Dari Anas bin Malik r.a katanya, dia mendengar Rasulullah s.a.w bersabda:”Sesiapa yang ingin supaya dimudahkan (Allah) rezekinya atau dipanjangkan (Allah) umurnya, maka hendaklah dia memperhubungkan silaturrahim (hubungan kasih sayang).”

Iklan

Monday, December 30, 2013

Its about rumah

Alhamdulillah, hampir ke 2014, walaupun hujung bulan gaji belum masuk, aku cuba lah buat2 happy kat ofis ni. Nak imbas balik 2013 memang banyak pahit manisnya. Hampir 2 tahun berumahtangga, banyak perkara yang mematangkan diri saya & suami. Minggu2 terakhir Disember 2013, kami banyak habiskan masa sekeluarga. Disebabkan kematangan yang makin bertambah, macam2 lah saya plan untuk 2014.

First thing first is nak pujuk husband pindah Banting. Banyak kali dah argued pasal hal ni. Tapi kemuncaknya, memang husband decide nak pindah Banting & kami sama2 fair merasa jauh pergi berulang alik ke tempat kerja setiap hari. Banting-Port klang 1 hour, Banting-Mantin also almost 1 hour sebab aku bawak viva macam kura-kura sikit. Now cabarannya is susah nak cari rumah sewa. Bersungguh-sungguh kami cari round survey rumah semalam area Sg.Manggis, tapi mengecewakan.

Bila cerita rumah ni,actually kami memang teringin nak beli rumah.Tapi karier belum stabil, lepastu dok jeles dengan kakak sebab dia bakal ada rumah sendiri.Rumah ni rumah my 1st brother, waktu beli area tahun 2004 tak silap saya x sampai  200 ribu pun harga die, semi D tapi tak besar mana rumah tu,cuma laman kat sekeliling luar rumah yang besar..But since my 1st brother dah pindah melaka, so dia jual rumah tu to my sister.Location kat area Johan Setia Klang, tapi adress seksyen 30 shah alam sebab lebih kurang sempadan shah alam je.So now bila jenguk2 jiran sebelah tu nak jual rumah, dengar2 harga nak naik banyak gila.

Ahad semalam kami sekeluarga gotong royong rumah tu.Lalang nak tinggi pinggang dah.Punyelah selama ni kami jenguk2 rumah tu, rupenye salah nombor rumah.Yang kali ni untuk gotong royong baru betul tak salah rumah.










Penat dah rotate gambar ni,but still tak betul jugak.

Tiap kali fikir pasal rumah je mesti naik tension dibuatnya. Siapa yang tak nak duduk complete as a 1 family.Sampai bila nak jadi weekend-wife/husband, walaupun Klang-Banting tu tak jauh mana.Aku nak husband di sisi aku.Aku nak naim merasa sama macam anak-anak orang lain,ada yang pujuk bila menangis,ada yang marah bila dia degil.Aku nak husband turut rasa kesusahan/kepenatan aku jaga anak setiap hari, sama2 risau bila anak sakit.Haaaa..mula la aku nak emo ni..Sabar..sabar..Sabar itu indah.Moga Allah permudahkan. Sorryla, tajuk macam gempak aku beli rumah, padahal nak cerita keluh kesah cari umah sewa je.




Friday, December 13, 2013

Perangai naim

Lately ni naim suka hentak kepala atas lantai, kat kerusi..or kat mane2 je dia nak.Kadang dia buat secara suka-suka..kadang time dia merajuk nak nangis time tula dia hentak2...kadang mengantuk nak tido.Kadang time mama tengah dukung pun dia tanduk2 kepala kat mama.Atau naim ade gaya2 nak jadi artis rock?...oohh..tak nak la!

Ni contoh dia...dia mintak dukung sebab malas nak merangkak sendiri.Mama pulak paksa dia merangkak sendiri.






Yang ni perangai pelik2, kemam barang dalam mulut lama2




Tido peluk bantal tutup muka...ni style ikut mama.Husband selalu cakap saya tido peluk bantal sambil tutup muka.Tapi saya tak pernah perasan punnnn.



Cer tengok dahi naim tu..ade kesan lebam sebab suka hentak2 kepala.


Okay sekian.

