Dari Anas bin Malik r.a katanya, dia mendengar Rasulullah s.a.w bersabda:”Sesiapa yang ingin supaya dimudahkan (Allah) rezekinya atau dipanjangkan (Allah) umurnya, maka hendaklah dia memperhubungkan silaturrahim (hubungan kasih sayang).”

Iklan

Thursday, August 9, 2012

My midnight dessert

Assalammualaikum..

Dah masuk 20 Ramadhan,alhamdulillah setakat ni dapat berpuasa penuh..no problem,baby memang behave bila mak die puasa. Sepanjang 19 hari puasa, baru 2 kali saya berkesempatan buat pencuci mulut/kuih tapi boleh dapat makan bila lewat malam je.Sebab,bile start pukul 10 malam and up, waktu baru rasa mulut gatal nak makan manis-manis.


Satu malam tu saya teringin nak makan apple pie or karipap..or something yang ade kulit tepung rangup-rangup.entah pape selera.Bukak peti ais tengok epal hijau dah start lebam-lebam...so cepat2 google camne nak buat pastri untuk epal pie tu.Tapi disebabkan nak sangat buat pastri yang berkualiti & rangup,saya terlalu bersungguh-sungguh buat sampai tak sempat pun nak snap gambar.Dapat snap pun tak berapa cantik.



Kulit nampak tebal,tapi still rangup macam karipap sementara panas.Inilah makanan pertama yang saya bagi kat jiran sebelah,itupun pukul 12 malam..Saya tau abang jiji tak tido lagi sebab masa saya bertungkus lumus buat ni,husband & dia tengah berasap kat luar rumah.

Bahan pastri:-
tepung gandum + soda bikarbonat sikit (ayak pakai penapis,sepatutnya pakai tepung serbaguna)
Mentega (cairkan)
Sedikit garam
Air
*Gaul & uli dengan bersungguh-sungguh..hehe

Bahan inti epal :-
Epal hijau potong dadu
Kayu manis
Gula
Air
*Masak semua ni dalam periuk sampai pekat ala-ala macam jem.

Semalam, again tengah malam pukul 12...masa ni husband takde kat rumah sebab pergi meeting kat kedai minum..Kemudian teringat yang gula merah kat dapur tu nak expired bulan 9 ni.So tryla buat sagu gula melaka/gula merah. Dulu pernah buat pakai santan,tapi tak berapa best.Kali ni buat puas hati la,sendiri masak,sendiri makan,sendiri tambah 3 kali.





1) Rendam sagu dengan air 15-30 minit... nanti lama-lama sagu tu kembang sendiri.Orang kata kalau rendam sagu awal-awal,takdelah lama sangat nak masak dalam periuk nanti.Masak sampai likat melekat-lekat.Then masuk dalam bekas & sejukkan.

2) Gula melaka campur dengan gula putih biasa, masak dengan air less than 5 minutes.

3) Hidang dengan susu segar Marigold HL..nyum-nyum...Selalu orang guna santan,tapi saya nak habiskan stok fresh milk dalam freeze.Lagi sedap,lagi segar, lebih sihat.

No comments:

Post a Comment