Dari Anas bin Malik r.a katanya, dia mendengar Rasulullah s.a.w bersabda:”Sesiapa yang ingin supaya dimudahkan (Allah) rezekinya atau dipanjangkan (Allah) umurnya, maka hendaklah dia memperhubungkan silaturrahim (hubungan kasih sayang).”

Iklan

Wednesday, March 28, 2012

Ayam Bakar Blackpepper

Teringin sangat nak makan Kenny Rogers,tapi husband belum gaji.Sebagai isteri kene faham lah suami penat2 kerja,kau pulak asyik mintak nak makan sedap2.Resipi ayam bakar ni saya rujuk dari satu blog,tapi tak hengat dah...Cuma saya adjust sikit bahan2nya supaya lebih simple.

Bahan-bahan

Ayam 3 ketul (eksperimen)
Bawang putih 1 biji
Bawang merah 3 biji
Halia (half ibu jari kaki)
Lada sulah (kasar)
Lada hitam
Sos cili
Kicap (actually guna sos tiram,tapi saya tak beli)

Goreng bawang putih,bawang merah,lada sulah......tumbuk semua bahan dengan halia,campur sikit dengan minyak goreng bawang tadi.Masuk dalam mangkuk besar,campur sos cili,kicap,lada hitam....gaul sampai sebati.



Lumur pada ayam..perap 1 jam....after sejam,dah boleh bakar..tapi lapik dulang dengan aluminium foil sebab masa bakar nanti minyak akan terpercik2 and kerak2 kuah tu melekat pada dulang.So kalau ade aluminium tu takdelah ayam tu melekat direct pada dulang + ayam akan masak secara elok.Bakar pada 200 darjah celcius selama 40 minit.Guna 'heat element ' yang bahagian bawah sahaja.







Lepas keluar oven,memang ayam tu ade melekat2 sikit bahagian bawah,hitam2 macam bakar sate..tapi kita bloleh buang pakai pisau...hias2 sikit dengan kentang goreng,carrot,atau sayur2 lain......kalau kita dah  marinate betul2 ayam tu,makan macamtu je pun sedap sebab rasa lada sulah + blackpepper tu dah sebati.jangan lupa snap gambar letak kat facebook..bakar line,kasi kecur air liur!!..

Monday, March 26, 2012

Isterimu yang kuat makan & mengidam?

Assalammualaikum, hari isnin selalunye mesti orang malas-malas nakpergikerja,same for me walaupun saya surirumah tapi terasa juga malasnya sebab nak kena hantar / email progress-progress yang sepatutnya pada SV.Lately ni memang saya kuat makan,mengidam dan macam-macam lagi perangai buruk yang takpatut dibuat oleh wanita yang ingin kurus.Sejak balik dari JB haritu,saya teringin benor nak makan aiskrim Baskin Robbins yang flavor Pralines n Cream tu..Last makan mase pergi JPO dengan Ain.Bila balik Klang,hujung minggu je ajak hubby pergi Jusco Bkt Tinggi,tapi malangnye takde BR kat sane..So pulang dengan perasaan hampa walaupun patutnya happy troli dah penuh dengan barang2 dari kedai buku...baucer buku punya pasal.

Sepanjang seminggu ni memang mood saya swing sana sini.ade je yang tak kena.Tapi husband pandai...beli ayam goreng uncle bob untuk pujuk isteri.



hari sabtu konon-konon nak buat 'girl's day out',karok dengan Mrs.Cargoes (wife-wife member husband)..tapi last minit cancel sebab ade yg anak demam or macam2 lagi.Then kak fida said 'aku buat makaroni,sape nak datang umah aku'...





 Kaseh anak kak fida,pandai main cak-cak dengan auntie eh..

