Dari Anas bin Malik r.a katanya, dia mendengar Rasulullah s.a.w bersabda:”Sesiapa yang ingin supaya dimudahkan (Allah) rezekinya atau dipanjangkan (Allah) umurnya, maka hendaklah dia memperhubungkan silaturrahim (hubungan kasih sayang).”

Iklan

Tuesday, September 4, 2012

Baby's Stuff untuk second time - ala2 chicken soup for the soul pun ade..

September 2012, bermula lah kehidupan saya sebagai full-time surirumah.Mula lah rajin nak update itu ini.Bukanlah nak menunjuk sangat pun,just nak share harga2 baby's stuff,senang untuk siape2 yang tengah survey or plan perbelanjaan barang baby.Cuti raya haritu saya and husband beli barang2 baby untuk second time.Masa first time haritu habis lebih kurang rm50 je,tak berani nak beli2 sangat sebab masih awal,plus tak tahu lagi jantina baby.Second time kali ni kami habiskan dalam rm250 untuk 3 tempat.

First, Anakku di Banting..masa ni ade sale,tapi tak banyak.Saya & kakak saje2 masuk while husband tunggu kat luar.Entry sebelum ni pun saya ade letak pic ni.Takpelah,letak sekali lagi.

As i said before, 3 pasang dalam rm45.++.Campur2 brand Anakku,Doraemon & lain2.


Tempat kedua, kami ke Jusco Bukit tinggi.Kami suami isteri memang bijak,beli barang baby time takde sale.bijak kan?..ada certain barang je yang ade sale,itupun 10% and 20%.


 Pureen's breast milk storage (4 oz)-3 botol RM19.90
Pureen round bottle (2 oz)-RM7.90
Dalam plastik ade 3 pcs puting Pureen saiz S-RM5 (saiz ngam untuk breast milk bottle biru tu)


 Baby bath travel - RM9.90
Anakku Cotton buds-RM4.50


 Pureen's baby wipes 2x80's - RM9.60


 Minyak Yu Yee 10 ml- RM5.90 (Harga kedai Fiffy)
Pureen's cleaning brush - RM9.90



 Pureen's napkin (printed 10 pcs) - RM32.90
Dah beli napkin comel2 ni,husband kata tak payah beli selimut extra or bedung.Sapu tangan pun tak perlu sebab napkin ni boleh cover kegunaan2 tu.Baik boss!


Third place,kami ke Fiffy opposite Jusco Bukit Tinggi..kat sini banyak pilihan baju baby untuk newborn.Harga pun murah.Kain dia pun okay.Husband memang tak berapa suka baju kaler putih.Dia suruh pilih kaler2 hijau,biru,kuning...dah duit dia,kita ikut jela.



 Baju jaring2 lengan pendek sepasang - RM9.90
Baju jaring2 lengan panjang sepasang - RM11.90

Kat Fiffy ni kalau datang selang sebulan dua,mesti dia ade stok kaler baru.Kalau baju newborn yang ade kartun2 sikit,harga RM15 ke atas.Untuk beginner macam saya,memang sesuai lah ke Fiffy sebab harga dia murah,plus siapa2 yang baru nak try barang baby itu ini,tapi tak berani nak beli yang mahal2,bolehlah ke Fiffy.

Untuk baju,kami memang ke Fiffy.Ade member suggest kami ke Mydin,diorang kata baju jaring2 boleh dapat bawah rm5.Dengar memang murah,tapi kene tengok dulu kain dia lembut or kasar.Baju harian siang & malam actually tak kisah pun kalau beli murah2,asalkan kain dia okay.Kalau kami, memang pilih yang murah sikit sebab kakak & kawan2 banyak nasihat,baby cepat besar,dah tentu pakai kejap-kejap pastu kalau dah besar sikit nak kene beli yang baru lagi.Lagipun untuk first 1-2 months bukan ke kita kene berpantang,dah tentu duduk rumah je.Kalau berjalan keluar pun,takat mana lah baby tu tahu bergaya.Tunggu dah besar sikit 3 bulan ke atas,baru ok nak beli baju jalan yang mahal sikit.Kalau macam set2 baby bath,cotton buds,or minyak2 beli yang botol kecik2 dulu pun okay.Kadang2 orang kalau nak bagi hadiah,diorang suka bagi set-set losyen ni..(huhu perasan,ade ke orang nak bagi hadiah?)..Lagi satu,kalau beli barang2 especially liquid,jangan lupa tengok both tarikh dibuat and tarikh expired barang2 tu.Pada parents-to-be yang baru nak survive hidup berumahtangga,janganlah risau.Soal rezeki anak,kita kene yakin & percaya rezeki anak itu memang ada.Tak kisahlah orang nak kata barang baby kita murah or ape sekali pun.Kita bukan kacau duit diorang pun.Banyakkan berusaha & berdoa.


***Lepas abis beli barang baby kat Jusco,kami terus turun ke tempat parking.Ternampak satu family berdiri sebelah kereta kami seolah2 macam tengah tunggu somebody datang.Husband terus tanye pada si ayah yang tengah senyum, 'kenapa bang,ade masalah ape2 ke?'..Abang tu jawab, 'tengah tunggu kawan,beteri kereta weak,tak boleh start'..Husband pun  terus offer nak tolong jump start kereta abang tu,kesian juga tengok wife and anak2 dia berdiri tunggu kat situ.Saya pun borak2 dengan wife abg tu,umur kakak ni baru 30-an,bekerjaya,baru habis degree and dia memang teruja dengar saya tengah buat master sambil pregnant.Padahal dia tak tahu aku ni terkial2 siap extend setahun nak writing thesis dengan perut besau lagi ni.After borak2 10 minit,kereta dia pun dah boleh start.The best part is, abang tu hulur duit secara paksa kepada husband,husband tak nak,tapi abang tu kata 'amikla,duit raya untuk anak'.Mereka pun pergi,tapi seronok tengok anak2 kakak tu,walaupun kecik lagi tak sampai 5 tahun kot,tapi berbudi bahasa,pandai ucap terima kasih auntie tanpa disuruh mak nya.Baru saya teringat,kakak tu cerita dia buat degree masa tengah sarat mengandung.The moral is, first...rezeki anak ade di mana-mana,tanpa disangka-sangka..See?,mula-mula after beli barang baby,saya macam 'errrkkk....mahalnye'..tapi nak tak nak kene beli juga.Tapi siapa sangka Allah juga dah aturkan rezeki untuk anak kita,keluar2 Jusco je ade rezeki lain menanti.Second,jangan rasa susah hati mengandung sambil belajar,moga-moga anak kita pun cerdik pandai bila dah besar nanti.

No comments:

Post a Comment