Dari Anas bin Malik r.a katanya, dia mendengar Rasulullah s.a.w bersabda:”Sesiapa yang ingin supaya dimudahkan (Allah) rezekinya atau dipanjangkan (Allah) umurnya, maka hendaklah dia memperhubungkan silaturrahim (hubungan kasih sayang).”

Iklan

Monday, June 25, 2012

Mama yang degil

Wahai anakku,maafkan mama mu ini yang degil suka makan makanan manis-manis..maafkan nenekmu juga sebab selalu masak yang sedap-sedap every time mama balik kampung. Ketahuilah wahai anakku, mama cuma dapat makan sedap-sedap camni bila kat kampung je,bila mama dah balik Klang jumpa papa, jangan harap papa nak bagi mama makan manis-manis camni.Kalau dapat pun masa tu muka mama dah masam sebab kena marah awal2.







Paling teruk bila mama mengidam nak minum nescafe...sebulan sekali mesti nak minum,tapi buat sikit je..(yeke sikit..???)..Sebulan sekali juga lah kadang-kadang mama minum carbonated drink..sebab ngada-ngada singgah pizza hut,kfc,marrybrown..sebenarnya kawan2 mama yang ajak (sambil mama tarik2 tangan diorang)...Lagi teruk bila mama dah jarang minum susu sebab mual.Serba salah nya kat anak..Tapi yang bagusnya mama suka makan buah & sayur hijau.Pastu mama suka tengok cerita yang gagah2 macam cerita2 polis, Hawaii five o,CSI,The number, termasuk Showdown feveret mama,itu pun kira gagah juga sebab kene lompat2 buat gaya b-boy..hehe.Tapi mama mengaji baru sampai juzuk 6..Harap-harap mama lebih rajin lagi lepasni.Lagi satu, ramai yang tak perasan mama pregnant walaupun dah 4 bulan lebih.Perut memang tak berapa nak nampak buncit,tapi kalau tengok dagu 2-3 lapis memang orang tegur.Anak,semoga kamu membesar dengan sihat dalam perut mama.Tapi nenek selalu pesan jangan beriya sangat.Nanti kalau kamu dah lahir insyaallah,cepat2 belajar mengeja then bacalah blog mama ni.


Lately perut rasa ngilu-ngilu...especially bawah perut.Bila cerita kat mak,mak kata 4 bulan setengah tu kadang2 dah boleh rase baby tendang or bergerak2.So now saya confius, adakah ngilu-ngilu tu disebabkan baby bergerak atau effect2 biasa wanita mengandung, atau saya yang syok sendiri.Sejak pregnant,rasanya baru 2 kali saya masak..itu pun sebab dah desperate lapar.Hampir 2 bulan juga saya duduk kat rumah mak,jumpa husband hujung minggu je.Next week dah start kerja & pulang ke pangkuan suami,tapi tak tahu macam mane nak start again buat kerja-kerja rumah yang basic.Semoga Allah permudahkan semuanya.Amin.

Wednesday, June 20, 2012

Kencing kotor & petua

Semalam saya pergi third check-up, sekejap masa berlalu..tau2 je baby dah 16 minggu (4 bulan),so dah lepas first trimester tapi mabuk & malas still same macam mengandung 1-3 bulan.Masa check-up yang sebelum ni, doktor & nurse memang dah remind saya, kencing kotor,kencing kotor,kencing kotor.....so memang kene minum banyak air.Tapi nak kata degil & malasnye ibu mengandung ni,kalau yang manis2 dia memang suka,yang air masak tu dia memang malas.

Selang 2 minggu kemudian (semalam), saya datang dengan penuh expectation yang saya still facing kencing kotor's problem tu. Memang tepat pun jangkaan tu, and doktor said urine kali ni lagi kotor dari yang sebelum ni.Yang kelakarnye bila doktor tanye,'kencing lawas tak'...saya jawab 'saya pun tak tahu lawas tak lawas tu camne'..memang saya nak kene makan penyepak dengan nurse,haha....means kalau kencing keluar sikit2 tu kira tak lawas la....hadoiii.Cuma saya konfius bila doktor cakap sepatutnya check-up sebelum ni saya dah makan ubat.Tapi takde ubat pape pun yang diorang bagi..miscommunication disitu.So doktor bagi 3 papan antibiotik & ubat untuk urine! padan muka saya nak kene habiskan dalam masa 2 minggu!..nurse ade pesan, kalau kencing kotor bawah level yang sepatutnya,memang diorang akan check 2 minggu sekali.Padanla muka awak.



