Dari Anas bin Malik r.a katanya, dia mendengar Rasulullah s.a.w bersabda:”Sesiapa yang ingin supaya dimudahkan (Allah) rezekinya atau dipanjangkan (Allah) umurnya, maka hendaklah dia memperhubungkan silaturrahim (hubungan kasih sayang).”

Iklan

Monday, September 3, 2012

Minggu yang melegakan

Assalammualaikum

This week baby dah masuk minggu ke-27..Alhamdulillah,sambutan raya semua lancar..mula-mula sedikit terganggu bila baby asyik kick.Sejak dah scan jantina baby,rasa seronok je tak sabar nak tunggu baby keluar,siap mimpi-mimpi dah bersalin.Husband pun ikut mimpi same, dia kata baby dalam perut dah terlalu besar sampai nampak kesan tapak kaki baby,tapi kenapa mama tak bersalin lagi.haha...Tapi cadang nak scan sekali lagi bile dah 7-8 bulan nanti.Kat Banting kami scan 2D rm45..mahal sikit maybe sebab 3-4 hari cuti raya.Ade member kata scan jantina rm30 lebih je sebenarnye.Tapi tak kisahla, both mama & papa terlalu excited nak tengok jantina.Saya cadang nak bersalin kat Hospital Serdang since tengok kakak bersalin kat situ everything nampak best je.Dari wad bawah sekali sampailah dia dipindahkan ke first class untuk gov.staff,layanan nurse memang okay.Tapi dengar2 siapa nak bersalin kat situ kene daftar since 4 month's pregnant lagi..kalau tak,diorang tak nak terima.Kalau datang secara emergency terus nak bersalin pun boleh.Tak tahu lah cara mane yang betul..Yang pasti,saya tak daftar ape-ape lagi.

Minggu ke-2 raya,saya bertolak ke JB sebab nak siapkan & hantar final thesis pada panel sebelum viva.Actually inilah main point saya nak update blog.Berhempas pulas siapkan thesis siang dan malam.Masa tu pulak baby aktif sangat kick sana sini, kurang selesa saya nak buat keje.Tapi saya dah tak nak ingat lagi pasal thesis,dah tak nak fikir lagi..seriously.Jiwa raga terseksa nak siapkan thesis.Now saya boleh rehat & fokus pada baby..lepas bersalin baru fikir balik pasal viva & whatsoever.



Ini gambar minggu terakhir di JB sebelum rehat bersalin..lepasni kalau nak datang pun tunggu dah lepas bersalin.Sepanjang mengandung,saya membesar secara sekata,sebab tu ramai yang tak tahu saya dah 6 bulan mengandung.Kawan-kawan,supervisor,sedara mara,semua tak nampak perut saya yang dah nak masuk third trimester ni.Disebabkan saya datang JB naik bas, balik klang tengok kaki memang bengkak-bengkak sebab berdiri lama tunggu bas..Nama pun mengandung.Nak masuk third trimester ni memang totally berubah,tak sama dengan keadaan first trimester.Selain dari nafsu makan yang bertambah,sekarang payah nak renggang dengan husband.Kalau masa mabuk-mabuk dulu siap nak balik rumah mak lama-lama,duduk tido asing-asing.Now raselah,memang tak boleh tido kalau husband takde sebelah.

Selang sehari balik dari JB, kami ke Perak pulak.Family kakak ipar buat kenduri cukur jambul untuk baby Adni.Sepatutnye kenduri untuk majlis berkhatan sekali,tapi my brother cerita,anak dia tak nak sunat,meragam masa kat klinik.Siap dah bagi ubat semua,janji nak beli ipod,still tak nak sunat..Apelah wafi ni,yang kelakarnye...kucing pun dia takut.Macam nampak monster je.


Gambar ni saya amik dari facebook kakak ipar,ade kawan dia tag..Saya sejak kahwin memang dah pencen amik-amik gambar ni.Tak rajin macam dulu dah.Very cute buaian berendoi.

Another pics.....


 Hannan suka gigit beg acik..lagi dimarah,lagi suka dia.


 Baby Adni...kakak ipar cerita,kain lampin yang dia beli kat Australia ni memang super duper besar,senang nak buat bedung.Tak macam kain lampin Malaysia.


Kereta kesayangan husband,dia memang peminat toyota lama,body part Carib.Dia kata dah kaya camne pun dia takkan tukar kereta ni.Boleh percaya ke?


***Minggu ini memang minggu yang melegakan...dah lepas salah 1 beban besar (writing thesis),nak fokus pada baby, and now waiting husband gaji,nak completekan barang baby***

No comments:

Post a Comment