Dari Anas bin Malik r.a katanya, dia mendengar Rasulullah s.a.w bersabda:”Sesiapa yang ingin supaya dimudahkan (Allah) rezekinya atau dipanjangkan (Allah) umurnya, maka hendaklah dia memperhubungkan silaturrahim (hubungan kasih sayang).”

Iklan

Monday, June 18, 2012

Bantal untuk baby & 1 week's story

Harini mood baik,selera makan baik,selera dengan suami pun baik (teeeettttttttttttt)..rase nak cerita macam2 kat blog.Baru sehari balik dari JB,kali ni rase tak puas duduk seminggu kat JB sebab terlalu sibuk siapkan draft sampai takde mase nak jalan2 cari makanan sedap.Mujur ade kawan2 yang tolong bawak saya lunaskan nafsu nak makan cendol & pizza..tiap-tiap minggu asyik nak makan cendol,sekarang tengah taip blog pun teringin nak makan cendol.

Seminggu yang lepas di JB, sampai2 kat rumah sewa je nampak bantal leper dalam beg  tergantung kat pintu.Kemudian Kak liza said, dia & wan belikan bantal ni untuk baby saye..alololololo..comelnye.Kak Liza kata ade macam2 jenis, pastu material dalam bantal tu elok untuk leher..tapi tak ingat plak untuk dewasa je or camne.




Ingatkan setakat ni je,then kak liza tanya lagi 'awak nak hadiah ape untuk baby'...waduhh..ade lagi hadiah rupanye..seronok,seronok...Tapi masih awal lagi,mak dia tak boleh asyik nak excited fikir hadiah..(penatla taip,dahaga cendol..huhu)

Itu kisah hari pertama ke JB,hari kedua  dan seterusnya memang sibuk siapkan draft..stay kat ofis sampai malam,gunakan tenaga seoptimum mungkin buat keje sebab dah tau kat rumah cuma sesuai untuk berehat je.Nak-nak duduk bilik bawah dekat dengan ruang tamu & dapur,takde mood nak baca2 paper/jurnal untuk siapkan thesis.Samada dapur tu mendatangkan loya ibu mengandung, atau mengundang selera makan saya, atau keadaan ruang tamu yang melambai2 menjemput saya baring tonton tv,nama pun ruang tamu kan?.Hari ketiga pulak dapat panggilan telefon dari uitm berkenaan keje part time yang saya pernah apply dulu.Alhamdulillah,harap2 sihat tubuh badan ni sebab dari dulu meroyan nak keje sangat ni. So hari ahad,immediately siapkan keje & naik bas balik Klang.

Actually masa dalam bas on the way nak balik klang,teringat-ingat dalam kepala otak ni..Beberapa jam sebelum saya ke JB tempohari,saya sempat basuh collection tudung-tudung awning saya,tapi tak sempat sidai/jemur.Selepas seminggu kat JB & dalam bas otw nak balik Klang,baru teringat dan berharap sangat yang suami dah sidai semua tudung2 basah tu.Melampau la kalau tak jemur lagi,habislah busuk tudung tu terbiar seminggu.Saya peminat tudung awning jenis Thai silk,so kalau basuh tu kene elok2 sikit sebab awning Thai silk ni nipis je & selalunya mahal sikit.Masa sampai rumah,happy sangat sebab tudung-tudung tu dah selamat disidai & kering.Cuma sedikit sedih sebab husband gantung & letak penyepit betul2 kat awning tu.Nak tergelak pun ade, tapi nasib baik tak rosak or tinggalkan kesan sepit.






Harini pagi-pagi lagi saya & husband ke uitm shah alam sebab dah janji nak sign surat kontrak keje,rase happy sikit tapi agak nervous sebab jaga exam ni bunyi die macam senang,tapi bile dengar pengalaman lecturer / cikgu yang dah experienced, memang penat jaga exam.

Satu lagi nak cerita pasal lif kat uitm ni,tak pasti semua bangunan macamni or tak.Tapi orang luar kalau tak tahu,memang akan tercongok depan lif macam kes saya.Harini saya ke bangunan fakulti kej.kimia...dah besar2 tulis kat board tu unit pentadbiran kat aras 10.Kalau nak tahu,sistem lif kat uitm ni kene tekan no. aras sebelum masuk lif.Memang ade tempat tekan nombor kat luar lif.Tapi kat dalam lif takde satu pun button tekan no. aras.cume ade button bukak/tutup pintu & button2 lain yang xde kene mengena dengan nombor aras.Masa nak naik,memang takde masalah sebab kebetulan ade staff yang nak naik tingkat 10,so kat dalam lif tu tertera nombor 10. Tapi masa nak turun memang problem,penatla jari ni tekan no.1,apsal lif tak bukak2,apsal keluar gambar tanda soal plak kat skrin tu.Tunggu punya tunggu, kebetulan lif bukak & ade orang keluar, tapi bile saya sorang2 masuk dalam lif,apsal tak bergerak,apsal takde no 1 kat skrin?.then saya keluar balik cepat2 tekan no.1, tapi tak sempat masuk semula dalam lif sebab dah tertutup.Okay,memang dah hangin masa ni..Tunggu lah orang lalu kat situ, maka tercongok la saya depan lif beberapa minit.Tak lama pastu ade staff yang kebetulan tunggu lif dengan saya,cepat2 saya tanye kenapa kes saya ni pelik.You know what?,rupa-rupanya tak wujud pun aras 1 dalam bangunan tu.Groundfloor is at level 5!..hadoyaaiiiiii.




No comments:

Post a Comment