Antibiotik kaler pink tu saya nak kene makan 2 bijix 3 times sehari..so 6 biji.Muntah pink lepasni....potassium citrate tu untuk urine alkaline,kalau nak minum kene campur dengan air masak.Rasa nya macam air kelapa muda yang takde gula.Bayangkanlah sendiri ye.. Doktor ade juga bagi petua..kalau kencing kotor, selain dari minum air masak, minum air barli banyak2.Nasib baik air barli,memang sedappp,beli yang mentah,sepeket dalam rm2 boleh buat stok minum seminggu.Bila husband call tanye camne baby papa harini pergi klinik?,bila cerita pasal kencing kotor,sekali kene marah dengan husband.Lain kali kalau pergi kedai mamak dengan husband,dengar cakap husband order air barli,jangan nak order milo ais je macam saya.

Monday, June 18, 2012

Bantal untuk baby & 1 week's story

Harini mood baik,selera makan baik,selera dengan suami pun baik (teeeettttttttttttt)..rase nak cerita macam2 kat blog.Baru sehari balik dari JB,kali ni rase tak puas duduk seminggu kat JB sebab terlalu sibuk siapkan draft sampai takde mase nak jalan2 cari makanan sedap.Mujur ade kawan2 yang tolong bawak saya lunaskan nafsu nak makan cendol & pizza..tiap-tiap minggu asyik nak makan cendol,sekarang tengah taip blog pun teringin nak makan cendol.

Seminggu yang lepas di JB, sampai2 kat rumah sewa je nampak bantal leper dalam beg  tergantung kat pintu.Kemudian Kak liza said, dia & wan belikan bantal ni untuk baby saye..alololololo..comelnye.Kak Liza kata ade macam2 jenis, pastu material dalam bantal tu elok untuk leher..tapi tak ingat plak untuk dewasa je or camne.




Ingatkan setakat ni je,then kak liza tanya lagi 'awak nak hadiah ape untuk baby'...waduhh..ade lagi hadiah rupanye..seronok,seronok...Tapi masih awal lagi,mak dia tak boleh asyik nak excited fikir hadiah..(penatla taip,dahaga cendol..huhu)

Itu kisah hari pertama ke JB,hari kedua  dan seterusnya memang sibuk siapkan draft..stay kat ofis sampai malam,gunakan tenaga seoptimum mungkin buat keje sebab dah tau kat rumah cuma sesuai untuk berehat je.Nak-nak duduk bilik bawah dekat dengan ruang tamu & dapur,takde mood nak baca2 paper/jurnal untuk siapkan thesis.Samada dapur tu mendatangkan loya ibu mengandung, atau mengundang selera makan saya, atau keadaan ruang tamu yang melambai2 menjemput saya baring tonton tv,nama pun ruang tamu kan?.Hari ketiga pulak dapat panggilan telefon dari uitm berkenaan keje part time yang saya pernah apply dulu.Alhamdulillah,harap2 sihat tubuh badan ni sebab dari dulu meroyan nak keje sangat ni. So hari ahad,immediately siapkan keje & naik bas balik Klang.

Actually masa dalam bas on the way nak balik klang,teringat-ingat dalam kepala otak ni..Beberapa jam sebelum saya ke JB tempohari,saya sempat basuh collection tudung-tudung awning saya,tapi tak sempat sidai/jemur.Selepas seminggu kat JB & dalam bas otw nak balik Klang,baru teringat dan berharap sangat yang suami dah sidai semua tudung2 basah tu.Melampau la kalau tak jemur lagi,habislah busuk tudung tu terbiar seminggu.Saya peminat tudung awning jenis Thai silk,so kalau basuh tu kene elok2 sikit sebab awning Thai silk ni nipis je & selalunya mahal sikit.Masa sampai rumah,happy sangat sebab tudung-tudung tu dah selamat disidai & kering.Cuma sedikit sedih sebab husband gantung & letak penyepit betul2 kat awning tu.Nak tergelak pun ade, tapi nasib baik tak rosak or tinggalkan kesan sepit.






Harini pagi-pagi lagi saya & husband ke uitm shah alam sebab dah janji nak sign surat kontrak keje,rase happy sikit tapi agak nervous sebab jaga exam ni bunyi die macam senang,tapi bile dengar pengalaman lecturer / cikgu yang dah experienced, memang penat jaga exam.

