Dari Anas bin Malik r.a katanya, dia mendengar Rasulullah s.a.w bersabda:”Sesiapa yang ingin supaya dimudahkan (Allah) rezekinya atau dipanjangkan (Allah) umurnya, maka hendaklah dia memperhubungkan silaturrahim (hubungan kasih sayang).”

Iklan

Tuesday, July 31, 2012

Saya tak suka, tapi saya seolah2 2x5 dengan mereka

Ini confession..ini juga hakikat yang menyedihkan.

1.Saya kurang gemar lihat perempuan (muda-muda) pakai tudung lilit sana sini (mostly shawl) tapi area dada tak cover,pastu pakai shawl tak betul,nampak leher/rambut..Kalau badan leper takpe,ni tak...Tapi hakikatnye, walaupun saya tak pakai shawl,tapi cara bertudung saya juga masih belum sempurna.Ngam2 je tutup dada.

2. Saya tak suka tengok perempuan tayang gambar kaki kat public (mostly facebook), tu kan aurat,tak yahlah tayang2 gambar kat public..Kalau yang pakai gelang kaki berloceng lagilah tak suka tengok,bising 1, menarik perhatian orang pun 1 hal.Tapi hakikatnye, saya juga masih belum berstokin jika ke mane2.Berstokin bile ikut mak ke masjid & majlis2 agama.

3.Saya juga tak gemar melihat orang yang seksi / terang-terangan free hair, tapi berkata2 tentang agama di facebook. Tapi hakikatnye, siapalah saya untuk men 'judge' mereka.Ilmu dan nasihat adalah hak semua orang untuk dikongsi bersama.Yang memberi pahala / menghukum dosa itu Allah.

4.Saya tak suka tengok perempuan pakai legging / baju singkat atas punggung di tempat-tempat umum especially yang dah kahwin,kesian sebab menjadi buah mulut orang2 lelaki yang memandang.Tapi hakikatnya walaupun baju saya labuh bawah punggung, bukan semuanya baju tu longgar2.

5.Saya tak suka tengok ini,saya tak suka tengok itu, macamane pula agaknye pandangan orang terhadap saya?..Kenapa saya sibuk dengan pandangan saya terhadap orang lain,tapi camne pula pandangan Allah terhadap saya?

Ya Allah, ampuni dosa saya.Banyaknye kelemahan saya.Saya juga ingin menjadi wanita / isteri yang muslimah.


Friday, July 27, 2012

Finally..ada pun baby girl.

Sudah tertulis rezeki anak...tahun ni mak dapat cucu berderet-deret dari setiap anaknya.Sepatutnya kesemua kami empat beradik masing-masing menimang / bakal menimang anak tahun 2012 ni.


Sebelum ni,abang sulung dah ada 3 anak,semuanya hero belaka..Bayangkanlah riuhnya kampung bila hero-hero ni balik.Tapi sekarang rumah dah sunyi sebab diorang sekeluarga semua ke Sydney ikut abang sambung PhD.Dalam setahun kemudian ,dapat tau kakak ipar pregnant anak ke-4..tapi dengar2 diorang tak nak scan,maybe mengharap baby girl.



Langit seperti kembali cerah bila dapat tau kakak ipar ke-2 pregnant.bukan apa,kalau ade budak kecik ceria skit rumah kat kampung tu.Tapi sayang takde rezeki, kakak ipar ke-2 keguguran secara 'mistik' masa kandungan hampir 6 bulan.

Dalam masa yang sama , kakak (ke-3) pun pregnant juga selepas menunggu lama hampir setahun, and January 2012 akhirnya selamat melahirkan baby boy, Hannan..boy again?...syukur..Masa hannan lahir,saya lagi dua minggu nak nikah.Memang bizy masa tu ke sana sini drive bawak mak ulang alik ke hospital serdang.



Semalam, 26 Julai 2012..kakak ipar sulung selamat deliver baby-4 di Sydney.Ngam-ngam juga parents kakak ipar tiba di Sydney,selang 2-3 hari dapat teman kakak ipar bersalin..Finally, ade pun baby girl in our family..She is Adni,hi world!...



Insyaallah tahun ni,abang sulung sekeluarga akan balik bercuti sebulan beraya & bawak kakak ipar balik berpantang sekali di Malaysia.Cuma...bebudak 3 orang tu memang dah tak reti cakap melayu.Yang si kecik no 3 tu maybe tak kenal siapa makcik2,pakcik2 & atok nenek dia sebab mase ke sydney dia kecik lagi.



Dan saya anak ke-4, insyaallah bakal menjadi ibu pada Disember 2012 & melahirkan cucu yang ke -6.Dah mula rase mengah,cepat penat...tapi syukur,dapat bertahan puasa setakat harini walaupun cume baring je seharian.Believe me, masa mengandung ni lain macam sikit rasa lapar & dahaga nya berbanding puasa masa bujang dulu.Moga saya & kandungan ini terus sihat.Papa awak tak sabar nak scan tengok muka & jantina awak.Moga semuanya selamat.Amin.

