Dari Anas bin Malik r.a katanya, dia mendengar Rasulullah s.a.w bersabda:”Sesiapa yang ingin supaya dimudahkan (Allah) rezekinya atau dipanjangkan (Allah) umurnya, maka hendaklah dia memperhubungkan silaturrahim (hubungan kasih sayang).”

Iklan

Wednesday, September 12, 2012

Kenapa dengan si Ainan Tasneem

Sejak lagu Ainan Tasneem, 'Aku suka dia' keluar kat youtube & radio..(dah berbulan-bulan),husband asyik dengar je..pastu siap download video youtube pastu dengar ulang2.Masuk kereta pulak,siap pasang iphone dia dengan speaker kereta,again dengar lagi lagu ainan tasneem.Kalau pergi mall mane2,terdengar lagu 'Aku suka dia',mula lah buat muka fantasia bulan madu dia tu...

 
Aku lihat dia disana
Aku ingin mendekatinya
Aku cuba menghampirinya
Lalu aku menyapa dia

Dia pun membuka bicara
Dan aku mulai mengenalnya
Kita mulai bermain mata
Mula timbul rasa bahagia

Bila dia, mendekati diriku
Hatiku rasa sesuatu
Bila dia, senyum pada diriku
Hatiku rasa tak menentu

Kekadang hati ku bertanya
Adakah dia dah berpunya
Kerana diriku berasa
Aku jatuh hati padanya

Aku ingin memilikinya
Aku ingin menjaga dia
Aku ingin mencinta dia
Aku ingin hidup dengannya

Bila dia, mendekati diriku
Hatiku rasa sesuatu
Bila dia, senyum pada diriku
Hatiku rasa tak menentu

Mungkinkah aku, kan berjumpa dengannya
Untuk meluahkan rasa
Mungkinkah aku, kan berdiam diri saja
Menunggu cinta darinya

Ku terima satu nota darimu
Yang tertulis ‘Aku suka kamu’

Bila dia, mendekati diriku
Hatiku rasa sesuatu
Bila dia, senyum pada diriku
Hatiku rasa tak menentu

Akhirnya kini ku kan mampu ceria
Diriku sangat gembira
Akhirnya kini, aku mulai bahagia
Menerima cinta darinya

Aku suka dia



One day saya tanye.."papa suka lagu ni sebab ainan tasneem ni cantik kan??,kan?kan?....artis2 youtube ni kan cantik2..baik papa ngaku..."

Papa jawab.. "Mane ade..takdelah,takdelah.....kalau dengar lagu ni mesti tringat mama..betul..tak tipu"..Okay fine,mungkin la kot husband teringat awal2 bercinta dulu.

Hari raya haritu, Ainan tasneem & beberapa orang lagi penyanyi youtube keluar kat tv3,Malaysia Hari Ini..Pastu husband cepat2 panggil saya.."cuba mama tengok muka ainan tasneem..(sambil buat muka kecewa)"

Saya tanye "kenapa dengan dia??...Haaa....frust lettew muka ainan tasneem tak sama dalam youtube..haha"..

 Rasenye yang ni kot yang keluar kat MHI raya haritu.

Then husband diam je sambil geleng2 kepala....Saya dah agak,mungkin memang betul husband suka lagu tu sebab teringatkan saya,tapi main pointnye ainan tasneem tu kiut bagi dia.Thats why dia frust bile muka ainan dalam youtube tu tak sama bila keluar kat tv.Gelak kat husband kuat2..haha

Monday, September 10, 2012

Baby's Stuff - Mydin USJ

Bila awal bulan,sayalah orang yang paling happy sebab tunggu husband hulur duit untuk beli baby's stuff.This time kami ke Mydin USJ sebab member suggest tengok2 barang baby kat sana.Disebabkan kami ke sana dah petang,kemudian ada janji lain nak pergi open house kawan husband, so memang tak lama kat Mydin.Sayang kan.. dah sampai kat Mydin besar tapi kejap2 je jalan dalam tu.Tak puas hati sungguh.Kami spend masa 1 jam lebih  kat tempat baby stuff,mungkin sebab tu husband asyik menguap2 & cepat mengantuk,lantas ajak balik.

