Dari Anas bin Malik r.a katanya, dia mendengar Rasulullah s.a.w bersabda:”Sesiapa yang ingin supaya dimudahkan (Allah) rezekinya atau dipanjangkan (Allah) umurnya, maka hendaklah dia memperhubungkan silaturrahim (hubungan kasih sayang).”

Iklan

Thursday, June 7, 2012

The touching part about my first check-up


Duduk kat kampung memang seronok.Ye,dah berulang kali saya bagitau.Hari-hari main dengan anak-anak jiran sebelah,sehinggakan saya terlupa yang saya kene siapkan draft master saya dalam tempoh beberapa hari lagi.Sebelah siang, after breakfast selalunya saya beriya bukak laptop...tapi melayan sakit kepala,muntah,loya2 semua tu makan masa hingga ke tengahari.Lepas makan tengahari & solat zohor,saya layan sinetron Putri yang ditukar..kehenseman Pak Prabu memang tak dapat ditandingi. Lepas habis nonton Pak Prabu,mula lah mata saya ngantuk2...lalu jatuh tertido sehingga asar.Lepas asar,jenguk laptop..dapatlah karang ayat sebaris dua.Petang2 pulak saya dah keluar ke laman rumah main dengan anak-anak jiran seramai 6 orang.Waktu malam pulak mengajar diorang buat latihan / homework..ala2 tuisyen gitu..


See?..masa saya dipenuhi dengan melayan kanak-kanak.Mood buat keje selalu tenggelam dengan loya2,mengada2,mabuk2 dalam badan ni.Tapi kalau husband datang hujung minggu,laju pulak saya main badminton same2.tapi main ringan-ringan jela.

Okay,berbalik kepada tajuk di atas..tapi takde gambar.

Baru-baru ni saya pergi first check-up dengan doktor..padan muka saya datang pukul 9.30 pagi...giliran saya selesai pukul 12.30 tghari.Agak kelakar juga first time buat check up,nak-nak pulak nurse yang check blood pressure tu 6 tahun lagi muda dari saya.Saya asyik tanye,lepas ni nak buat apa?dah boleh balik ke?Rutin dia simple je...amik blood presurre & timbang berat,----->amik sample darah yang menyakitkan tu,hantar ke makmal---->buat urine test,again sample darah untuk HIV----->tunggu turn nurse/sister akan panggil buat pre-checkup lebih kurang------->tunggu turn untuk jumpe doktor scanning baby untuk check jantung.


To be honest,masa awal mengandung saya ade rase sedikit sesal sebab tak ade pekerjaan lagi,tapi dah mengandung pulak.master tak habis lagi.Rase macam susah hati.Memang anak itu rezeki,tapi bak kata yati,bukannye macam ade orang letak 10k sedebuk dalam akaun kite.Makin lama sesal tu makin berkurang,tapi selalu rasa susah hati sebab terbayang-bayang susah nak cari kerja kalau tengah mengandung.bukan tak yakin dengan husband,tapi kita dah terbiasa pegang gaji / duit sendiri.Rasa tak secure bile semua tu takde.Tamaknye saya.

But one day,everything was changed.Masa doktor tengah scan baby,saya agak excited sebab ingatkan doktor nak raba2 perut je.Masa scan tu doktor tunjuk..'hidayah,ini kepala baby....okay,ini jantung baby,nampak tak..'..at the moment, semua nya berubah.Hilang semua penat menunggu 3 jam,hilang semua rasa sesal,susah hati sepanjang mengandung.Masa tu dah tak fikir ape dah..cume nak call husband nak cerita cepat2,pastu dah tak fikir sangat nak cari keje.Cume fikir bile baby nak membesar & bersalin dengan selamat.Hebatnya kuasa Allah,jangan sekali-kali kita cabar.Menakjubkan gile dapat tengok ade 1 nyawa dalam rahim kita.Kalau tengok kat tv tu macam biasa2 je.But kau rase lah sendiri nanti bile dah mengandung.Really amazing,Subhanallah.Memang betul orang kata bersalin tu sakit,but they also said semua sakit tu akan hilang once kita lihat baby tu keluar dari rahim kita.And i will believe that.

No comments:

Post a Comment