Wednesday, December 11, 2013

Majlis Aqiqah Naim

Assalammualaikum, Bismillah..harini nak story banyak2 pasal majlis aqiqah naim ahad lepas tapi gambar tak banyak, so terpaksalah pendekkan cerita. Dahlah kene uruskan macam2, then nak dukung anak lagi, so siapa pulak nak pegang camera?..rugi jugak sebenarnya tak upah cameraman sebab ini first event untuk naim.Takpelah, asalkan ada lah gambar sikit2.

Majlis aqiqah naim memang serba ringkas, actually saya kongsi majlis aqiqah ni dengan kakak, masing2 anak pun dah besar.Mak jemput kumpulan marhaban, bayaran dalam rm150 (non-member), rm50 (member).Selebihnya, jemput saudara mara & kawan2 husband. Saya tak jemput ramai kawan, lagipun majlis kecil-kecilan je.More on majlis untuk kaum wanita sebenarnya.

Untuk doorgift, saya buat brown paper beg berisi sapu tangan saiz lap muka, air kotak, apollo cake & bunga telur crepe paper.Tapi isi gula2+coklat jela.Then, saya create candy buffet yang tak berapa nak menjadi.Just untuk ceriakan majlis.Khemah pulak sewa hanya sebuah, rm180 siap dengan kain langsir+10 buah meja+40 buah kerusi+meja buffet.Sebenarnya majlis aqiqah Naim ni ketegori jimat jugaklah sebab serba serbi buat sederhana.Total cost secara kasar rm2500.Alhamdulillah takda pembaziran lauk yang melampau.


 
 Kembang kecut dah bunga crepe ni.







Last stage marhaban, diorang akan berselawat beramai2 then saya & kakak masing2 dukung anak and berjalan keliling dalam group tu.Kemudian, beberapa makcik senior yang terpilih akan bacakan doa & hembus pada ubun2 naim.Antara kandungan2 doa, ' semoga jadi anak yang soleh, jadi anak yang beriman & taat pada ibu bapa'.Masa ni memang touching sikit, husband yang tengok dari jauh pun rasa sebak.Selesai berselawat, doa & majlis pun selesai.Simple je kan majlis ni.Alhamdulillah semua lancar, & moga naim jadi anak yang baik& taat.Amin. 


Tuesday, December 3, 2013

Upcoming event

Hai..hai..hai.Lamenye tak update blog.Sebenarnya aku tak rase pun keje pensyarah ni bizy sebab ramai je pensyarah2 lain kat malaysia ni yang rajin update blog.pendek kata rajin atau malas je.panjang tak kate ape..kehkeh.

Sebenarnye dah lama kami suami isteri nak buat akikah untuk naim.tapi yela kan,awal2 kahwin dulu financial tunggang langgang.sekarang Alhamdulillah..better than before.Itulah yg dikatakan zuriat itu pembawa rezeki.Insyaallah 8 Disember ni kami plan untuk buat majlis akikah + besday Naim.Aku ni bab majlis2 mula lah fikir semua benda nak DIY sendiri.padehal hasil takdelah kemas mana pun.tapi still insist jugak nak buat sendiri.

Berikut adalah sedikit butiran mengenai majlis akikah Naim.Kami cadang nak pakai daging lembu,2 bahagian untuk anak lelaki.Dengan bajet yang sedikit terhad,kami niat buat 1 bahagian dulu untuk majlis ahad ni.Slebihnya 1 day nanti kami cadang sedekah lagi bahagian ke-2 pada yg memerlukan.Harga daging sekarang rm525 untuk 1 bahagian siap upah potong.Tu harga area Banting la.Mungkin lembu sini gedempol sihat belaka,aku pun tak pasti.Lain2...aku ade DIY bunga telur crepe paper.then cadang nak buat candy buffer tapi takdelah choc fountain.Disebabkan bajet limit,cerita aku pun pendek tergantung camni.haha..nanti lepas majlis insya Allah aku update lagi.