Survey baby's stuff di Fiffy

Assalammualaikum..Rasenye awal lagi kalau saya nak review pasal barang2 baby.Orang tua kata, don't get too excited..tapi kalau dah namenye first time menjadi bakal ibu,siapa yang tak excited kan?..husband selalu get emosional sebab nak sangat tengok rupa baby ikut mama dia ke..ikut papa dia ke..Since saya cerita panjang lebar about my pregnancy only in blog,rasenye ok je kot..sebab tak ramai kawan2 tau saya ade blog.Kalau asyik cakap kat facebook pasal husband or anak , bukan semua orang suka.

Harini saya nak share my experience masuk kedai baby, Fiffy.Kebetulan ade sale masa tu..(tipu,bukan kebetulan.actually wife dah survey without telling husband..hehe)..Location kedai betul2 depan jusco bukit tinggi,klang.Kakak & a few friends suggest barang2 fiffy sebab harga dia ok sangat & kualiti dia pun okay.Mula-mula kami cuma nak survey harga, and tengok design2 barang dia.Overall memang okay.But since the baby still kecik lagi,husband kata tak payah beli ape-ape dulu..tapi kalau dah bini dia asyik cium baju baby satu persatu dalam kedai tu...so dia bagi saya beli basic stuff macam blanket, towel and stokin.Husband pulak teruja tengok mangkuk toilet untuk baby,pelik?



 
 


 Towel- 2 pcs RM 11.90

 Blanket - RM 14.++ (after sale)

mitten&booties-RM3.++ (after sale)
ade juga yang 3 pasang - rm9.90

Baju baby yang jaring2 seingat saya around rm7.++ and RM8.++ for baju and seluar (panjang & pendek).Latest,saya survey kat Giant brand Little ape entah...3 pasang (baju + seluar) boleh dapat around rm30.Tapi jangan plak pergi Fiffy sekarang sebab rasenye promotion untuk sales tu dah habis. After this nak survey pulak barang Pureen & Anakku.Nak pergi warehouse sales memang tak larat.


Wednesday, July 25, 2012

Menu pedas

Assalammualaikum..hari pertama & kedua puasa memang seronok,sebab balik kampung mak masak everything,so mak buyung goyang kaki je.paling-paling pun kupas bawang. Hari ke-3 puasa masih lagi seronok sebab first time nak berbuka berdua dengan husband.Hari ke-4...sedikit buntu..husband memang tak nak makan nasi...so takkan nak repeat menu mi hailam...bihun...nak keluar ke kedai memang malas.Menyesal tak beli roti,telur..sebab husband memang suka roti john.Selain dari bihun goreng yang coklat gelita...saya tryla buat bihun singapore, sambal kacang+ikan bilis.




Bihun & sambal ikan bilis memang pedas..Pedas sehinggalah saya beri-beri pada puasa ke-5 (harini), gara-gara terlebih black pepper / lada putih.Dalam lembek-lembek badan ni mulut & tekak memang ha*s & la*pa*...pastu teringat puding roti beli kat bazar, and red velvet cupcake dari husband's friend..



Snap pics dari galaxy y ..memang  x best..

Wednesday, July 11, 2012

Another smartphone from hubby


Pagi tadi before husband pergi kerja, dia tanye saya nak handset baru tak..Then dengan berlagaknya saya cakap saya dah tak nak lagi handset2 second hand macam blackberry dulu tu, mudah rosak,bila anta kedai repair terpaksa pakai handset entah pape kemudian nombor2 lama semua takde backup.Sudahnya menyusahkan saya.Kemudian husband cakap,"kalau camtu takpela, jual jela handset ni"..Then saya terfikir, betul2 baru ke handset tu?...then husband tunjuk,saya pun terus angguk2 non stop tanda nak bebenor handset ni.Bukan ape,handset lama betri dia dah bengong.So husband bagi Samsung Galaxy Young, dengan tujuan supaya saya tak boring duduk rumah,boleh wassap2 dengan wife kawan2 dia.size takdelah besar sangat,kecik sikit dari iphone..harga pasaran lebih kurang rm500.













Ada 5 pilihan colour casing, pink tu macam typical perempuan punye kaler..so saya pasang yang orange ..Lain-lain,dapat memory card,charger, earphone.Samsung Galaxy Young ni memang simple smartphone untuk orang muda, ade wifi,gps,& lain2 application tapi facebook kene install sendiri.Yang tak bestnye camera cuma 2 MP,so gambar tak berapa jelita...my old sony ericcson still better,tahap dslr punye quality.hehe.

