Dari Anas bin Malik r.a katanya, dia mendengar Rasulullah s.a.w bersabda:”Sesiapa yang ingin supaya dimudahkan (Allah) rezekinya atau dipanjangkan (Allah) umurnya, maka hendaklah dia memperhubungkan silaturrahim (hubungan kasih sayang).”

Iklan

Monday, June 25, 2012

Mama yang degil

Wahai anakku,maafkan mama mu ini yang degil suka makan makanan manis-manis..maafkan nenekmu juga sebab selalu masak yang sedap-sedap every time mama balik kampung. Ketahuilah wahai anakku, mama cuma dapat makan sedap-sedap camni bila kat kampung je,bila mama dah balik Klang jumpa papa, jangan harap papa nak bagi mama makan manis-manis camni.Kalau dapat pun masa tu muka mama dah masam sebab kena marah awal2.







Paling teruk bila mama mengidam nak minum nescafe...sebulan sekali mesti nak minum,tapi buat sikit je..(yeke sikit..???)..Sebulan sekali juga lah kadang-kadang mama minum carbonated drink..sebab ngada-ngada singgah pizza hut,kfc,marrybrown..sebenarnya kawan2 mama yang ajak (sambil mama tarik2 tangan diorang)...Lagi teruk bila mama dah jarang minum susu sebab mual.Serba salah nya kat anak..Tapi yang bagusnya mama suka makan buah & sayur hijau.Pastu mama suka tengok cerita yang gagah2 macam cerita2 polis, Hawaii five o,CSI,The number, termasuk Showdown feveret mama,itu pun kira gagah juga sebab kene lompat2 buat gaya b-boy..hehe.Tapi mama mengaji baru sampai juzuk 6..Harap-harap mama lebih rajin lagi lepasni.Lagi satu, ramai yang tak perasan mama pregnant walaupun dah 4 bulan lebih.Perut memang tak berapa nak nampak buncit,tapi kalau tengok dagu 2-3 lapis memang orang tegur.Anak,semoga kamu membesar dengan sihat dalam perut mama.Tapi nenek selalu pesan jangan beriya sangat.Nanti kalau kamu dah lahir insyaallah,cepat2 belajar mengeja then bacalah blog mama ni.


Lately perut rasa ngilu-ngilu...especially bawah perut.Bila cerita kat mak,mak kata 4 bulan setengah tu kadang2 dah boleh rase baby tendang or bergerak2.So now saya confius, adakah ngilu-ngilu tu disebabkan baby bergerak atau effect2 biasa wanita mengandung, atau saya yang syok sendiri.Sejak pregnant,rasanya baru 2 kali saya masak..itu pun sebab dah desperate lapar.Hampir 2 bulan juga saya duduk kat rumah mak,jumpa husband hujung minggu je.Next week dah start kerja & pulang ke pangkuan suami,tapi tak tahu macam mane nak start again buat kerja-kerja rumah yang basic.Semoga Allah permudahkan semuanya.Amin.

No comments:

Post a Comment