Dari Anas bin Malik r.a katanya, dia mendengar Rasulullah s.a.w bersabda:”Sesiapa yang ingin supaya dimudahkan (Allah) rezekinya atau dipanjangkan (Allah) umurnya, maka hendaklah dia memperhubungkan silaturrahim (hubungan kasih sayang).”

Iklan

Friday, February 24, 2012

Bagaimana saya turunkan berat badan - Siri 2

Assalammualaikum..salam jumaat.Alhamdulillah hampir 3 minggu menjadi isteri,sekarang tengah nak membiasakan habit husband yang kerap mengigau waktu tido.Macam yang saya janjikan,saya nak sambung siri ke-2 bagaimana saya turunkan berat badan.Chewah,bajet macam ramai follower je nak bace kisah awak.

Sebelum ni saya pernah try diet ikut kiraan kalori.Method ni bagus juga sebab kita masih boleh makan apa yang kita suka,yang penting kene seimbang cuma limitkan supaya tak melebihi kalori yang sepatutnya diperlukan oleh badan kita.Kalau tengok website2 diet,selalunya ade bagitahu berat camni perlu kalori banyak ni,berat camtu perlu kalori banyak tu.Cara ni selamat,tapi agak lambat juga nak turun berat badan.Sudahnya lama-lama saya stop diet ikut kalori ,makan je macam biase,cume control sikit-sikit je.Part paling sedih,masa tu duit banyak,tapi bila nak shopping try baju seluar semuanya tak muat.Kemudian bila tarikh kahwin dah ditetapkan,masa tu menggelabah nak kuruskan badan.Dalam masa yang sama saya & housemate saya selalu juga borak pasal produk 'zzz' ni.Tapi tak terbuka hati nak beli sebab harga nya mahal sangat.Tapi bila tengok testimonial ,semuanya berjaya belaka.Ade juga kes-kes yang tak berjaya,tapi saya anggap orang tu tak disiplin kot.So setelah siang malam saya berfikir panjang,satu hari tu saya decide search blog agent yang jual produk ni kat area skudai,paling dekat kat utm,kak elmy.dia ni pensyarah yg tengah buat phd kat utm..dan aktif bagi talk untuk seminar2 yang berkaitan dengan bisness produk ni.So saya contact kak Elmy,and kiteorang set appoinment untuk jumpa.Kalau dah jumpa,try sample,mesti terus setuju beli kan?...Ya,akhirnya saya terus nekad beli produk ni...









 Haha..tunjuk gambar je rasenye ramai yang dah tau pasal kelebihan produk ni.Saya pun tak nak cerita panjang-panjang pasal Premium Beautiful(PB) ni,tapi saya nak share pengalaman jujur saya pakai korset PB.Mase mula-mula nak beli,jangan tergopoh gapah.fikir betul-betul sebab produk ni mahal.Kat internet memang dia tunjuk pakai dari gemuk jadi kurus,tapi result berbeza bagi setiap individu.Ade orang cepat je kurus,ade orang apakai 3 bulan baru turun 5 kilo.So,jangan letak expectation yang tinggi..kalau mampu try la beli,kalau tak cuba tak tahu.Tapi kene pilih agent yang betul-betul sah.jangan sampai kene tipu sudahla.So,kenapa saya pilih PB ?

1-Tengok testimonial PB yang memang kebanyakannya berhasil.Semangat membuak-buak tengok gambar orang gemuk jadi kurus.Kalau takde bukti,camne orang nak percaya kan?
2-Warranty seumur hidup.Kalau rosak boleh hantar banyak kali.So tak rase rugi.
3-Boleh bayar cash / installment.Pejam mata,nekad.
4-Boleh pakai sebagai bengkung bersalin.
5-Peraturan pemakaian yang simple.


 Lepas discuss dengan kak elmy, 1st thing yang perlu dibuat ialah try sample PB.Mase ni kak elmy bagi saya pakai korset sample,nak pakai memang susah gilerrrr.Rase senak perut.Tapi kak elmy kata,yang ini hanya sample n totally bukan saiz sebenar korset untuk badan kita.Sebab tu tak selesa.Thats why kene try dulu,decide saiz & order.To be honest,minggu pertama saya pakai korset ni memang rimas.Susah gile,ketat,dan ambil masa nak pakai.Kemudian badan rasa tegak je.Tak selesa langsung nak landing-landing atas sofa.Panas sangat,rasa tak sabar nak bukak.Rase senak perut.Bila nak makan,makan sikit dah kenyang.Nak makan lebih sikit,rasa nak muntah balik.Masuk minggu kedua,baru saya rasa serasi sikit.Memang bila pakai korset ni,kita akan kenyang cepat.Thats how it works.PB bantu kita control amount makanan yang kita ambil.Tapi yang pasti memang cepat haus,and kene banyak minum air.Cuma leceh sikit nak pakai, or nak bukak.

The best part is, PB tolong kita hide kan spare tyre,lemak berlipat-lipat kat badan kita.Mula-mula hide,tapi bila dah 3-4 minggu pakai,slowly spare tyres tu akan susut sebab bile kita makan sikit,berat kita slowly akan susut,and semasa proses susut tu PB tolong kita fit kan body dalam shape yang sepatutnya.PB ade 3 bahagian,long bra,bengkung and long girdle.Saya paling suka pakai long bra & long girdle.Rasa fit and selesa sangat-sangat.Bengkung tu bukan tak suka,tapi bila pakai, bengkung tu akan push up kan breast kita.siapa yang memang size brest dia besar,maybe rase segan sikit.Tapi kak elmy pesan,memang itu position breast kita yang sepatutnya.Since saya bekerja 100% semuanya dengan lelaki,so sekali sekala je saya pakai bengkung tu.

To be honest,ini bukan ayat copy paste dari blog lain.Ini pengalaman saya sendiri.Tapi pengalaman saya pakai PB dalam sebulan pertama tak sepenuhnya indah.Ada juga beberapa kali saya sedikit kecewa dengan perfomance saya sendiri.Tapi part tu nanti saya cerita next time.See you. =)

No comments:

Post a Comment