Dari Anas bin Malik r.a katanya, dia mendengar Rasulullah s.a.w bersabda:”Sesiapa yang ingin supaya dimudahkan (Allah) rezekinya atau dipanjangkan (Allah) umurnya, maka hendaklah dia memperhubungkan silaturrahim (hubungan kasih sayang).”

Iklan

Tuesday, July 3, 2012

Seminggu kerja

Assalammualaikum semua...rase nak cerita macam2,tapi cerita cerita saya memang berbau 'private & confidential' sikit.Seminggu bertugas di uitm memang seronok,during exam ade student yang panggil saya mam, madam, kakak,miss..macam2 panggilan.Walaupun jaga exam tu memang mengantuk, but still have to admit itu je kerja yang setakat ni sesuai untuk saya ketika perut sedang nak membesar.Kadang-kadang rase nak snap picture budak2 tengah exam, but terfikir juge boleh ke main suke hati publish kat mane2.Dalam seminggu tu ade juga jumpe macam-macam kes dalam bilik exam.But to be honest,lepas kejadian2 tu kerja menjaga exam semakin mencabar, dah takde dah istilah-istilah mengantuk2 dah.Actually saya teringin nak kongsi cerita-cerita budak muda sekarang, i mean yang saya nampak depan mata setiap hari,tapi macam tak sedap didengar or dibaca pulak sebab itu tempat saya mencari rezeki.

Selera makan bertambah pulih,sehari 3 kali makan heavy meal.Kalau dulu makan sikit-sikit je,husband gembira sebab jimat duit belanja dapur.But now,dia pasrah je tengok selera makan saya bertambah.A few days yang lepas, nurse kampung call saya.Agak suprise juga,memangla saya buat buku kat klinik desa kampung mak,tapi dah 4 bulan tetibe dia call pulak pagi-pagi ahad.And she said, saya ade problem lain selain kencing kotor, bacaan darah HB rendah pulak.So diorang nak buat lawatan ke rumah,but kene tunggu saya balik kampung.Now kene fikir pulak camne nak arrange jadual sebab saya suppose buat rutin checkup untuk kencing kotor saya, then sabtu ahad pun sibuk jaga exam, then nak kene balik kampung pulak sebab nurse nak buat lawatan.

Kehidupan semakin membahagiakan sekarang, kecuali draft thesis saya yang masih belum lagi buat correction.Everyday, saya & husband akan bercakap2 dengan baby kami siang dan malam, seolah-olah dia dah lahir dalam hidup kami.Walaupun cuma imaginary je, sebab baby belum lagi bergerak-gerak,seems cakap dengan benda statik,tapi percayalah...Sangat menakjubkan moment tu.Semalam saya hampir menangis sebab nyaris-nyaris nak tergelincir kat toilet uitm..maybe Kasut 'Unta Aktif' saya terpijak banyak air.Hari-hari saya berdoa supaya kandungan ni sihat dan dilindungi Allah sentiasa sebab terlalu besar nikmatnye pengalaman mengandung ni.Tu yang husband sangat-sangat marah menyumpah-menyumpah bila tengok kat tv orang buang anak,gugur anak,dera anak.

Enough for today,bosan juga menulis bila takde gambar ape2 nak letak.Bersiap-siap kerja untuk exam sesi petang.Walaupun gaji jaga exam tak seberapa,tapi still thankful sebab i'm always believe, it's just a beginning.Bukan senang nak senang.

No comments:

Post a Comment