Dari Anas bin Malik r.a katanya, dia mendengar Rasulullah s.a.w bersabda:”Sesiapa yang ingin supaya dimudahkan (Allah) rezekinya atau dipanjangkan (Allah) umurnya, maka hendaklah dia memperhubungkan silaturrahim (hubungan kasih sayang).”

Iklan

Friday, March 23, 2012

Bergedel muda

Kenapa namanye bergedel muda?..Sebab yang buat bergedel ni surirumah muda (muda la sangat).Harini saya nak habiskan stok kentang kat dapur.Pernah tak saya mention before this yang saya amat menyukai kentang?..tak pernah eh?..

Bahan-bahan bergedel actually dipenuhi dengan macam-macam rempah ratus..jintan putih,hitam,lada sulah,ketumbar, dan macam2 lagi.Tapi saya buat yang simple je,sebab sekarang ni haku tak duduk kat rumah mak haku yang ade macam2 dalam lemari dapur tu.

-Kentang 3 biji (saiz penumbuk budak..amboi,kasar benor)
-jintan putih
-ketumbar
-bawang merah & putih goreng awal2 sampai kaler coklat.
-Telur sebiji untuk menggoreng


Rebus kentang sampai empuk,lenyek puas-puas..campur semua bahan,dan tambah garam sikit.Nak lagi sedap,lebihkan rempah ratus.





Faham kan?...dengan 3 biji kentang saiz penumbuk budak,you ols boleh dapat 9 biji bergedel macam dalam gambar tu.Lepas gentel-gentel ,celupkan telur (biar dalam seminit) and goreng..Sssrrreeenngggg (bunyi minyak panas)..Ok,jangan merepek lagi.So my dinner tonight : bergedel,sambal kicap and sup ayam.Jemput makan.....=)

No comments:

Post a Comment