Dari Anas bin Malik r.a katanya, dia mendengar Rasulullah s.a.w bersabda:”Sesiapa yang ingin supaya dimudahkan (Allah) rezekinya atau dipanjangkan (Allah) umurnya, maka hendaklah dia memperhubungkan silaturrahim (hubungan kasih sayang).”

Iklan

Tuesday, February 26, 2013

Cara mudah saya tidurkan anak

Saya pernah terbaca dalam facebook,ade sorang my friend share info ni tapi tak ingat apa source die.."Cara mudah tidurkan bayi".Seriously senang je petua nya & really works on me.Ade banyak sebab kenapa kadang baby susah nak tido.So secara general nye..

-Tukar pampers&baju bersih.Baby memang tak selesa kalau pampers basah or ade isi.Bayang kan kite tido dengan seluar dalam basah.boleh ke??eeEeeee...

-Sapu minyak / losyen kat perut dia.Urut slow2...& bawak urutan tu ke peha&tapak kaki.point2 ni kalau diurut memang buat baby selesa.

-Yang lain2...Jangan lupa bagi baby kenyang.Bagi susu secukupnya sebab baby memang resah gelisah kalau lapar pastu kene paksa tido.makesure environment tempat tido tu selesa.

Itu je petuanya.Selalunye saya check pampers&bagi susu je.tapi kadang payah juga naim nak tido.tapi lepas saya try urutan2 tu memang nampak beza..naim lebih mudah tido.lagipun dia still bayi,kalau dah setahun ke atas wallahua'lam...mungkin lebih challenging.

Ni cerita pasal bouncer plak.Dulu mase umur sebulan,naim payah nak tido.selalu mengamuk,mintak didodoi,dukung sambil jalan2 satu rumah & akhirnya dia tertido.kadang setengah jam,kadang meleret2 sampai sejam-2 jam.memang meletihkan.1 day kakak bagi pinjam bouncer besi anak dia.try kot2 serasi dengan naim.Alhamdulillah,naim serasi dengan bouncer.Saya just hayun 10 minit macamtu dia dah tertido.sejak haritu everything jadi senang&saya pun dapat rehat lama.

1 day saya risau & terfikir..fungsi bouncer ni macam buaian juga la kan?.baby terlena disebabkan ayunan.kalau we ols travel or g kenduri mane2,boleh ke naim tido tanpa bouncer?..risau.So baru2 ni saya try kurang2kan naim tido dalam bouncer & belajar tidokan dia dengan hanya tepuk2 peha/punggung.3 hari saya try tidokan naim dengan urutan2 tu & pangkukan die,tepuk2 peha sambil berzikir.Syukur,tak sampai 10 minit dia dah tido & boleh alih atas tilam.Saya pernah terbace,selain urutan,baby mudah rasa tenang bila banyak bersentuh kulit dengan ibu,peluk,belai or pangku.It's true!!..



Monday, February 25, 2013

Relaktasi-1

Before this saya ade cerita saya tinggalkan anak seminggu di kampung & secara bengongnye saya tertinggal corong pump di  kampung.nak buat kaedah marmet pun macam tak semangat.seriesly bengang dengan diri sendiri.Sabtu haritu saya pujuk husband tak payah main badminton,abis keje terus je balik kampung.Rindu sangat kat Naim&nak cepat2 pam susu.Nak diikutkan,setiap sabtu husband kerja half day,lepas asar main badminton,lepas magrib shoot balik kampung.

Actually,saya dah jarang & boleh dikatakan dah stop direct feeding naim. lepas makan pil,saya perasan susu makin sikit.sejak haritu saya kurang bersemangat&decide untuk pump je&bagi dalam botol.means dah sebulan gak la tak direct bf.Kemudian ditambah pulak seminggu tertinggal corong pump.Bila saya try pump semula,20 minit cuma dapat dalam 10 titik je!!..Fine,memang aku marah gile dengan diri sendiri.Seminggu tak pam dah macamni efek nye.Husband pun terkejut& terus cakap "mama stop jela makan pil tu".minggu lepas campur dengan minggu ni masuk 2 minggu gakla naim x dapat susu badan langsung!

Now i'm thinking of relactate my baby.Dulu saya akui mase berpantang saya ni kurang penyabar,bila baby asyik mintak susu badan,saya mula mengeluh penat.Now naim dah 2 bulan,dah senang nak handle.Rase sedih tiap kali tengok muka dia yg suci murni iteewww....sorry son,i didn't do my best.Seminggu tinggalkan anak macam2 kesedaran muncul.Saya asyik terfikir Allah dah senang2 makbulkan doa saye dapat pump elektrik,tapi saya tak sungguh2 breastfeed anak.Nak2 pulak aku ni masih surirumah,takde ape yg menghalang pun.what a waste!.

