Dari Anas bin Malik r.a katanya, dia mendengar Rasulullah s.a.w bersabda:”Sesiapa yang ingin supaya dimudahkan (Allah) rezekinya atau dipanjangkan (Allah) umurnya, maka hendaklah dia memperhubungkan silaturrahim (hubungan kasih sayang).”

Iklan

Monday, August 27, 2012

1 week Raya's Photo

Tahun pertama beraya sebagai isteri.Husband tak biasa raya banyak2 rumah,tapi berjaya juga bertahan selama seminggu kat kampung & belajar cakap jawa.




Us..






 Kebun sayur abah



 Hannan

 Baby's cloth - Anakku,3 pasang cume habis rm46..nak abiskan stok agaknye.

Big Apple

Now i'm in JB for 1 week & badly missing my husband..

Sunday, August 12, 2012

Radiusite & Red velvet

Harini seperti yang dijanji, saya and a few BFF ke Seksyen 7 survey tudung.Malam sebelum tu saya asyik risau camne agaknye kalau tak tahan or penat berjalan sebab cuaca panas.Kami gerak pukul 10 pagi dari klang,memang keluar awal sebab area tu kalau dah ramai yang ke jakel,ariani, & kedai-kedai lain,memang susah nak cari parking.Yang excited nak beli tudung cuma seorang.Saya & Ain,more to survey la...

First place, kami ke Radiusite..Yani memang excited nak ke sana since die dah survey awal-awal tudung ape yang nak dibeli.Tengok kasut kat luar kedai,memang ramai...Masuk-masuk dalam kedai je,saya terus cari kerusi..sambil snap2 pic customer yang datang.


Masuk Radiusite ni tak payah risau kalau berkenan dengan tudung/selendang cantik,tapi tak reti pakai.Pekerja diorang akan ajar camne nak pakai &customer lain boleh tengok belajar sama.Macam bengkel pakai tudung pun ade.



 Pic ke-3 ni memang nampak ramai akak-akak berpusu-pusu nak try satu jenis selendang ni.Nak tau selendang ape?..Selendang yang ade manik-manik atas kepala.Memang silih berganti orang datang try selendang ini.


Yani pulak amik selendang chiffon & inner tudung, 1 set.Yang bestnye inner tudung ni dah siap2 ade button kat tepi so tak payah la nak cucuk-cucuk pin.



Then, kami pergi ke Pearl Haya.Dalam kedai ni pulak,memang saya seorang yang excited sikit sebab saya seorang je yang selalu pakai tudung awning,Yani & ain biasa pakai shawl/bawal.Ramai yang amat dalam kedai tu,memang tangan sebelah ni pegang perut jela.Mula-mula saya hairan kenapa makcik-makcik ni selamber gile kaut tudung banyak-banyak kat tangan pastu pergi kaunter,sekali pandang macam tengah pegang sayur kangkung yang lebat.Rupanya promosi hujung minggu, 3 tudung-rm100.Memang murah,sebab faham-faham jela tudung Pearl Haya ni harga die camne.Disebabkan saya tak beli baju raya lagi,so memang takde rase nak beli tudung.

Next kami ke Sugarscarf,masa ni dah mengah-mengah juga + tekak haus.Kedai die lebih kurang macam Radiusite juga cuma banyak sikit tudung awning compare to Radiusite.Then kami jalan-jalan ke kedai-kedai lain , pergi Gulatis,then pergi ke Jakel..memang hampir nak pancit juga.Finally baru saya perasan,raya tahun ni macam ramai yang beli selendang manik-manik tu,tapi ramai yang ke Radiusite sebab after kami survey Radiusite & Sugarscarf  offer harga berpatutan.Kalau harga Radiusite/Sugarscarf range  rm75-85,harga kedai lain cecah rm120-rm150.

Balik dari shah alam,memang nak pengsan...sepanjang awal pagi,balik dari shah alam,and sampai waktu nak berbuka,saya mandi 3 kali sebab nak segarkan badan.Memang cuaca panas.Tapi syukur dapat bertahan,kalau boleh lepasni nak elakkan keluar berjalan waktu siang sebab niat memang nak puasa penuh,tak nak ponteng-ponteng.Nikmat betul berbuka minum jus oren & kek red velvet (actually kaler pink) yang saya idam-idamkan home-made by ain.Enjoy the pics!





Thursday, August 9, 2012

My midnight dessert

Assalammualaikum..

Dah masuk 20 Ramadhan,alhamdulillah setakat ni dapat berpuasa penuh..no problem,baby memang behave bila mak die puasa. Sepanjang 19 hari puasa, baru 2 kali saya berkesempatan buat pencuci mulut/kuih tapi boleh dapat makan bila lewat malam je.Sebab,bile start pukul 10 malam and up, waktu baru rasa mulut gatal nak makan manis-manis.


