Dari Anas bin Malik r.a katanya, dia mendengar Rasulullah s.a.w bersabda:”Sesiapa yang ingin supaya dimudahkan (Allah) rezekinya atau dipanjangkan (Allah) umurnya, maka hendaklah dia memperhubungkan silaturrahim (hubungan kasih sayang).”

Iklan

Friday, September 7, 2012

Best je minum air gula

Assalammualaikum

Entry ini tidak bergambar.Bagitau awal2 supaya tak boring baca.Bulan raya ni standardla berat ibu mengandung masing2 naik.Macam kes saya, lepas sebulan tak check-up,tau2 je naik 5 kilo!...Kalau tanye orang lain,semua standard 2 kilo lebih je naik.Ni sampai 5 kilo,nurse pun macam tak pecaye..timbang semula 2 kali,pastu geleng kepala."Raya ni ketupat rendang semua awak makan ye.."..Mestila nurse...setahun sekali.Dah elok2 buat checkup kat klinik desa depan rumah, tak pasal2 nurse suruh jumpa doktor kat klinik kesihatan.Masa ni dah ade bayang2 kene minum air gula.

Esoknya saya pun pergilah KK Pandamaran, klang..Just to set appoinment saje.Memang tepat sekali,kene minum air gula.Saya pun buat2 la muka tenang & cool."Ok,datang esok jumaat pukul 8 pagi ye.Jangan lupa puasa,boleh minum air masak je".First time saya datang KK Pandamaran, environment klinik totally different from typical KK yang saya pernah datang sebelum ni.Walaupun dah separate bahagian IBU&ANAK, pastu untuk orang awam lagi...memang ramai gila...terlalu ramai (bagi saya) totally macam hospital besar.Tapi sedia maklum, Klang memang pack giler penduduk..tak jauh dari dari KK Pandamaran,ade lagi satu KK Port Klang.Walaupun jarak KK dekat2,tapi still ramai.Tak payahlah ngade2 pegi KK lain.


 Hari kejadian...saya & husband ke klinik pukul 8.30 pagi.Ni nak habaq sikit pasal klinik goverment..Kau janganlah sesekali pandang rendah dengan diorang.Kalau kata pukul 8 pagi,kau janganlah lenggang kangkung datang pukul 8.45 or 9 pagi.Masih teringat cerita husband buat appoinment HIV test masa nak kahwin dulu,diorang reject sapa yang datang lambat.Macamtu gak dengan kes saya,masuk2 klinik je memang ramai sangat2....saya anggarkan dalam 50 orang ibu mengandung ade kot.Tempat duduk memang banyak,tapi full.Macam saya,datang pukul 8.15-8.30 okay lagi.Buku pink disambut oleh nurse dengan senyuman mesra.Tapi..tapi..tapi...kesian giler kot yang datang pukul 8.45 ke atas...semua kene marah dengan nurse."Kita suruh datang pukul 8 kan..sekarang pukul berapa kak..nak pukul 9 ni".Bagus jugak nurse marah,kalau kau datang suka2 pukul 9 lebih,pukul berapa pulak nak minum air gula..nak tunggu 2 jam lagi.takkan sampai ke petang kot.Siapa yang datang lambat pukul 9 ke atas,memang keluar muka hampa la.

Jam dah pukul 10.15 pagi,tapi nama saya tak dipanggil2 lagi.Borak2 dengan orang sebelah, "Awak datang pukul berapa?"..Orang tu jawab " pukul 8"..tapi nama belum dipanggil.Then saya tanye orang sebelah-sebelah dia pulak.." you datang pukul berapa?"..Dia jawab "pukul 7.30"..tapi nama dia pun belum dipanggil2.So you all boleh imagine dari pukul 9 ke 10.15,berpuluh2 orang yang dah dipanggil tu datang pukul berapa?...pukul 6.45?pukul 7 pagi? ..maybe.Pukul 10.30....nama saya pun dipanggil.Macam yang orang selalu cerita,step2 minum air gula are as follows: (cheh!,ayat thesis)

1)Kene puasa dari malam, some said start pukul 10 mlm,some said start puasa pukul 12 mlm.
2)Esoknye..first kene cucuk amik darah 1 tabung kecik.Tak sakit..Bace doa nabi Yunus banyak2.
3)Terus ke billik sebelah, nurse akan bancuhkan 1 mug air gula suam2 panas,minum sampai habis..
4)Duduk tunggu selama 1 jam setengah-2 jam..nurse akan panggil,cucuk untuk amik darah 1 tabung kecik.Hantar tabung pergi makmal..result diorang akan inform esok2nye.boleh balik dah.Simple kan?

Bagi saya,minum air gula takdelah seteruk mana yang diceritakan orang.Saya memang suka minum or makan benda manis sepanjang pregnant.So,masa minum air gula tu,totally macam makan aiskrim mcd.Sedap,memangla pekat,tapi still sedap,acceptable.Saya habiskan within 10 seconds,first teguk,siap senyum lagi sebab sedap!..jangan toleh2 tengok orang, Bismillah,minum je dalam 2-3 kali teguk.Kelakar juga tengok a few people minum sampai muka berkerut-kerut,siap batuk2 tersedak.Tapi jangan terlalu happy, 2 jam menunggu tu memang mencabar sikit.Pening2,loya,mengantuk tu biasalah...buat bodoh je,tengok tv,baca majalah,or borak2 dengan orang sebelah.

To be honest, janganlah terlalu berpegang sangat dengan cerita2 orang.Minum air gula takdelah teruk mane sampai fobia2 bagai..Entah pape lah orang yang cakap macamtu.Ikut badan masing2 la,ade yang tahan,ade yang tidak.Harini memang rezeki saya,semuanya dipermudahkan..sejujurnya saya sangat confident & happy minum air gula.Jangan lupa baca doa nabi Yunus banyak2 tak kira kita dalam kesusahan atau kesenangan, "La..ila hailla anta subhanaka inni kuntumminazzolimiiin.."





No comments:

Post a Comment