Hari ahad yang ditunggu-tunggu...lepas makan kat kenduri,saya cepat-cepat ajak husband cari Baskin Robbins Cafe kat area bukit tinggi..Dah meroyan sangat ni nak makan aiskrim.Husband biase-biase je tak excited sebab before ni saya pernah belanja dia aiskrim BR flavor pumpkin,die tak suke langsung.Then saya belanja dia Tutti Frutti,dia tak berapa happy sebab bagi die biasa je.then kali ni saya nak bagi dia rasa Pralines n cream...tengok camna reaksi dia..

Dia terlalu gembira




Kami beli single scoop je sebab tak nak tamak sangat,kongsi-kongsi sudah.Tapi malangnya husband speechless dan terlalu suka sampai saya terpaksa bungkus lagi satu untuk makan dalam kereta.Itu pun banyak masuk kat mulut dia juga.


Muka gembira dapat makan Pralines n cream!!!

Adakah happiness tu is about food?....

Friday, March 23, 2012

Bergedel muda

Kenapa namanye bergedel muda?..Sebab yang buat bergedel ni surirumah muda (muda la sangat).Harini saya nak habiskan stok kentang kat dapur.Pernah tak saya mention before this yang saya amat menyukai kentang?..tak pernah eh?..

Bahan-bahan bergedel actually dipenuhi dengan macam-macam rempah ratus..jintan putih,hitam,lada sulah,ketumbar, dan macam2 lagi.Tapi saya buat yang simple je,sebab sekarang ni haku tak duduk kat rumah mak haku yang ade macam2 dalam lemari dapur tu.

-Kentang 3 biji (saiz penumbuk budak..amboi,kasar benor)
-jintan putih
-ketumbar
-bawang merah & putih goreng awal2 sampai kaler coklat.
-Telur sebiji untuk menggoreng


Rebus kentang sampai empuk,lenyek puas-puas..campur semua bahan,dan tambah garam sikit.Nak lagi sedap,lebihkan rempah ratus.





Faham kan?...dengan 3 biji kentang saiz penumbuk budak,you ols boleh dapat 9 biji bergedel macam dalam gambar tu.Lepas gentel-gentel ,celupkan telur (biar dalam seminit) and goreng..Sssrrreeenngggg (bunyi minyak panas)..Ok,jangan merepek lagi.So my dinner tonight : bergedel,sambal kicap and sup ayam.Jemput makan.....=)

Thursday, March 22, 2012

Aku meroyan nak keje macam dulu!

Assalammualaikum...saya pun tak tahu  datang dari mane perasaan ni.Mungkin tengah sakit hati sebab ingatkan husband balik keje awal sebab nak pujuk saya,TAKKK....rupenye laki aku balik awal sebab nak pegi main badminton lepas maghrib.Fine merajuk semula.Lupakan soal tu..Sorang-sorang malam jumaat kat rumah,entah kenapa tetibe rase nak layan lagu-lagu dalam laptop,beriya benor pakai headphone besar gajah,padahal suara ustazah bahiyah semanis kurma tetap tembus kat telinga aku ni.

Sampai part lagu Malique, Cuba lagi..terus teringat masa keje dengan Scylla.Seriously rindunye waktu tu...Bayangkanlah pukul 1-2 pagi saya still duduk kat ofis sambil dengar lagu Cuba lagi,..rumah sewa pulak setakat 50 saat jarak dari ofis memang tak hengat nak balik.Bile otak dah tepu pukul 1-2 pagi tu,kami layan roti canai kat area ofis tu.Homaigod,rindunye dr.airil & the team!!...Memang syiookkk keje 24-7 siang malam selama 2 tahun,.....tetibe kau berenti keje / cuti sebulan kahwin,terus jadi surirumah + student.Meroyan takkk?meroyan takkk??...

