Dari Anas bin Malik r.a katanya, dia mendengar Rasulullah s.a.w bersabda:”Sesiapa yang ingin supaya dimudahkan (Allah) rezekinya atau dipanjangkan (Allah) umurnya, maka hendaklah dia memperhubungkan silaturrahim (hubungan kasih sayang).”

Iklan

Sunday, August 12, 2012

Radiusite & Red velvet

Harini seperti yang dijanji, saya and a few BFF ke Seksyen 7 survey tudung.Malam sebelum tu saya asyik risau camne agaknye kalau tak tahan or penat berjalan sebab cuaca panas.Kami gerak pukul 10 pagi dari klang,memang keluar awal sebab area tu kalau dah ramai yang ke jakel,ariani, & kedai-kedai lain,memang susah nak cari parking.Yang excited nak beli tudung cuma seorang.Saya & Ain,more to survey la...

First place, kami ke Radiusite..Yani memang excited nak ke sana since die dah survey awal-awal tudung ape yang nak dibeli.Tengok kasut kat luar kedai,memang ramai...Masuk-masuk dalam kedai je,saya terus cari kerusi..sambil snap2 pic customer yang datang.


Masuk Radiusite ni tak payah risau kalau berkenan dengan tudung/selendang cantik,tapi tak reti pakai.Pekerja diorang akan ajar camne nak pakai &customer lain boleh tengok belajar sama.Macam bengkel pakai tudung pun ade.



 Pic ke-3 ni memang nampak ramai akak-akak berpusu-pusu nak try satu jenis selendang ni.Nak tau selendang ape?..Selendang yang ade manik-manik atas kepala.Memang silih berganti orang datang try selendang ini.


Yani pulak amik selendang chiffon & inner tudung, 1 set.Yang bestnye inner tudung ni dah siap2 ade button kat tepi so tak payah la nak cucuk-cucuk pin.



Then, kami pergi ke Pearl Haya.Dalam kedai ni pulak,memang saya seorang yang excited sikit sebab saya seorang je yang selalu pakai tudung awning,Yani & ain biasa pakai shawl/bawal.Ramai yang amat dalam kedai tu,memang tangan sebelah ni pegang perut jela.Mula-mula saya hairan kenapa makcik-makcik ni selamber gile kaut tudung banyak-banyak kat tangan pastu pergi kaunter,sekali pandang macam tengah pegang sayur kangkung yang lebat.Rupanya promosi hujung minggu, 3 tudung-rm100.Memang murah,sebab faham-faham jela tudung Pearl Haya ni harga die camne.Disebabkan saya tak beli baju raya lagi,so memang takde rase nak beli tudung.

Next kami ke Sugarscarf,masa ni dah mengah-mengah juga + tekak haus.Kedai die lebih kurang macam Radiusite juga cuma banyak sikit tudung awning compare to Radiusite.Then kami jalan-jalan ke kedai-kedai lain , pergi Gulatis,then pergi ke Jakel..memang hampir nak pancit juga.Finally baru saya perasan,raya tahun ni macam ramai yang beli selendang manik-manik tu,tapi ramai yang ke Radiusite sebab after kami survey Radiusite & Sugarscarf  offer harga berpatutan.Kalau harga Radiusite/Sugarscarf range  rm75-85,harga kedai lain cecah rm120-rm150.

Balik dari shah alam,memang nak pengsan...sepanjang awal pagi,balik dari shah alam,and sampai waktu nak berbuka,saya mandi 3 kali sebab nak segarkan badan.Memang cuaca panas.Tapi syukur dapat bertahan,kalau boleh lepasni nak elakkan keluar berjalan waktu siang sebab niat memang nak puasa penuh,tak nak ponteng-ponteng.Nikmat betul berbuka minum jus oren & kek red velvet (actually kaler pink) yang saya idam-idamkan home-made by ain.Enjoy the pics!





2 comments:

  1. bestnyer..
    sy kat JB, jauh sgt nk pegi cari tudung kat sana.
    survey on9 jerlah kat butik diorang.
    btw, larat pulak mother to be pusing2 cari tudung bulan2 pose ni yer. hehee~

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah lame tak jumpe bff,tu laratkan gak..mehla ke s.alam,mesti rambang mata =)

      Delete