Baru2 ni saya try direct feeding naim,mulut dia macam nak menghisap,tapi muka die berkerut.kelakar&tak berjaya pun..Ade gak kawan yg suggest amik pil noriday.it doesn't effect breastmilk.Apepun kene dapatkan nasihat doktor&seriusly saya nak jumpe doktor minggu ni.tapi lama betul nak tunggu isnin nextweek.seriously,seriously,seriously aku nak dapatkan balik susu badan.masih belum terlambat nak fix semua ni.Bunyi macam meroyan kan?Memang pun..oleh kerana memang saya tengah meroyan,saya nak buat story 'relaktasi bersiri' supaya semangat saya tak hilang.Langkah 1,dalam seminggu ni saya gagahkan diri kerap pump susu walaupun masih makan pil rigevidon tu.Takpe..tunggu je hasil discussion dengan doktor nextweek nanti.Mehla tatap hasil perahan saya...sedih.



Wednesday, February 20, 2013

Hadiah paling ku sayang

Dah lama saya teringin nak menzahirkan betapa gembiranya saya ketika dapat hadiah ni.Dari saat saya lahirkan naim saya bersemangat sangat nak breastfeed anak.Tapi awal2 kelahiran tu,saya agak kelam kabut&tense nak uruskan baby..dengan sakit luka operate lagi..So dalam bulan pertama tu dah campur susu.Sedih..tapi saya hadkan susu tepung..lebihkan susu badan.Dalam masa yg sama,saya kecewa&fedup dengan manual breastpump yg saya beli..pakai kejap dah retak,patah..huh!!!

Bermula la episod saya berduka siang malam..menyusukan anak sambil meleleh2 airmata.desperate sangat nak electric breastpump.tapi blum mampu nak beli.Tapi entah camne ajaib betul kuasa tuhan,1 day saya dihadiahkan electric breastpump Spectra oleh sekumpulan kawan2 rapat.Gembira tak terkata,tuhan saja yg mengerti.Tapi dalam masa yg sama saya masih bagi susu tepung sebab seriously aku terkial2 buat stok susu.baru nak buat stok,naim dah merengek nak nenen.

1 day..saya pergi checkup baby sebulan & after that start makan pil perancang yg memang specific untuk baby yg menyusu campur.Kegembiraan saya stop sampai situ bila dapat tau pil perancang tu kurangkan susu badan.seriously saya sangat2 kecewa&menyesal.Tapi terpaksa sebab bersalin operate,kene makan pil yg jenis macamtu,dos kuat sikit utk elak mengandung.kalau nak pakai implanon/iud tu saya belum fikir lagi.setakat ni selesa makan pil.

walaupun susu badan dah kurang..saya masih pump&tetapkan syarat baby mesti minum susu badan walaupun 1 kali sehari.Nak jugak bagi sebab membayangkan betapa ruginya susu badan ni tak diperah.Tapi minggu ni memang minggu yg betul2 mengecewakan saya.Saya tinggalkan anak di kampung sebab nak settlekan interview keje&keje2 lain di klang.Malang sangat sebab saya bawak skali breastpump konon nak sediakan stok banyak2 untuk naim,tapi saya tertinggal corong pump kat kampung!!..camne nak pump.Cuai!!

Saya sayang sangat hadiah pemberian kawan2 saya ni...dan walau sikit camne pun saya tetap nak bagi naim susu badan selagi mampu!!


Tuesday, February 19, 2013

Bayi batuk berkahak

Sebelum raya cina lagi Naim dah start batuk,hidung tersumbat & berkahak.Seram betul tengok bayi 2 bulan sakit macamni.Mula2 naim cuma batuk2 manje,tak lama lepastu dengar pulak dia tido macam orang berdengkur.Saya pun masih releks2 lagi sebab naim ceria.tapi still ke klinik,dapatla ubat batuk&titik hidung.Fikir2 mungkin dia dapat virus batuk ni dari saya or mak saya.