Fine...no regret.Life sudah berubah.Dulu bujang bolehla nak balik lambat-lambat.I'll miss that moment sampai bile2...and saya akan tetap doakan kejayaan mereka walaupun saya tidak lagi bersama Scylla..I miss u Scylla...=(

Wedding cake by BFF

Assalammualaikum..harini nak update pasal wedding cake mase kenduri kahwin saya haritu.My BFF,ain dah bagitau awal2 yang dia nak hadiahkan kek kahwin since saya memang takde mase nak tempah-tempah kek atau buat acara potong-potong kek.Dari dulu lagi die memang rajin buat cake,cookies, and tiap kali raya je mesti ade cake yang dia nak show off kat kiteorang.So,mase majlis kahwin memang suprise tengok kek kahwin dia sangat-sangat cantik!..bukan tu je,memang sedap!..no word can describe.Kene dengan taste saya.Tak manis sangat,yang penting rase cheese!

Prune cheese





Tapi masa kenduri kahwin tu tak dapat nak rase kek tu puas-puas sebab sibuk layan tetamu,then pergi outdoor lagi...But kek yang bawah ni,ain buat after a month kami kahwin.Kebetulan dia datang rumah saya & bawak kek red velvet ni.Yang ni pun super sedaaappppppp.



Rasenye ain ni dah layak buat bakery bisness sebab kek die memang sedap.Anybody interested?..tinggal komen kat bawah ye... =)

Monday, March 19, 2012

Our Life

Cuti sekolah baru-baru ni saya ke johor meninggalkan suami selama seminggu.Bila baca ceritaYati baru-baru ni,terus teringat hubby and rumah kat klang.Bila suami kau seorang je yang bekerja,dia nak kene bayar dua biji kereta,sara isteri yang tengah belajar,dan kau sendiri tau beza hidup di bandar & di kampung camne..what do you expect from him?...Saya tak harap apa-apa (temporarily)..Cukup husband sediakan rumah,makan-minum berdua,dan sedikit duit poket kalau nak balik jb nanti.Itu sahaja. Lupakan seketika collection Sembonia, Secret Recipi or McD every week,itu zaman bujang punya habit. What i can do now is bersabar....habiskan belajar & find a good job.Kerja sambil belajar?? Oh no..enough la,i spent 1-2 years on that.Now saya back to the life as a student and housewife.Kat klang,kalau nak cari rumah selesa cantik macam rumah mak abah kau,kau sedia la rm500 ke atas.But for us, belum ade anak,so i'm still ok duduk rumah comel ni.Bilik tidur ade dua,ruang bilik agak comel..tapi ruang tamu & dapur memang besar.Tu yang best.





maaf,husband sedikit seksi.



This cute house taught me a lot,especially as a wife.Saya tak complaint banyak about size, sebaliknya bersyukur apa yg ada.Cume sedikit tension kalau hari hujan.Jangan judge dulu kipas takde cover ni.Brand National (panasonic)..nampak je buruk sebab dah bertahun-tahun,tapi angin dia masyaallah....sejuk gile,tak macam brand kipas %^&* yg saya baru beli after kahwin haritu.

Kepada yg baru kahwin  di luar sana, janganlah sedih kalau hidup tak sempurna sebab duduk rumah kecil yg kurang lengkap isinya.Dapat hidup bersama dengan suami/insan yg tersayang,bukankah itu yg melengkapkan hidup kita?..kan?..

Monday, March 12, 2012

Cantikkan kulit & segarkan badan

Assalammualaikum...harini rase suam-suam je mood sebab today i'm gonna back to JB,jumpe dr.ahmad kesayangan..Padan muka saya lama sangat cuti kahwin,sudahnye liat nak balik JB.Bukan tu je,liat nak buat keje..liat nak writing,liat for everything.

Today saya nak share satu produk yang best,Cocoa Collagen Power Plus (CCPP)..Produk ni saya start makan sejak sebelum kahwin lagi,mase tu tak silap bulan 9 or 10.Kak Nad,wife ofismate saya yang bagi sample cocoa ni & suruh try.Minum sekali terus jatuh cinta...betul tak tipu.Saya bukanlah orang yang suka try produk ni,produk tu...pendek kata susah nak percaya.Before decide nak beli produk ni pun saya fikir banyak kali,surf kat internet...tanye member-member.Setakat ni dengar good feedback.