Barang baby takdelah banyak sangat,pilihan2 macam mitten  booties, baju-baju, still okay.Tapi saya tak begitu enjoy sebab pilihan colour yang saya suka tak banyak, harga memang murah,tapi kualiti kain biasa2 je,tapi ade brand2 lain yang kain dia memang okay.Cuma kene pegang & belai betul2 baju tu baru boleh rasa kasar,nipis,tebal or lembut.Overall, harga Mydin memang murah rm1-rm3 dari Fiffy,but saya lagi suka Fiffy atas sebab2 kualiti,pilihan colour & saiz.



 Baju malam sepasang- RM8.90 & Rm9.90


 Baju siang sepasang- RM5.90 & RM7.90


 Mitten & booties - RM3.90 each


Tiba-tiba ade gambar dress pulak - RM39

Friday, September 7, 2012

Best je minum air gula

Assalammualaikum

Entry ini tidak bergambar.Bagitau awal2 supaya tak boring baca.Bulan raya ni standardla berat ibu mengandung masing2 naik.Macam kes saya, lepas sebulan tak check-up,tau2 je naik 5 kilo!...Kalau tanye orang lain,semua standard 2 kilo lebih je naik.Ni sampai 5 kilo,nurse pun macam tak pecaye..timbang semula 2 kali,pastu geleng kepala."Raya ni ketupat rendang semua awak makan ye.."..Mestila nurse...setahun sekali.Dah elok2 buat checkup kat klinik desa depan rumah, tak pasal2 nurse suruh jumpa doktor kat klinik kesihatan.Masa ni dah ade bayang2 kene minum air gula.

Esoknya saya pun pergilah KK Pandamaran, klang..Just to set appoinment saje.Memang tepat sekali,kene minum air gula.Saya pun buat2 la muka tenang & cool."Ok,datang esok jumaat pukul 8 pagi ye.Jangan lupa puasa,boleh minum air masak je".First time saya datang KK Pandamaran, environment klinik totally different from typical KK yang saya pernah datang sebelum ni.Walaupun dah separate bahagian IBU&ANAK, pastu untuk orang awam lagi...memang ramai gila...terlalu ramai (bagi saya) totally macam hospital besar.Tapi sedia maklum, Klang memang pack giler penduduk..tak jauh dari dari KK Pandamaran,ade lagi satu KK Port Klang.Walaupun jarak KK dekat2,tapi still ramai.Tak payahlah ngade2 pegi KK lain.


 Hari kejadian...saya & husband ke klinik pukul 8.30 pagi.Ni nak habaq sikit pasal klinik goverment..Kau janganlah sesekali pandang rendah dengan diorang.Kalau kata pukul 8 pagi,kau janganlah lenggang kangkung datang pukul 8.45 or 9 pagi.Masih teringat cerita husband buat appoinment HIV test masa nak kahwin dulu,diorang reject sapa yang datang lambat.Macamtu gak dengan kes saya,masuk2 klinik je memang ramai sangat2....saya anggarkan dalam 50 orang ibu mengandung ade kot.Tempat duduk memang banyak,tapi full.Macam saya,datang pukul 8.15-8.30 okay lagi.Buku pink disambut oleh nurse dengan senyuman mesra.Tapi..tapi..tapi...kesian giler kot yang datang pukul 8.45 ke atas...semua kene marah dengan nurse."Kita suruh datang pukul 8 kan..sekarang pukul berapa kak..nak pukul 9 ni".Bagus jugak nurse marah,kalau kau datang suka2 pukul 9 lebih,pukul berapa pulak nak minum air gula..nak tunggu 2 jam lagi.takkan sampai ke petang kot.Siapa yang datang lambat pukul 9 ke atas,memang keluar muka hampa la.