Since husband gave me this, sebagai balasan saya tolong dia basuh baju sebanyak 3 trip.Camne boleh banyak sampai 3 trip??..Ahad lepas kami berjalan ke umah kakak di puchong,so kain baju yang tertunggak melampau tu langsung tak sempat basuh.Sejak pregnant husband tak bagi basuh baju  sebab berat nak angkat baju2, plus paip kat rumah memang tak sambung direct dengan mesin basuh.Banyak juga keje2 manual walaupun name mesin basuh tu automatik.Tapi yang tak fair nya, saya mintak husband belanja chicken chop malam ni!..harap2 dapat!

Thursday, July 5, 2012

Teringat-ingat rojak mee 'kak bedah'

Hari ahad haritu,husband amik saya balik keje,tapi dia buat muka monyok sebab sakit kepala...Patutla penat je saya cerita macam2 cerita lawak,tapi dia tak bagi respon pun.Pastu dia ajak makan,ingatkan nak cari bubur ke ape...rupenye mengidam nasi kandarrrrrrrr.Amboi papa ni,kemain lagi selera die.Then kami pergi kedai mamak Subaidah kat area sekolah teknik klang...Saya order rojak mee,memang sedapppp...cuma saya tak reti nak cakap nak tambah cucur/jompot dengan pekerja dia..kuah rojak ni manis-manis pedas.Rasa nak makan lagi...




Harini checkup baby berjalan dengan lancar.Walau kene tunggu 2 jam kat klinik desa, tapi lega sebab no more kencing kotor, HB pun okay.Hasil usaha saya minum air barli and air masak banyak2 setiap hari.Nurse kat situ pun kelakar2,cuma agak leceh sikit bila transfer2 checkup ni sebab kita kene betul2 confirmkan dengan nurse yang kita ni nak tumpang checkup or nak transfer terus.Kalau jawab 'kot,kot'...nurse pun jadi confius.

Tuesday, July 3, 2012

Seminggu kerja

Assalammualaikum semua...rase nak cerita macam2,tapi cerita cerita saya memang berbau 'private & confidential' sikit.Seminggu bertugas di uitm memang seronok,during exam ade student yang panggil saya mam, madam, kakak,miss..macam2 panggilan.Walaupun jaga exam tu memang mengantuk, but still have to admit itu je kerja yang setakat ni sesuai untuk saya ketika perut sedang nak membesar.Kadang-kadang rase nak snap picture budak2 tengah exam, but terfikir juge boleh ke main suke hati publish kat mane2.Dalam seminggu tu ade juga jumpe macam-macam kes dalam bilik exam.But to be honest,lepas kejadian2 tu kerja menjaga exam semakin mencabar, dah takde dah istilah-istilah mengantuk2 dah.Actually saya teringin nak kongsi cerita-cerita budak muda sekarang, i mean yang saya nampak depan mata setiap hari,tapi macam tak sedap didengar or dibaca pulak sebab itu tempat saya mencari rezeki.

Selera makan bertambah pulih,sehari 3 kali makan heavy meal.Kalau dulu makan sikit-sikit je,husband gembira sebab jimat duit belanja dapur.But now,dia pasrah je tengok selera makan saya bertambah.A few days yang lepas, nurse kampung call saya.Agak suprise juga,memangla saya buat buku kat klinik desa kampung mak,tapi dah 4 bulan tetibe dia call pulak pagi-pagi ahad.And she said, saya ade problem lain selain kencing kotor, bacaan darah HB rendah pulak.So diorang nak buat lawatan ke rumah,but kene tunggu saya balik kampung.Now kene fikir pulak camne nak arrange jadual sebab saya suppose buat rutin checkup untuk kencing kotor saya, then sabtu ahad pun sibuk jaga exam, then nak kene balik kampung pulak sebab nurse nak buat lawatan.

Kehidupan semakin membahagiakan sekarang, kecuali draft thesis saya yang masih belum lagi buat correction.Everyday, saya & husband akan bercakap2 dengan baby kami siang dan malam, seolah-olah dia dah lahir dalam hidup kami.Walaupun cuma imaginary je, sebab baby belum lagi bergerak-gerak,seems cakap dengan benda statik,tapi percayalah...Sangat menakjubkan moment tu.Semalam saya hampir menangis sebab nyaris-nyaris nak tergelincir kat toilet uitm..maybe Kasut 'Unta Aktif' saya terpijak banyak air.Hari-hari saya berdoa supaya kandungan ni sihat dan dilindungi Allah sentiasa sebab terlalu besar nikmatnye pengalaman mengandung ni.Tu yang husband sangat-sangat marah menyumpah-menyumpah bila tengok kat tv orang buang anak,gugur anak,dera anak.

Enough for today,bosan juga menulis bila takde gambar ape2 nak letak.Bersiap-siap kerja untuk exam sesi petang.Walaupun gaji jaga exam tak seberapa,tapi still thankful sebab i'm always believe, it's just a beginning.Bukan senang nak senang.