Kenapa saya suka??..sebab combination cocoa & kopi jadikan rase die memang sedap.First time minum,pagi pergi ofis langsung tak mengantuk,tapi angin-angin satu badan asyik nak keluar.Tengok jam dah pukul 5 petang,tak sedar pun satu hari bekerja..badan segar je rase.Kalau tak,asyik nak menguap..asyik nak mengunyah..kemudian asyik nak bukak facebook konon-konon hilangkan ngantuk. Tak lama lepastu saya terus order dekat Kak Nad..3 bulan saya minum...

-Badan segar , kurang mengantuk especially waktu pagi
-Cepat haus...so kene minum banyak air.
-Kenyang dalam masa yang lama..minum CCPP waktu pagi around 8 am-9 am...pukul 2 pm or 3 pm baru rase lapar.

-Slowly kurang tumbuh jerawat.Yela kan..name pun collagen kan..bukan setakat kurang tumbuh jerawat,tapi parut-parut jerawat pun slowly hilang.
-Tumit kaki merekah slowly jadi halus.Haaa..actually inilah sebab utama kenapa saya decide nak try cocoa collagen.Orang asyik cakap tumit kaki halus,lembut..so saya nak try.Alhamdulillah,masuk bulan ke 3 yang rekah-rekah tu dah halus.
-Slowly dah jarang minum nescafe,kopi..
-Harga yang berpatutan...mampu beli.




Sekarang dah masuk 5 bulan..so far masih amalkan minum CCPP,pergi mane-mane pun asyik jumpe orang yang memang amalkan minum CCPP.Lepas kahwin,saya ikut suami pindah ke klang..Yang bestnye kat klang ni saya jumpe kedai yang jual CCPP dengan harga yang sangat best.Mula-mula risau juga takut palsu ke,tiruan ke..tapi bila tengok betul-betul...compare dengan gambar kat internet,saya yakin...tak syak lagi.

Harga kat pasaran RM59.90 untuk 1 set (30 paket) -(semenanjung malaysia)...Sebelum ni yang saya pernah beli diorang cuma bagi diskaun RM55 je,..beli dengan orang pun RM52.Anybody interested,leave your comment and i can give u RM50 for 1 set..!!.

Thursday, March 8, 2012

From hubby with love

Assalammualaikum..lately tekak ni asyik nak makan bende manis waktu malam..tapi bukan salah ibu mengandung or mengidam pape tau..hehe.Belum lagi.Kat rumah ni pulak langsung takde stok biskut or keropok.One day i text hubby before he came home, i said..'hubby please buy me some biskut manis or coklat or whatever..'..Bila dia balik,suprisingly he bought me some biscuits which i really really like plus dah lama giler tak makan biskut tu.Ingatkan dia beli chipsmore ke.Since mase ni hubby tengah sengkek sebab belum gaji, he said he only afford to buy this..touching je dengar but actually i really love this biscuits.I said it's ok hubby, i really love it.zaman kanak-kanak punye biskut ni.

Yummy-yummy...filled with pineapple jem.

tambah cocopie...

again.....biskut jem..sedap tau sampai letak gambar 2 kali.


since married,we independently build our life together.Become a housewife and a student at 1 time, i'm really struggling against my laziness.That's the biggest problem that i need to facing everyday.Kadang-kadang kesian kat hubby because he works alone and need to prepare everything, but syukur sebab dia sentiasa kuat & even kami tak semewah macam zaman bujang dulu but he try and want to prepare completely for his wife.To hubby, tak payah lah sedih or serba salah if u belikan i biskut murah because the real thing is i betul-betul suke biskut tu.


Selang 2 hari..hubby bought this for me.





Even this is the second hand,but he really hopes i'm happy and dia harap lepasni saya tak boring jadi surirumah & boleh whatsapp dengan geng wife kawan-kawan dia.I'm not the gadget- type -person, pakai sony comel yang sedia ada untuk 2-3 tahun lagi pun saya tak kisah, but when i see my husband try doing something just to make his wife smile, i'm feel grateful.