Jam dah pukul 10.15 pagi,tapi nama saya tak dipanggil2 lagi.Borak2 dengan orang sebelah, "Awak datang pukul berapa?"..Orang tu jawab " pukul 8"..tapi nama belum dipanggil.Then saya tanye orang sebelah-sebelah dia pulak.." you datang pukul berapa?"..Dia jawab "pukul 7.30"..tapi nama dia pun belum dipanggil2.So you all boleh imagine dari pukul 9 ke 10.15,berpuluh2 orang yang dah dipanggil tu datang pukul berapa?...pukul 6.45?pukul 7 pagi? ..maybe.Pukul 10.30....nama saya pun dipanggil.Macam yang orang selalu cerita,step2 minum air gula are as follows: (cheh!,ayat thesis)

1)Kene puasa dari malam, some said start pukul 10 mlm,some said start puasa pukul 12 mlm.
2)Esoknye..first kene cucuk amik darah 1 tabung kecik.Tak sakit..Bace doa nabi Yunus banyak2.
3)Terus ke billik sebelah, nurse akan bancuhkan 1 mug air gula suam2 panas,minum sampai habis..
4)Duduk tunggu selama 1 jam setengah-2 jam..nurse akan panggil,cucuk untuk amik darah 1 tabung kecik.Hantar tabung pergi makmal..result diorang akan inform esok2nye.boleh balik dah.Simple kan?

Bagi saya,minum air gula takdelah seteruk mana yang diceritakan orang.Saya memang suka minum or makan benda manis sepanjang pregnant.So,masa minum air gula tu,totally macam makan aiskrim mcd.Sedap,memangla pekat,tapi still sedap,acceptable.Saya habiskan within 10 seconds,first teguk,siap senyum lagi sebab sedap!..jangan toleh2 tengok orang, Bismillah,minum je dalam 2-3 kali teguk.Kelakar juga tengok a few people minum sampai muka berkerut-kerut,siap batuk2 tersedak.Tapi jangan terlalu happy, 2 jam menunggu tu memang mencabar sikit.Pening2,loya,mengantuk tu biasalah...buat bodoh je,tengok tv,baca majalah,or borak2 dengan orang sebelah.

To be honest, janganlah terlalu berpegang sangat dengan cerita2 orang.Minum air gula takdelah teruk mane sampai fobia2 bagai..Entah pape lah orang yang cakap macamtu.Ikut badan masing2 la,ade yang tahan,ade yang tidak.Harini memang rezeki saya,semuanya dipermudahkan..sejujurnya saya sangat confident & happy minum air gula.Jangan lupa baca doa nabi Yunus banyak2 tak kira kita dalam kesusahan atau kesenangan, "La..ila hailla anta subhanaka inni kuntumminazzolimiiin.."





Tuesday, September 4, 2012

Baby's Stuff untuk second time - ala2 chicken soup for the soul pun ade..

September 2012, bermula lah kehidupan saya sebagai full-time surirumah.Mula lah rajin nak update itu ini.Bukanlah nak menunjuk sangat pun,just nak share harga2 baby's stuff,senang untuk siape2 yang tengah survey or plan perbelanjaan barang baby.Cuti raya haritu saya and husband beli barang2 baby untuk second time.Masa first time haritu habis lebih kurang rm50 je,tak berani nak beli2 sangat sebab masih awal,plus tak tahu lagi jantina baby.Second time kali ni kami habiskan dalam rm250 untuk 3 tempat.

First, Anakku di Banting..masa ni ade sale,tapi tak banyak.Saya & kakak saje2 masuk while husband tunggu kat luar.Entry sebelum ni pun saya ade letak pic ni.Takpelah,letak sekali lagi.

As i said before, 3 pasang dalam rm45.++.Campur2 brand Anakku,Doraemon & lain2.


Tempat kedua, kami ke Jusco Bukit tinggi.Kami suami isteri memang bijak,beli barang baby time takde sale.bijak kan?..ada certain barang je yang ade sale,itupun 10% and 20%.


 Pureen's breast milk storage (4 oz)-3 botol RM19.90
Pureen round bottle (2 oz)-RM7.90
Dalam plastik ade 3 pcs puting Pureen saiz S-RM5 (saiz ngam untuk breast milk bottle biru tu)


 Baby bath travel - RM9.90
Anakku Cotton buds-RM4.50


 Pureen's baby wipes 2x80's - RM9.60


 Minyak Yu Yee 10 ml- RM5.90 (Harga kedai Fiffy)
Pureen's cleaning brush - RM9.90



 Pureen's napkin (printed 10 pcs) - RM32.90
Dah beli napkin comel2 ni,husband kata tak payah beli selimut extra or bedung.Sapu tangan pun tak perlu sebab napkin ni boleh cover kegunaan2 tu.Baik boss!


