Dari Anas bin Malik r.a katanya, dia mendengar Rasulullah s.a.w bersabda:”Sesiapa yang ingin supaya dimudahkan (Allah) rezekinya atau dipanjangkan (Allah) umurnya, maka hendaklah dia memperhubungkan silaturrahim (hubungan kasih sayang).”

Iklan

Wednesday, March 28, 2012

Ayam Bakar Blackpepper

Teringin sangat nak makan Kenny Rogers,tapi husband belum gaji.Sebagai isteri kene faham lah suami penat2 kerja,kau pulak asyik mintak nak makan sedap2.Resipi ayam bakar ni saya rujuk dari satu blog,tapi tak hengat dah...Cuma saya adjust sikit bahan2nya supaya lebih simple.

Bahan-bahan

Ayam 3 ketul (eksperimen)
Bawang putih 1 biji
Bawang merah 3 biji
Halia (half ibu jari kaki)
Lada sulah (kasar)
Lada hitam
Sos cili
Kicap (actually guna sos tiram,tapi saya tak beli)

Goreng bawang putih,bawang merah,lada sulah......tumbuk semua bahan dengan halia,campur sikit dengan minyak goreng bawang tadi.Masuk dalam mangkuk besar,campur sos cili,kicap,lada hitam....gaul sampai sebati.



Lumur pada ayam..perap 1 jam....after sejam,dah boleh bakar..tapi lapik dulang dengan aluminium foil sebab masa bakar nanti minyak akan terpercik2 and kerak2 kuah tu melekat pada dulang.So kalau ade aluminium tu takdelah ayam tu melekat direct pada dulang + ayam akan masak secara elok.Bakar pada 200 darjah celcius selama 40 minit.Guna 'heat element ' yang bahagian bawah sahaja.







Lepas keluar oven,memang ayam tu ade melekat2 sikit bahagian bawah,hitam2 macam bakar sate..tapi kita bloleh buang pakai pisau...hias2 sikit dengan kentang goreng,carrot,atau sayur2 lain......kalau kita dah  marinate betul2 ayam tu,makan macamtu je pun sedap sebab rasa lada sulah + blackpepper tu dah sebati.jangan lupa snap gambar letak kat facebook..bakar line,kasi kecur air liur!!..

2 comments:

  1. untunglah badan rumah sewa pon ada oven, bole msk mcm2, umah sewa po ada piyuk nasik dgn heater jek :( xleh nk konon2 msk mcm2. hahahaha

    ReplyDelete
  2. Haha....rezeki hadiah kahwin..dapat macam2.jimat duit kami.Ala,popo tu duduk bujang,that's why ade priuk nasi ngan heater je.Cube kalo yati duduk sane,mesti ade mcm2..hehe.

    ReplyDelete