Thanks hubby for the blackberry and i love u more =)

Tuesday, March 6, 2012

Dinner- fish

Sejak kahwin saya tak pernah beli tempe sebab hubby tak berapa suka.But both of us love fish and tahu so much.So far dah terror menyiang ikan,tapi ikan kembung jela...lembut & senang nak buang isi-isi perut dia.Kalau ikan jenis lain tak tahula.So today i wanna share my february's dinner.











See?..all about fish and tahu..typical dinner.Next time saya nak try resipi yang pelik-pelik.But this morning,husband said start today he doesn't want to eat dinner anymore coz he start to worries his stomach,makan malam after 8 pm pastu rehat terus tidor and end up dengan perut buncit.

Monday, March 5, 2012

Cerita sebulan

Assalammualaikum,semalam genap sebulan kami hidup as a wife & husband. But husband lagi ingat tarikh bertunang compared to tarikh bernikah.hadoiii..Rutin saya sebagai surirumah semakin memberansangkan.Everyday husband akan bangun tido dulu dari saya..what??..haha.Tapi subuh saya yang bangun dulu.Weekdays,husband jenis yang tak breakfast..bangun,mandi,bancuh air panas...then pergi keje.Dia cuma request breakfast bila weekend saja.Senang kan?..Hari bekerja,saya cuma masak sehari sekali sebab husband tak balik makan tengahari.So lepas asar baru saya sibuk-sibuk masak, and we will dinner together.Kalau setiap hari saya cuma makan berat sehari sekali mintak-mintak saya kurus cepat..haha.Ini kira bantuan or sokongan moral secara halus dari suami.

After husband pergi kerja,baru saya selesa nak kemas or buat ape-ape yang extravaganza sikit.

 Hari-hari kene basuh korset PB.Kalau malas nak basuh malam,esok pagi basuh cepat-cepat.



 Tengahari,bukak peti ais,pastu fikir ape nak masak...


 Sebelah petang sikit,kira duit tabung husband yang dah penuh.Ini kira kerja extravaganza jugak.


Workplace....workplace la sangat.Hajat nak jahit kusyen sofa terbantut.Biar terus camni.

Nampak je macam simple life.But husband quite cerewet.Kalau nak basuh baju,kene separate seluar and baju.then separate again baju mana yang tak boleh basuh mesin by looking brand baju.bayangkan lah kalau t-shirt tu ade banyak kemudian nak kene belek satu-satu jenama apa.Tapi tu mula-mula jela susah,lama-lama saya dah hafal..tengok dari jauh colour t-shirt dah tau itu brand apa.Bab makan husband tak kisah.Anything,takde ayam or ikan pun takpe..Telur dadar dengan nasi je pun takpe.JANJI SEDAP.So,misalkate kalau kau masak beriye ayam masak merah,gulai or sambal belacan,tapi kalau tak sedap,confirm husband diam.pastu makan langsung tak tambah.


Itu life saya as a housewife.Sebagai student pulak camne?..bukan main angan-angan mat jenin nak balik JB awal bulan 3.Tapi tak tahu nak tunjuk ape dekat supervisor.Tapi ade sikit progress, my first journal is published!...sebelum ni ade gak published paper tapi jadi second or third author.This time memang first author.Boleh jenguk my abstract kat sini.


Impian bukan main lagi menggunung nak abiskan master by the end of June or Julai.Tapi....once aku dah cuti lama,memang berat hati la nak tinggal suami even plan nak balik JB dalam seminggu dua je pun.Memang liat macam tanah liat!

