Dari Anas bin Malik r.a katanya, dia mendengar Rasulullah s.a.w bersabda:”Sesiapa yang ingin supaya dimudahkan (Allah) rezekinya atau dipanjangkan (Allah) umurnya, maka hendaklah dia memperhubungkan silaturrahim (hubungan kasih sayang).”

Iklan

Friday, April 6, 2012

Malas nak fikir masalah, masak lagi best.

Saya tak suka tunggu sesuatu yang tak pasti..atau menunggu seseorang tunaikan janji.Tapi nak buat camna, typical orang melayu memang camni kot..janji payah nak dikotakan.Satu hal lagii bende yang merunsingkan saya ialah tentang diri saye sendiri......Saat diduga tuhan,hanya sabar jela yang mampu saya buat lebih-lebih lagi semua bende nak buat dengan husband,so terpaksa tunggu husband free.Benda yang boleh menggembirakan saya hanyalah masak,masak,masak,dan makan .

 ayam masak merah,...dapppnye,hujung minggu nak masak lagi

pulut kuning & rendang ayam pemberian abg Jiji sebelah umah

Beberapa hari yang lepas,saya mengidam nak makan bende manis2...atau lebih specific,Apple Crumble.Resipinya sangat senang.

-Apple 4 biji
-gula 1/2 cawan
-1 btg kayu manis
-Nestum 1/2 cawan
-Tepung  1 1/2 cawan
-marjerin 5 sudu besar penuh berbukit

Masak apple dengan kayu manis,gula,sedikit air...masak sampai apple lembut n pekat.



Agak-agak dah epal dah masak lembut,biarkan sekejap..Ambik mangkuk,gaulkan nestum,tepung  dan mjerin...ramas2 sampai hancur macam serbuk.


Actually saya takde dulang untuk membakar kek,so saya amik aluminium foil,double-triplekan..lipat bentuk mangkuk.Taburkan separuh adunan serbuk tepung tadi....ratakan.then tuang  apple yg dah masak tadi.Jangan lupa buang kulit kayu manis tadi.Kang ade yg tercekik pulak.Lepas tuang epal,taburkan lebihan serbuk tepung tadi.Bakar dalam 190 darjah celcius, dalam 20 minit.

 Tarraaaaa...ini hasilnye...

-


Cara makan dia memang takde formal-formal..potong ikut suka hati,makan pakai sudu.

Sekian.Sememangnya masak & makan boleh mendatangkan kegembiraan. =)

No comments:

Post a Comment