Monday, November 11, 2013

Deko rumah - Setia Ecohill

Sabtu baru ni me and my friend ade melawat rumah contoh kat Setia Ecohill,Semenyih..kalau dah bunyi2 setia tu must be SP setia la kot kan.Aku pun tak check betul2 siapa developer projek ni.Takpelah abang google kan ada.Pastu harga rumah pun aku tak check.Tapi dengar kata around 300 ribu gitu la.Tak pasti model yg mana.Mintak ampun maaf kalau salah info.Just saje jalan2 and nak tengok deko rumah supaya lepasni bertambah semangat nak beli rumah sendiri.

Ade 5 buah rumah yang saya sempat jenguk.Kalau bandingkan previous entry dengan yang ini, watermark picture pun dah berubah2, lantaklah labu.Okay, 1st rumah is rumah banglo sebijik.Nowadays banyak rumah yang guna style bumbung camni, macam flat slab...instead of guna slope roof or roof covering tiles,asphalt and etc.Ni yang malas ni mengajar subjek element building construction. Semua benda nak sebut.






Rumah kedua..Ni dah mula dah malas sikit, semua gambar aku nak combine.



Pandangan dari atas




Yang ketiga ni jenis semi-D..setiap rumah diorang hias lain-lain konsep and color.





Ada ruang kerja.Bilik bujang pun nampak smart je.


Yang ke-4......


Most of the rooms siap ada wardrobe room &toilet.


Yang ke-5....



Okay..okay..aku dah semput upload gambar.Now semangat membuak-buak nak design rumah, tapi takde rumah sendiri.Me and husband always have this clash opinion. Kat kampung, abah dah memang standbykan tanah kat sekeliling rumah, just untuk anak2 kalau teringin nak buat rumah in future nanti.Tapi bukanlah sekarang, sebab karier pun belum stabil tapi saya still ada plan untuk buat rumah disitu.Tanah dah ada kan, tinggal buat rumah jela.But my husband always said nak beli rumah di area bandar (klang)...nak kekalkan identiti sebagai orang klang. So sudahnya kami tak pernah solve isu ni.Masa berjalan, harga rumah, harga barang binaan makin lama makin mahal.Sampai sekarang tak decide lagi satu hari nanti nak duduk menetap di mana.

Saturday, November 9, 2013

Wedding si Yani

Last week, my bestfriend kahwin.Kalau ingat lagi before ni saya pernah tulis entry Yani bertunang.So now saya kenelah update majlis kahwin dia pulak. A few days before majlis nikah, saya memang everynight datang rumah yani tolong dia apa yang patut.Mostly, kerja2 packing goody bag, hantaran fresh flower & pakaikan inai dua malam berturut2. Untuk hantaran, kakak si Yani beli fresh flower berbondong2 kat Kajang around rm400 gitu.So we ols memang guna semua untuk hantaran 11 dulang campur hias2 meja sikit. Inai pulak, abang ipar si Yani beli kat Mekah masa bulan 4 haritu..Baju nikah, sendirian berhad mak yani jahit sendiri.Pelamin, baju bersanding, mekap semua by Inderaloka, sama macam majlis saya dulu.Malam berinai si Yani buat khatam Quran.






Untuk majlis nikah,kami sebagai dayang2/ bridesmaid pakai baju bebas.Untuk hari bersanding pulak, kami dapat la baju free sponser dari pengantin.Ade juga lah yang tanye baju yang aku pakai ni jenis ape,fesyen ape...pastu nampak macam kurus jee...macam kurus jee..nantilah eh, aku buat satu entry khas untuk review baju aku ni.



I'm so happy one of my bestfriend dunia akhirat dah bertemu jodoh.Moga hingga ke syurga.Another two, harap2 korang pun cepatlah bertemu jodoh.Anak aku dah nak dekat setahun dah ni.Nanti nak hangout best sikit masing2 dah ade partner&babies.Insha Allah akan datang nanti saya buat entry untuk majlis bertandang rumah pengantin lelaki pulak. Okay babai!


