Dari Anas bin Malik r.a katanya, dia mendengar Rasulullah s.a.w bersabda:”Sesiapa yang ingin supaya dimudahkan (Allah) rezekinya atau dipanjangkan (Allah) umurnya, maka hendaklah dia memperhubungkan silaturrahim (hubungan kasih sayang).”

Iklan

Saturday, March 23, 2013

Penat

Dua minggu ni memang betul2 memenatkan saya.Penat otak,penat emosi,penat badan,semua penat.Seminggu yang pertama,saya prepare untuk viva master.Almost 4 years baru nak viva,dasyatt ahhh aku punye extend ni...malam before viva,saya menangis2 sebab tak abis study,rindu anak&macam2 lagi.give up tak tentu pasal.Esoknye,memang entah hape hape aku jawab soalan.Tapi after viva,lega sangat2 macam hilang 1 beban kat bahu.almost 4 years u olss..4 years hokkeeyyy.

Minggu kedua,ingat nak anta Naim kat Banting sementara saya laju2 buat correction kat umah klang.Tapi mak pulak terpaksa jaga anak sis yang kene demam campak.Terpaksa saya berdikari jaga Naim sendiri.Aku baru nak guling2 kat rumah.memang seminggu tu tak dapat nak belek correction langsung.Tambah pulak Naim dah pandai mengiring,berat pun boleh tahan.1 lagi,saya dalam proses nak dapatkan kerja.Serious penat..penat tunggu jawapan.Nak fikir pasal relaktasi lagi,lagi lah aku penat.Now saya ada kat rumah emak & hopefully dapat jenguk2 laptop buat correction.

Nak hilangkan penat?meh layan gambar anak.





Thursday, March 7, 2013

Relaktasi - 3

Siapa2 yang follow entry 'relaktasi' saya,kalau mengharap nak tengok gambar susu dari 0.5 oz tetibe jadi 4 oz memang takdela dalam masa terdekat ni..Pastu aku cukup tension/jealous tengok blogger2 post gambar susu badan sampai 6-7 oz.tapi insyaallah,kalau ade rezeki saya,of cos saya pun akan share.

Harini,hari yang panas terik saya ke HTAR ambil surat akuan bersalin.nextweek nak ke JB sebab viva,nak kene sertakan sekali surat mc.Alang2 dah kat hospital,saya ambil kesempatan tanya pendapat nurse tentang hasrat nak menyusukan baby semula.Berbuih juga la mulut ni story dari a-z.Syukur saya dapat feedback yang sangat supportive dari nurse2.Diorang explain macam2 & tetibe aku suka pulak dengan hospital klang ni.kahkah.

Nurse told me,takde ape2 masalah pun nak relactation,tukar je pil macam Yasmin or noriday..& slowly try usaha dapatkan semula susu badan.Once kita dah pernah experienced susukan baby,insyaallah after this takde masalah.And...sememangnye pil 'jahat' regulon/rigevidon ni mengeringkan susu ibu.Now ade 4 biji lagi nak habiskan,then boleh tukar pil.Lepas counselling,memang bersemangat betul ni.Husband asyik tanya bile boleh makan pil baru.Ya Allah,moga semua dipermudahkan.


Tuesday, March 5, 2013

Relaktasi - 2

Isnin baru ni saya ke klinik kesihatan sebab ade appoinment RME.So saya ambil peluang untuk luahkan keluh kesah kak esah berkenaan pil yang dah effect susu badan saya.Punye semangat saya cakap kat doc,saya nak tukar pil sebab nak relactation baby.

Unfortunately,doc tak begitu support niat murni saya sebab doc tak yakin saya boleh produce milk yang cukup untuk baby.Kecewa gila babi unta...saya kecewa atleast doc tu bagilah saya try dulu ke..memangla amik masa,but nothing imposible kan.bukan nye aku main cakap je,siap study lagi kes2 relactation ni.berjaya je diorang tu.

Actually nak diikutkan boleh je saya bertindak sendiri stop makan pil / tukar jenis lain and usaha dapatkan susu badan.tapi saya bukan jenis yang berani sangat nak memandai buat itu ini.Aduhai..stress betul la tak tahu nak teruskan niat suci murni ni lagi or tak.haritu kemain lagi nak buat entry bersiri!!...