Satu malam tu saya teringin nak makan apple pie or karipap..or something yang ade kulit tepung rangup-rangup.entah pape selera.Bukak peti ais tengok epal hijau dah start lebam-lebam...so cepat2 google camne nak buat pastri untuk epal pie tu.Tapi disebabkan nak sangat buat pastri yang berkualiti & rangup,saya terlalu bersungguh-sungguh buat sampai tak sempat pun nak snap gambar.Dapat snap pun tak berapa cantik.



Kulit nampak tebal,tapi still rangup macam karipap sementara panas.Inilah makanan pertama yang saya bagi kat jiran sebelah,itupun pukul 12 malam..Saya tau abang jiji tak tido lagi sebab masa saya bertungkus lumus buat ni,husband & dia tengah berasap kat luar rumah.

Bahan pastri:-
tepung gandum + soda bikarbonat sikit (ayak pakai penapis,sepatutnya pakai tepung serbaguna)
Mentega (cairkan)
Sedikit garam
Air
*Gaul & uli dengan bersungguh-sungguh..hehe

Bahan inti epal :-
Epal hijau potong dadu
Kayu manis
Gula
Air
*Masak semua ni dalam periuk sampai pekat ala-ala macam jem.

Semalam, again tengah malam pukul 12...masa ni husband takde kat rumah sebab pergi meeting kat kedai minum..Kemudian teringat yang gula merah kat dapur tu nak expired bulan 9 ni.So tryla buat sagu gula melaka/gula merah. Dulu pernah buat pakai santan,tapi tak berapa best.Kali ni buat puas hati la,sendiri masak,sendiri makan,sendiri tambah 3 kali.





1) Rendam sagu dengan air 15-30 minit... nanti lama-lama sagu tu kembang sendiri.Orang kata kalau rendam sagu awal-awal,takdelah lama sangat nak masak dalam periuk nanti.Masak sampai likat melekat-lekat.Then masuk dalam bekas & sejukkan.

2) Gula melaka campur dengan gula putih biasa, masak dengan air less than 5 minutes.

3) Hidang dengan susu segar Marigold HL..nyum-nyum...Selalu orang guna santan,tapi saya nak habiskan stok fresh milk dalam freeze.Lagi sedap,lagi segar, lebih sihat.

Thursday, August 2, 2012

Tukar susu

Assalammualaikum,

Harini saya nak story sikit pasal brand susu yang saya minum sepanjang mengandung.Masa awal kehamilan, kakak suggest Anmum Materna,masa tu kita pun takda pengalaman,so ikut je kata orang.


Untuk kurangkan rasa mual,saya beli Anmum materna perisa coklat.Tapi malangnya bertahan sekotak setengah.After that, saya stop minum susu sebab loya.Masa ni memang dah tak nak minum susu walaupun ada yang suggest tambah milo sikit masa bancuh Anmum coklat ni supaya manis sikit.Tapi saya tak nak.stop terus minum susu.

Tak lama lepastu, saya kembali minum susu feveret saya zaman bujang dulu,Marigold HL...mula-mula nak try je kot-kot loya dah hilang,tengok-tengok dah ok,so teruskan je minum susu ni.Nurse pun tak marah if kita minum susu biasa asalkan vitamin2 klinik tu jangan skip.Yang penting,minum susu.



Semalam, saya pergi check-up kat klinik desa untuk minggu ke-22, everything ok..except bacaan hb drop banyak from 13 to 11.++..Berat pun naik 400 gram je,suppose every 2 weeks naik 700 gram - 1 kg.Yang ini saya kene admit yang saya memang ade skip makan vitamin&minum susu sepanjang puasa.Asyik terlupa je..tapi lepas nurse cakap itu ini,kita pun insaf kejap.Tapi semalam ade orang baik hati letak susu Nestle Mom & Me berkotak-kotak kat klinik.Nurse pesan,sorang amik satu.Tapi masa nak amik tu,saya siap belek-belek lagi kot-kot ade perisa coklat,sebab tak berapa yakin flavour vanilla ni sedap.Tapi bersyukur jela orang nak bagi,vanilla pun vanilla la...

Lepas berbuka saya pun try bancuh kot-kot brand Nestle ni lagi sedap.Ye,memang sedaaappppp.Tak tipu... memang flavour vanilla ni kene dengan lidah saya..ade manis-manis & creamy.And saya cadang after abis satu kotak ni nak teruskan minum susu Nestle.Harga RM20 untuk 350 gram.Okla tu,sedang-sedang harga dia.Plus,susu ni sesuai untuk ibu menyusu.Harap-harap saya rajin membancuh lepasni.Goodbye Anmum.