Monday, October 28, 2013

Hari konvo aku

Assalammualaikum..ini entry panjang.Mehla kite cepat2 tulis sebelum ianya luput dari ingatan.Hehe..Sabtu lepas 26/10/2013, saya dah pun selamat berkonvo dengan jayanya.Almost 4 years menyiapkan tesis master,finally selesai semuanya. Phd?nanti2 la..bagi aku rehatkan badan, otak, segala trauma fobia yang masih melekat dalam ingatan. Bukanlah nak kata perit sangat, tapi sejujurnya saya tak begitu kuat nak menghadapi dugaan seperti sebelum ini.Saya tau saya mampu, Allah juga tahu.Tapi biarlah lepasni kita plan baik2, kewangan kukuh, then baru pikir phd.Saya tak mo dah ulang macam dulu...mengandung, tunggu bas berjam2 untuk perjalanan jb-klang..waktu malam pulak tu, dengan financial tak kukuh, tesis pun tunggang langgang, tak banyak pilihan yang saya ada ketika itu.Ok, cukup-cukup...tak payah cerita hal dulu.Meh kita cerita yang sekarang.

Kami plan nak bertolak jumaat, 25 oktober...pagi2 tu saya ke KLIA amik abang sulung baru balik dari conference di Madrid.So kami ade beberapa jam saje nak spend masa dengan dia sebelum dia fly balik ke Sydney malam tu.So yang ni kira transit gitu la...After breakfast sama2 sekeluarga, rehat2...saya, husband & abang no.2 pun gerak ke JB tengahari tu while my mother & sister gerak malam nanti after hantar abang sulung ke airport. Abah tak nak ikut.Dia nak relax2 di rumah je.Mungkin dia fikir saya dah ada suami, so takdelah risau/sedih sangat kalau tak ikut.Tapi still tak best jugak sebab rase macam tak cukup.


Kami pun gerak dengan riang ria nye ke JB pukul 12 tengahari..dah nak sampai area simpang renggam, ade pulak lori tangki terbakar..Dalam hati ni aduhhhh mesti sampai lambat.tapi takda pun...lori ni pun pandai jugak, parking kat betul2 tepi jalan.



Sampai-sampai UTM je, kami terus check in hotel.Kami menyewa di Scholar inn, senang sikitla...rm160/night.Style apartment, ade 2 bilik, bilik air, dapur, cukupla semua.Kami dapat tingkat atas sekaliiiiii..tingkat 10.Memang tak payah aircond.Cuaca memang dah sejukk.


Okay..aku macam nak semput upload gambar.Lepas check in, laju-laju jumpa kak siti nak bagi ole2 kerepek sambal kentang.Nak jumpa dr.ahmad, dia dah balik sarawak pulak.So terus saya laju-laju bawak husband & abang makan ayam penyek faveret student UTM.Owwwwhhh restoren Pinang...sungguh menggamit rindu & kenangan.



Lepas makan kami jalan2 kejap ke pesta konvo.Tengok show mini bike.Ambik gambar sana sini & balik hotel, berehat.Hajat di hati nak sambung berjalan waktu malam.Dah naim pulak tidor nyenyak.So malam tu memang kami berehat je di hotel.


Esoknya, sabtu hari bersejarah saya..awal2 pagi lagi kami dah keluar hotel.Husband cuma drop saya,mak & abang dekat area dewan, sebab later dia nak kene uruskan naim.So sampai2 je everything semua lancar, dapat jumpa kawan2, amik gambar.Dalam dewan memang lapar giler sebab saya tak breakfast langsung dari pagi. Keluar2 dewan memang dah compang camping dengan cuaca panas, dukung anak.Tak sempat nak betulkan tudung or touch up2 muka...amik gambar pun ala kadar je.Lagipun masa konvo degree dulu saya dah puas bergambar.Yang kali ini, asal ada gambar pentas kira jadi la.

See me compang camping?

After bergambar, saya jadi bingung kejap nak buat ape.Kepala dah sakit menusuk2, so cepat2 hantar borang gambar & pulangkan jubah.Transkrip tak sempat amik sebab tak larat sangat sakit kepala.Masuk kereta je terus muntah2 non stop. perut dah masuk angin..dari pukul 1 sampai la pukul 3 petang saya terlantar dalam kereta macamtu je.Nasib baik naim behave, tido..takdelah mak or husband penat sangat. On the way balik, dah sampai ayer keroh baru la saya okay sikit boleh bukak mata, cakap2 and makan bubur.Rasa azab sangat tak breakfast pagi.

Syukur Alhamdulillah, semua dah selesai.Dah boleh concentrate pada karier & future.Lepasni kita pandang ke depan je, pasal phd tu nanti2 lah fikir.hihi.