After  a few days keadaan naim masih sama hinggalah 1 hari dia menangis lambat dapat susu&terus terbawak2 mengamuk+batuk non-stop 10-15 minit.Mase tu seram gile,kebetulan suami balik kampung hjg minggu&terus bawak naim ke klinik.Sampai klinik naim dah terkulai layu sebab kepenatan batuk.sedih.mula2 doc bagi naim sedut gas utk lancarkan prnafasan.tapi dalam 5 minit camtu die dah nangis2 tak selesa.rest sekejap bagi susu...naim if mengamuk dia memang taknak dengan mamanye.

Tengah sedap2 papa dukung,doc panggil naim untuk sedut kahak,masukkan tiub halus dalam hidung.serammm...mula2 suami xnak dukung/xnak tengok..tapi naim start nangis bila saya try dukung.terpaksa papa mengadap tiub2 yg menyeramkan tu.memang sedih tengok anak meraung2,tapi saya kuatkn semangat&lega bila tengok kahak keluar.Papa dah pandang2 bawah x sanggup tengok naim.Dah selesai,terus papa keluar&cool kan naim sampai dia tido.

Walau dah sedut gas,kahak,makan ubat...naim still belum sembuh.Dalam seminggu 3 kali gak naim ke klinik sedut gas sebab asal pagi2 je mesti batuk non stop.Satu hari tu saya&suami bawak naim balik klang sebab mak x dapat jaga.Mak pesan,jangan bagi naim nangis,kalau x die akan mengamuk&batuk teruk.Elak punye elak,batuk gak...kami try ke klinik pakar bayi.Ya ampun,beratus gak abis.tapi xpela,baby punye pasal.Syukur lepas seminggu naim continuously makan ubat dr klinik pakar tu & sekali sekala suapkan madu+air dalam 1 mL macamtu,now naim dah sihat.Ade jugak kakak ajar cara tepuk belakang badan bayi untuk keluarkan kahak,tapi tak sempat nak praktikkan.

Apepun syukur naim dah sihat.Boleh saya fokus balik pada keje2 yg tertunggak :)


Monday, February 4, 2013

Misi 7 hari

Ini baru hari pertama.Stelah hampir 2 bulan brkampung di rumah emak yg ibarat syurga itu ..saya decide nak balik klang sementara tanpa Naim.tujuannye nak kemas rumah sediakan bilik utk naim,buat keje master skit & survey2 keje.

Tapi sayang musalmah..baru 3 jam saya balik klang,saya totally lost.setiap sudut saya nampak wajah Naim,ke bilik air,dapur,tv,semua tempat saya terbayang naim.Mase gerak dari kampung,saya berjaya tahan airmata,say gdbye to naim.tapi bila sampai klang,tumpah juga airmata ni..Mula2 saya rase nak marah tengok keadaan rumah yg bersepah,tapi husband releks je.saya mula rimas,tension,badmood,then teringat naim...lalu trbawak2 emosi & airmata tu entah sampai pukul berapa,akhirnye saya trtido dengan airmata.sebelum tu suami pujuk manje2 pun dah tak laku dah mase tu..dan ade sekali suami tanye dengan tegasnye..'Nak balik Banting x ?'...saya geleng kepala konon nak tunjuk kuat.Yang menambah emosi lagi tu sebab saya tinggalkan naim dalam keadaan dia tak sihat.

Bangun pagi harini,terus saya bukak handset&tengok gambar anak..sms mak tanye keadaan naim.again,menangis lagi di pagi hari..saya try tenangkan diri wassap/sms kawan2.lepas husband pegi keje,saya mula sibukkan diri kemas rumah,&sekali sekala tengok gambar naim.

Di saat naim menangis2,taknak tido especially bila saya ade mood nak buat keje,waktu tula saya rase semuanya susah,tension,rase nak marah pada anak kenape tak nak tido.Now,baru berpisah sehari...saya mula hilang arah.tapi terpaksa sebab masa berjalan,saya perlu settlekan master saya&cari keje.Sejak umur naim sebulan,saya perasan...tiap kali dia mengamuk,die cume akan brtenang bila nenek,atok or papa dia yg dukung.kadang saya fikir mungkin banyak sangat aura 'panas',cepat marah or x sabar dalam diri saya sampaikan anak pun taknak dengan saya.atau mungkin juga saya x pandai pujuk dia.

Maafkan mama wahai Naim,mama tak dapat nak full breastfeed awak selama ni sebab mama asyik terkial2&tak sungguh2.Mama terpaksa tinggalkan awak sekejap atleast mama & awak sama2 bleh berdikari bila berjauhan.we will meet this weekend ya...7 hari je!!Moga saya kuat.