Third place,kami ke Fiffy opposite Jusco Bukit Tinggi..kat sini banyak pilihan baju baby untuk newborn.Harga pun murah.Kain dia pun okay.Husband memang tak berapa suka baju kaler putih.Dia suruh pilih kaler2 hijau,biru,kuning...dah duit dia,kita ikut jela.



 Baju jaring2 lengan pendek sepasang - RM9.90
Baju jaring2 lengan panjang sepasang - RM11.90

Kat Fiffy ni kalau datang selang sebulan dua,mesti dia ade stok kaler baru.Kalau baju newborn yang ade kartun2 sikit,harga RM15 ke atas.Untuk beginner macam saya,memang sesuai lah ke Fiffy sebab harga dia murah,plus siapa2 yang baru nak try barang baby itu ini,tapi tak berani nak beli yang mahal2,bolehlah ke Fiffy.

Untuk baju,kami memang ke Fiffy.Ade member suggest kami ke Mydin,diorang kata baju jaring2 boleh dapat bawah rm5.Dengar memang murah,tapi kene tengok dulu kain dia lembut or kasar.Baju harian siang & malam actually tak kisah pun kalau beli murah2,asalkan kain dia okay.Kalau kami, memang pilih yang murah sikit sebab kakak & kawan2 banyak nasihat,baby cepat besar,dah tentu pakai kejap-kejap pastu kalau dah besar sikit nak kene beli yang baru lagi.Lagipun untuk first 1-2 months bukan ke kita kene berpantang,dah tentu duduk rumah je.Kalau berjalan keluar pun,takat mana lah baby tu tahu bergaya.Tunggu dah besar sikit 3 bulan ke atas,baru ok nak beli baju jalan yang mahal sikit.Kalau macam set2 baby bath,cotton buds,or minyak2 beli yang botol kecik2 dulu pun okay.Kadang2 orang kalau nak bagi hadiah,diorang suka bagi set-set losyen ni..(huhu perasan,ade ke orang nak bagi hadiah?)..Lagi satu,kalau beli barang2 especially liquid,jangan lupa tengok both tarikh dibuat and tarikh expired barang2 tu.Pada parents-to-be yang baru nak survive hidup berumahtangga,janganlah risau.Soal rezeki anak,kita kene yakin & percaya rezeki anak itu memang ada.Tak kisahlah orang nak kata barang baby kita murah or ape sekali pun.Kita bukan kacau duit diorang pun.Banyakkan berusaha & berdoa.


***Lepas abis beli barang baby kat Jusco,kami terus turun ke tempat parking.Ternampak satu family berdiri sebelah kereta kami seolah2 macam tengah tunggu somebody datang.Husband terus tanye pada si ayah yang tengah senyum, 'kenapa bang,ade masalah ape2 ke?'..Abang tu jawab, 'tengah tunggu kawan,beteri kereta weak,tak boleh start'..Husband pun  terus offer nak tolong jump start kereta abang tu,kesian juga tengok wife and anak2 dia berdiri tunggu kat situ.Saya pun borak2 dengan wife abg tu,umur kakak ni baru 30-an,bekerjaya,baru habis degree and dia memang teruja dengar saya tengah buat master sambil pregnant.Padahal dia tak tahu aku ni terkial2 siap extend setahun nak writing thesis dengan perut besau lagi ni.After borak2 10 minit,kereta dia pun dah boleh start.The best part is, abang tu hulur duit secara paksa kepada husband,husband tak nak,tapi abang tu kata 'amikla,duit raya untuk anak'.Mereka pun pergi,tapi seronok tengok anak2 kakak tu,walaupun kecik lagi tak sampai 5 tahun kot,tapi berbudi bahasa,pandai ucap terima kasih auntie tanpa disuruh mak nya.Baru saya teringat,kakak tu cerita dia buat degree masa tengah sarat mengandung.The moral is, first...rezeki anak ade di mana-mana,tanpa disangka-sangka..See?,mula-mula after beli barang baby,saya macam 'errrkkk....mahalnye'..tapi nak tak nak kene beli juga.Tapi siapa sangka Allah juga dah aturkan rezeki untuk anak kita,keluar2 Jusco je ade rezeki lain menanti.Second,jangan rasa susah hati mengandung sambil belajar,moga-moga anak kita pun cerdik pandai bila dah besar nanti.