Saturday, March 3, 2012

Bagaimana saya turunkan berat badan-Siri 3

Assalammualaikum...salam sabtu pagi..pukul 3,4 pagi u olls i update blog.Pukul 1 tadi husband mintak air panas,bile orang dah buat nescafe 2 mug,dia dah tidor dulu.So ade bunyi-bunyi naik angin di situ.Malas nak marah banyak2,orang nak pegi holiday esok tak boleh marah-marah.Meh kita sambung siri turunkan berat badan yang ke-3.Insyaallah last series.

Semangat saya turunkan berat badan agak membuak-buak masa awal-awal pakai korset PB.Setiap 3 hari sekali,saya akan catat ukur lilit badan,contoh pinggang or peha..so bile ada catatan tu kita boleh tengok penurunan atau berapa banyak cm kita susut.Mula-mula tu seronokla seminggu ade susut dalam 2-3 cm.Tapi makin lama makin slow pulak penyusutan tu.Nak tau sebab ape?...sebab,korset PB kene pakai sekurang-kurangnya 8 jam setiap hari.Lepas bukak PB,rendam,mandi, and perut kita betul-betul dalam keadaan selesa sebab dah tak pakai bengkung.Kemudian pulak melantak makan malam sekenyang-kenyangnya sebagai balas dendam lunch tadi tak dapat makan banyak.So,memang lambat la nak kurus kalau habit kita setiap hari macamtu.So saya ubah sikit makan malam sebelum bukak PB, between 7 - 8 pm.Tapi kadang-kadang tu makan juga malam-malam kalau teringin sangat.Tapi kene beringat juge.

Part yang paling tak best is basuh PB setiap hari.Bayangkan dah pakai ketat-ketat ,berpeluh,melekit..then kene basuh setiap hari.Toskan,then jemur bawah kipas.Setiap hari,saya ulang setiap hari.Baju pergi keje pun kita basuh seminggu sekali,ni kan pulak nak basuh baju comel setiap hari.Itu pun menguji kesabaran juga.

Masuk bulan ke-2,berat badan takde susut banyak..kadang-kadang fedup juga especially kalau kita kerap sangat timbang berat badan & expect berat akan turun banyak.Tapi bagi sesetengah kawan yang dah lama tak nampak saya,ade juga yang menegur nampak susut sikiiiiiitttttttttt.Macam yang saya cerita dalam siri 1 & 2,bila saya start control makan + ditambah pula dengan sibuk uruskan hal kahwin,memang automatik berat cepat turun.Kemudian muka happy semacam bila try baju-baju lama yang dulu memang sendat dat dat dat..sekarang dah muat balik.

Semenjak kahwin ni,saya agak risau sebab dah start malas pakai PB,sibuk nak buat kerja rumah je.Tapi paksa juga diri ni rajin-rajin basuh PB setiap hari atleast pakai untuk maintainkan berat badan.Kalau turun tu dah kira bonus..(Of cos nak turun!!)..The best part is,PB cover lemak-lemak yang berlipat-lipat.Pakai baju ape pun confident.Seriously,it works!!..berbeza dengan korset/girdle jenama lain yang saya pernah pakai sebelum ni,memang nampak lemak lipat-lipat.Kalau pakai PB bile orang pandang dari depan,memang nampak shape la body tu,cume bila dari sisi nampak montoks sikit.Yang penting,mane lemak - lemak menggeleber tu,PB akan tolong kemaskan.

Until now,alhamdulillah semakin selesa & semakin sayang dengan PB.Mula-mula je tak selesa,lama-lama sehari kalau tak pakai memang menyesal.Lepastu mula lah risau,menyesal tak basuh awal-awal.Nasihat saya, siapa-siapa yang nak turunkan berat badan,what ever method yang kita try,mesti ade DISIPLIN.Tak kisah mahal atau murah,nak joging ke,nak makan jusmate ke,kalau takde disiplin tak jadi juga kan?..Then kene banyak sabar..sabar...dan sabar...Dont push your self to hard,kalau siang malam asyik risau nak kurus,lepastu takde effort,memang satu hape pun tak jadi.Jangan lupa reward diri sendiri & yang penting enjoy your life in a healthier way.