Satu lagi nak cerita pasal lif kat uitm ni,tak pasti semua bangunan macamni or tak.Tapi orang luar kalau tak tahu,memang akan tercongok depan lif macam kes saya.Harini saya ke bangunan fakulti kej.kimia...dah besar2 tulis kat board tu unit pentadbiran kat aras 10.Kalau nak tahu,sistem lif kat uitm ni kene tekan no. aras sebelum masuk lif.Memang ade tempat tekan nombor kat luar lif.Tapi kat dalam lif takde satu pun button tekan no. aras.cume ade button bukak/tutup pintu & button2 lain yang xde kene mengena dengan nombor aras.Masa nak naik,memang takde masalah sebab kebetulan ade staff yang nak naik tingkat 10,so kat dalam lif tu tertera nombor 10. Tapi masa nak turun memang problem,penatla jari ni tekan no.1,apsal lif tak bukak2,apsal keluar gambar tanda soal plak kat skrin tu.Tunggu punya tunggu, kebetulan lif bukak & ade orang keluar, tapi bile saya sorang2 masuk dalam lif,apsal tak bergerak,apsal takde no 1 kat skrin?.then saya keluar balik cepat2 tekan no.1, tapi tak sempat masuk semula dalam lif sebab dah tertutup.Okay,memang dah hangin masa ni..Tunggu lah orang lalu kat situ, maka tercongok la saya depan lif beberapa minit.Tak lama pastu ade staff yang kebetulan tunggu lif dengan saya,cepat2 saya tanye kenapa kes saya ni pelik.You know what?,rupa-rupanya tak wujud pun aras 1 dalam bangunan tu.Groundfloor is at level 5!..hadoyaaiiiiii.




Thursday, June 7, 2012

The touching part about my first check-up


Duduk kat kampung memang seronok.Ye,dah berulang kali saya bagitau.Hari-hari main dengan anak-anak jiran sebelah,sehinggakan saya terlupa yang saya kene siapkan draft master saya dalam tempoh beberapa hari lagi.Sebelah siang, after breakfast selalunya saya beriya bukak laptop...tapi melayan sakit kepala,muntah,loya2 semua tu makan masa hingga ke tengahari.Lepas makan tengahari & solat zohor,saya layan sinetron Putri yang ditukar..kehenseman Pak Prabu memang tak dapat ditandingi. Lepas habis nonton Pak Prabu,mula lah mata saya ngantuk2...lalu jatuh tertido sehingga asar.Lepas asar,jenguk laptop..dapatlah karang ayat sebaris dua.Petang2 pulak saya dah keluar ke laman rumah main dengan anak-anak jiran seramai 6 orang.Waktu malam pulak mengajar diorang buat latihan / homework..ala2 tuisyen gitu..


See?..masa saya dipenuhi dengan melayan kanak-kanak.Mood buat keje selalu tenggelam dengan loya2,mengada2,mabuk2 dalam badan ni.Tapi kalau husband datang hujung minggu,laju pulak saya main badminton same2.tapi main ringan-ringan jela.

Okay,berbalik kepada tajuk di atas..tapi takde gambar.

Baru-baru ni saya pergi first check-up dengan doktor..padan muka saya datang pukul 9.30 pagi...giliran saya selesai pukul 12.30 tghari.Agak kelakar juga first time buat check up,nak-nak pulak nurse yang check blood pressure tu 6 tahun lagi muda dari saya.Saya asyik tanye,lepas ni nak buat apa?dah boleh balik ke?Rutin dia simple je...amik blood presurre & timbang berat,----->amik sample darah yang menyakitkan tu,hantar ke makmal---->buat urine test,again sample darah untuk HIV----->tunggu turn nurse/sister akan panggil buat pre-checkup lebih kurang------->tunggu turn untuk jumpe doktor scanning baby untuk check jantung.


To be honest,masa awal mengandung saya ade rase sedikit sesal sebab tak ade pekerjaan lagi,tapi dah mengandung pulak.master tak habis lagi.Rase macam susah hati.Memang anak itu rezeki,tapi bak kata yati,bukannye macam ade orang letak 10k sedebuk dalam akaun kite.Makin lama sesal tu makin berkurang,tapi selalu rasa susah hati sebab terbayang-bayang susah nak cari kerja kalau tengah mengandung.bukan tak yakin dengan husband,tapi kita dah terbiasa pegang gaji / duit sendiri.Rasa tak secure bile semua tu takde.Tamaknye saya.

But one day,everything was changed.Masa doktor tengah scan baby,saya agak excited sebab ingatkan doktor nak raba2 perut je.Masa scan tu doktor tunjuk..'hidayah,ini kepala baby....okay,ini jantung baby,nampak tak..'..at the moment, semua nya berubah.Hilang semua penat menunggu 3 jam,hilang semua rasa sesal,susah hati sepanjang mengandung.Masa tu dah tak fikir ape dah..cume nak call husband nak cerita cepat2,pastu dah tak fikir sangat nak cari keje.Cume fikir bile baby nak membesar & bersalin dengan selamat.Hebatnya kuasa Allah,jangan sekali-kali kita cabar.Menakjubkan gile dapat tengok ade 1 nyawa dalam rahim kita.Kalau tengok kat tv tu macam biasa2 je.But kau rase lah sendiri nanti bile dah mengandung.Really amazing,Subhanallah.Memang betul orang kata bersalin tu sakit,but they also said semua sakit tu akan hilang once kita lihat baby tu keluar dari rahim kita.And i will believe that.