Monday, September 3, 2012

Minggu yang melegakan

Assalammualaikum

This week baby dah masuk minggu ke-27..Alhamdulillah,sambutan raya semua lancar..mula-mula sedikit terganggu bila baby asyik kick.Sejak dah scan jantina baby,rasa seronok je tak sabar nak tunggu baby keluar,siap mimpi-mimpi dah bersalin.Husband pun ikut mimpi same, dia kata baby dalam perut dah terlalu besar sampai nampak kesan tapak kaki baby,tapi kenapa mama tak bersalin lagi.haha...Tapi cadang nak scan sekali lagi bile dah 7-8 bulan nanti.Kat Banting kami scan 2D rm45..mahal sikit maybe sebab 3-4 hari cuti raya.Ade member kata scan jantina rm30 lebih je sebenarnye.Tapi tak kisahla, both mama & papa terlalu excited nak tengok jantina.Saya cadang nak bersalin kat Hospital Serdang since tengok kakak bersalin kat situ everything nampak best je.Dari wad bawah sekali sampailah dia dipindahkan ke first class untuk gov.staff,layanan nurse memang okay.Tapi dengar2 siapa nak bersalin kat situ kene daftar since 4 month's pregnant lagi..kalau tak,diorang tak nak terima.Kalau datang secara emergency terus nak bersalin pun boleh.Tak tahu lah cara mane yang betul..Yang pasti,saya tak daftar ape-ape lagi.

Minggu ke-2 raya,saya bertolak ke JB sebab nak siapkan & hantar final thesis pada panel sebelum viva.Actually inilah main point saya nak update blog.Berhempas pulas siapkan thesis siang dan malam.Masa tu pulak baby aktif sangat kick sana sini, kurang selesa saya nak buat keje.Tapi saya dah tak nak ingat lagi pasal thesis,dah tak nak fikir lagi..seriously.Jiwa raga terseksa nak siapkan thesis.Now saya boleh rehat & fokus pada baby..lepas bersalin baru fikir balik pasal viva & whatsoever.



Ini gambar minggu terakhir di JB sebelum rehat bersalin..lepasni kalau nak datang pun tunggu dah lepas bersalin.Sepanjang mengandung,saya membesar secara sekata,sebab tu ramai yang tak tahu saya dah 6 bulan mengandung.Kawan-kawan,supervisor,sedara mara,semua tak nampak perut saya yang dah nak masuk third trimester ni.Disebabkan saya datang JB naik bas, balik klang tengok kaki memang bengkak-bengkak sebab berdiri lama tunggu bas..Nama pun mengandung.Nak masuk third trimester ni memang totally berubah,tak sama dengan keadaan first trimester.Selain dari nafsu makan yang bertambah,sekarang payah nak renggang dengan husband.Kalau masa mabuk-mabuk dulu siap nak balik rumah mak lama-lama,duduk tido asing-asing.Now raselah,memang tak boleh tido kalau husband takde sebelah.

Selang sehari balik dari JB, kami ke Perak pulak.Family kakak ipar buat kenduri cukur jambul untuk baby Adni.Sepatutnye kenduri untuk majlis berkhatan sekali,tapi my brother cerita,anak dia tak nak sunat,meragam masa kat klinik.Siap dah bagi ubat semua,janji nak beli ipod,still tak nak sunat..Apelah wafi ni,yang kelakarnye...kucing pun dia takut.Macam nampak monster je.


Gambar ni saya amik dari facebook kakak ipar,ade kawan dia tag..Saya sejak kahwin memang dah pencen amik-amik gambar ni.Tak rajin macam dulu dah.Very cute buaian berendoi.

Another pics.....


 Hannan suka gigit beg acik..lagi dimarah,lagi suka dia.


 Baby Adni...kakak ipar cerita,kain lampin yang dia beli kat Australia ni memang super duper besar,senang nak buat bedung.Tak macam kain lampin Malaysia.


Kereta kesayangan husband,dia memang peminat toyota lama,body part Carib.Dia kata dah kaya camne pun dia takkan tukar kereta ni.Boleh percaya ke?


***Minggu ini memang minggu yang melegakan...dah lepas salah 1 beban besar (writing thesis),nak fokus pada baby, and now waiting husband gaji,nak completekan barang baby***