Dari Anas bin Malik r.a katanya, dia mendengar Rasulullah s.a.w bersabda:”Sesiapa yang ingin supaya dimudahkan (Allah) rezekinya atau dipanjangkan (Allah) umurnya, maka hendaklah dia memperhubungkan silaturrahim (hubungan kasih sayang).”

Iklan

Friday, July 27, 2012

Finally..ada pun baby girl.

Sudah tertulis rezeki anak...tahun ni mak dapat cucu berderet-deret dari setiap anaknya.Sepatutnya kesemua kami empat beradik masing-masing menimang / bakal menimang anak tahun 2012 ni.


Sebelum ni,abang sulung dah ada 3 anak,semuanya hero belaka..Bayangkanlah riuhnya kampung bila hero-hero ni balik.Tapi sekarang rumah dah sunyi sebab diorang sekeluarga semua ke Sydney ikut abang sambung PhD.Dalam setahun kemudian ,dapat tau kakak ipar pregnant anak ke-4..tapi dengar2 diorang tak nak scan,maybe mengharap baby girl.



Langit seperti kembali cerah bila dapat tau kakak ipar ke-2 pregnant.bukan apa,kalau ade budak kecik ceria skit rumah kat kampung tu.Tapi sayang takde rezeki, kakak ipar ke-2 keguguran secara 'mistik' masa kandungan hampir 6 bulan.

Dalam masa yang sama , kakak (ke-3) pun pregnant juga selepas menunggu lama hampir setahun, and January 2012 akhirnya selamat melahirkan baby boy, Hannan..boy again?...syukur..Masa hannan lahir,saya lagi dua minggu nak nikah.Memang bizy masa tu ke sana sini drive bawak mak ulang alik ke hospital serdang.



Semalam, 26 Julai 2012..kakak ipar sulung selamat deliver baby-4 di Sydney.Ngam-ngam juga parents kakak ipar tiba di Sydney,selang 2-3 hari dapat teman kakak ipar bersalin..Finally, ade pun baby girl in our family..She is Adni,hi world!...



Insyaallah tahun ni,abang sulung sekeluarga akan balik bercuti sebulan beraya & bawak kakak ipar balik berpantang sekali di Malaysia.Cuma...bebudak 3 orang tu memang dah tak reti cakap melayu.Yang si kecik no 3 tu maybe tak kenal siapa makcik2,pakcik2 & atok nenek dia sebab mase ke sydney dia kecik lagi.



Dan saya anak ke-4, insyaallah bakal menjadi ibu pada Disember 2012 & melahirkan cucu yang ke -6.Dah mula rase mengah,cepat penat...tapi syukur,dapat bertahan puasa setakat harini walaupun cume baring je seharian.Believe me, masa mengandung ni lain macam sikit rasa lapar & dahaga nya berbanding puasa masa bujang dulu.Moga saya & kandungan ini terus sihat.Papa awak tak sabar nak scan tengok muka & jantina awak.Moga semuanya selamat.Amin.

No comments:

Post a Comment