Dari Anas bin Malik r.a katanya, dia mendengar Rasulullah s.a.w bersabda:”Sesiapa yang ingin supaya dimudahkan (Allah) rezekinya atau dipanjangkan (Allah) umurnya, maka hendaklah dia memperhubungkan silaturrahim (hubungan kasih sayang).”

Iklan

Sunday, April 22, 2012

Getting bigger

Yup....getting bigger and bigger...seronok boleh makan setiap masa,tapi dagu dah dua lapis.Dah mula rasa morning sickness,pagi dan malam...perut mula tak tahan kalau makan merepek2.Tapi ni baru sikit kan....sakit bersaalin lagi tak terkata.Now saya kat JB, sejak pregnant rasa lagi bersemangat nak study.harap-harap berterusan.Now saya dah seminggu, hajat nak extend lagi 2-3 hari.Tapi husband dah marah2 kenapa lama sangat duduk JB.Then i said, 'cakap jela rindu kat kite,abis cerita..tak payah marah2'...tengokla lelaki.,payah sangat nak mengaku..malu letteewwww..

Saya bersyukur sebab morning sickness tak teruk,no muntah-muntah...cuma cepat mual,loya especially tengok bende bergoreng kat cafe,telur (geliiiiiii),bau minyak2.Kalau  ke mana2 dengan kawan2, everything was easy...senang dapat parking,dapat makan free..syukur..rezeki baby.Now baby baru sebulan lebih,tapi perut saya dah besar macam 2-3 bulan.Maybe sebab banyak makan.Gatal-gatal di perut itu memang ade.Orang kata  jangan garu,nanti parut teruk,susah nak hilang.Kakak2 ofis suruh beli bio-oil or Minyak zaitun Safi.Of cos la aku pilih yg murah,tapi memang best pun pakai minyak zaitun.Wangi,halal,selesa..kurang rasa nak menggaru.

Some of my friend susah nak percaya bila tengok perubahan hidup saya..Dulu boleh tak kisah ke sana sini,sibuk nak diet pakai korset, now.....dah kahwin,dah nak ade anak,sometimes kene pakai macam emak2 sikit sebab itulah baju yang paling selesa and you can't deny it!!!...And everybody akan merasa perubahan ni satu hari nanti.

Semoga saya & baby sihat sejahtera.

Saturday, April 7, 2012

i'am 26 and soon-to-be a mommy =)

Hari jumaat yang indah,memang sesuai bagi kami suami isteri untuk terima khabar gembira ni.Since my period late around 8 days,saya decide nak beli pregancy kit dekat 7-eleven.Tu pun macam memalu kucing tunggu sume orang keluar baru tanye kat kaunter.First trial,keluar dua line,tapi samar-samar.Nak seronok sangat pun tak boleh,tapi dalam hati memang dah yakin,dengan perut yang makin buncit i know 'he/she' is there.Second time saya beli pregnancy kit,memang hampeh tak keluar line ape2.Geram juge sebab kit ni paling murah RM6.90,tu pun paper halus kurus macam lidi.Kalau nak canggih sikit yang macam dalam tv tu rm12 above.Kemudian saya text kakak saye & kak liza untuk mintak info.Kak liza pesan urine test selalunya valid if kita dah 10 days lewat period.Standby rm70 - rm80 untuk buat pregnancy test skali lagi kat klinik.


see double line? line ke-2 tu samar2.

So hari ke-11 lewat period,baru saya & suami pergi ke klinik.Kat klinik pun sama juga,doktor akan buat urine test, dan guna pregnancy kit untuk check positif or negative.Umur baby baru 5 minggu,memang langsung takde mual-mual.Cuma kerap sakit perut macam senggugut.Doktor said,awal kehamilan memang ade rase sakit sikit2,tanda baby tu macam nak lekat or tak nak lekat.So kene hati2 supaya baby kuat lekat.Then doktor bagi beberapa sample vitamin termasuk asid folik, dan juga sample susu anmum materna.If semua serasi baru boleh beli dalam kuantiti yang banyak.Total rm65.


Doa saya semoga semuanya selamat & berjalan lancar sepanjang tempoh mengandung,semoga dimurahkan rezeki, dan semoga saya dapat habiskan master dengan lancar.Amin Ya Rabbal Alamin.

Friday, April 6, 2012

Malas nak fikir masalah, masak lagi best.

Saya tak suka tunggu sesuatu yang tak pasti..atau menunggu seseorang tunaikan janji.Tapi nak buat camna, typical orang melayu memang camni kot..janji payah nak dikotakan.Satu hal lagii bende yang merunsingkan saya ialah tentang diri saye sendiri......Saat diduga tuhan,hanya sabar jela yang mampu saya buat lebih-lebih lagi semua bende nak buat dengan husband,so terpaksa tunggu husband free.Benda yang boleh menggembirakan saya hanyalah masak,masak,masak,dan makan .

 ayam masak merah,...dapppnye,hujung minggu nak masak lagi

pulut kuning & rendang ayam pemberian abg Jiji sebelah umah

Beberapa hari yang lepas,saya mengidam nak makan bende manis2...atau lebih specific,Apple Crumble.Resipinya sangat senang.

-Apple 4 biji
-gula 1/2 cawan
-1 btg kayu manis
-Nestum 1/2 cawan
-Tepung  1 1/2 cawan
-marjerin 5 sudu besar penuh berbukit

Masak apple dengan kayu manis,gula,sedikit air...masak sampai apple lembut n pekat.



Agak-agak dah epal dah masak lembut,biarkan sekejap..Ambik mangkuk,gaulkan nestum,tepung  dan mjerin...ramas2 sampai hancur macam serbuk.


Actually saya takde dulang untuk membakar kek,so saya amik aluminium foil,double-triplekan..lipat bentuk mangkuk.Taburkan separuh adunan serbuk tepung tadi....ratakan.then tuang  apple yg dah masak tadi.Jangan lupa buang kulit kayu manis tadi.Kang ade yg tercekik pulak.Lepas tuang epal,taburkan lebihan serbuk tepung tadi.Bakar dalam 190 darjah celcius, dalam 20 minit.

 Tarraaaaa...ini hasilnye...

-


Cara makan dia memang takde formal-formal..potong ikut suka hati,makan pakai sudu.

Sekian.Sememangnya masak & makan boleh mendatangkan kegembiraan. =)