.Sekarang berat badan saya 58 kg,turun 10 kg dalam tempoh 2 bulan lebih.Tunggu next siri nanti baru saya cerita betul-betul apa produk 'zzz' tu.See u! =)

No comments:

Post a Comment