Dari Anas bin Malik r.a katanya, dia mendengar Rasulullah s.a.w bersabda:”Sesiapa yang ingin supaya dimudahkan (Allah) rezekinya atau dipanjangkan (Allah) umurnya, maka hendaklah dia memperhubungkan silaturrahim (hubungan kasih sayang).”

Iklan

Monday, April 29, 2013

Baby massage-episod naim demam

Minggu lepas, first time naim demam.Before ni cuma batuk selsema sekali...kali ni naim demam.Saya teka mungkin naim rindu papa sebab kami cuma berjumpa di hujung minggu je.Dan papa pun rindu naim,kira demam rindu serindu rindunya la ni.Banyak benda yang buat saya selesa duduk di kampung,checkup bulanan naim,kadang2 interview kerja&kadang saya tinggalkan naim sebab nak siapkan tesis yang bertangguh.So mostly 4 hari saya jaga naim di rumah mak,then naik bas sorang balik klang habiskan 3 hari bersama suami.macamtu lah rutin saya.Saya yang pilih nak berulang macamni,so seboleh2nya taknak susahkan husben.

Berbalik kepada demam, awalnye kami bawak naim ke klinik macam biasa,makan ubat,lekat koolfever,& untuk elakkan dia merengek menangis sepanjang masa,nenek hiburkan naim dalam stroller.Tengok2 tertido..good!

Esoknye naim dah baik,main macam biasa..malam tu badan panas balik but only a few hours,bangun pagi esoknya dah tak panas.Selang sehari,badan naim panas balik dan mula ada bintik2 merah.Pergi klinik pun cuma dapat ubat sapu&nenek naim kurang puas hati sebab takde consultation.Pelik tengok naim demam camni dan lagi menyeksakan bila tengok anak dah kurang aktif dan hanya menangis setiap masa.Seriously,everytime nenek takeover jaga naim, i went to my room & cry.hadooiii...

Penat dengan keadaan ni,mak advise jomla kita pergi bawak naim urut.mana la tau dia kan aktif meniarap guling2 kotla ade yang lenguh2 sakit badan dia.Again,terbang lagi duit nenek since my mom willing to pay & also kesian kat aku.So we olls pergi 1 rumah makcik,called wak surat.wak surat ni dah tua gak la&memang kerja dia mengurut badan orang perempuan biasa/ mengandung/bersalin&babies.Kesian sangat tengok naim melalak nangis masa urut tu sebab mood dia memang tak okay masa tu.Wak surat kata naim demam biasa & bahagian kiri badan naim tu memang ade lenguh2 sakit.Memang logik juga sebab naim aktif sangat&kadang we olls satu rumah ni kerap bergilir dukung dia sana sini.so maybe ade part yang terseliuh kat situ.

Lepas balik berurut tu nampak gakla perubahan.naim dah mula senyum2, tido awal&nyenyak sungguh.takde rengek2.setakat ni semua positif.hopefully takdela demam2 lagi.Mekasih nenek bawak naim urut!


Thursday, April 18, 2013

DIY halfmoon

Sekarang memang musim orang pakai tudung half moon, and tudung ala2 fareeda pun boleh tahan gak hot nye.Saya bukanlah jenis orang yang suka pakai shawl/selendang.1st,sebab mula2 pakai dulu rase banyak pin nak kene standby,pastu jarang..then kalau dah lilit2 memang takde tutup dada.Memang tak sesuai untuk aku yang badan ala2 bulat 'chicken cordon bleu'..tetiba je menu secret recepi keluar.kehkeh.Then husband pun tak berapa suka,sebab muka saya bulat,so better pakai yang ada muncung.

Tapi disebabkan makcik2 kat kampung pun boleh tahan gak menggaya halfmoon ni,so saya decide nak try buat 1..biasala orang perempuan.kadang bukan nak pakai sangat pun.tapi atleast nak merasa ada 1.So,lastweek saya ke Nilai square,cari kain chiffon.Harga lebih kurang rm8/meter.Then ikutla tutorial sebijik2 kat internet.Nak selesa,potong panjang 1.5m,radius/jejari 75cm.faham ke ni?..hehe.takpe,nanti google picture ya!
Then i send the tudung to my neighbour's house,untuk jahit kelim.It costs around rm5.lepastu jahitla manik berjuntai2 bagai.dah siap.Kain chiffon ni pun agak jarang sikit,and now saya tengah fikir nak menggayakan dengan anak tudung awning.hopefully cantikla aku nanti.hihi.enjoy the pics!



Monday, April 8, 2013

Yani 's engagement day

Ahad lepas saya attend 1 majlis pertunangan kawan baik saya,Yani.Akhirnya,jumpa juga jodoh yang dicari.Actually yani pernah cerita,dia memang nak sangat kawin,tapi takde boyfriend.Tapi disebabkan niat tu,akhirnye dia berkawan dengan sorang laki dalam fb.tanpa cintan cintun,diorang decide untuk bertunang & kahwin in this year.Moga semuanya lancar.

okay,now nak share gambar yani,pretty in blue,dengan tudung half moon.canteekkk hokey.aku?aku dah macam ustazah bahiyah sikit.bak kata orang,transition giteww.Husband tak bagi pakai shawl2 semua tu.He said,pakaila tudung ape pun asalkan ada muncung.Lame tak posing sendirian.Maaf gambar tunggang langgang :)




Thursday, April 4, 2013

Hopes

Rase cepat April datang sedangkan correction tak siap lagi.Inilah cabarannya become a student & mom in one time.Minggu ni mak sibuk banyak tempahan baju,so saya kene jaga Naim sendiri kat klang.Honestly bila jaga baby sendiri,otomatik jadi sangat2 hargai masa.waktu anak tido,time tula cepat2 masak,kemas rumah,solat,buang air besar&macam2.Nak2 Naim dah pandai meniarap tahap excellent.kene la berjaga2.

Story pasal naim,before ni tahi mata kat mata kiri dia susah nak hilang since dia lahir.Ade juga saya titiskan breastmilk,tapi tak continuous..sebab tu kot tak baik2.Sampaila umur dia dah 3 bulan ++..saya letak sekali sekala baru hilang tahi mata tu.Saya selalu berharap naim membesar tinggi sebab saya&suami bukanlah baka tinggi.Tapi ade juga sekali doc kat klinik terkejut bila tau naim is just a 3-mons-baby...based on saiz badan dah macam 6 bulan gitu.6.9kg & 61 cm untuk 3 bulan..i guess masih normal&ramai je babies yang sihat camni.

March & April become tough months for me as i target nak dapatkan kerja dalam tempoh ni.Dalam banyak2 15 resume..baru attend 3..i guess married woman+ade anak+no work experience+high level education memang banyak cabaran nak dapatkan keje dalam real industry.Buat phd?..last choice.Saya tak memilih keje,in fact saya boleh je kerja kerani..berlambak iklan&boleh terus dapat.But the problem comes when they asked, awak ade master&berapa lama awak sanggup keje dengan gaji 1.5k kat sini? setakat 3-4 bulan memang kami tak nak.See? itulah hakikatnya.Aku tak pandai menipu orang.

Dulu aku pernah banyak duit (untuk umur macam aku 5 angka dalam bank tu consider kaya la).tapi itulah roda kehidupan.Dulu di atas,sekarang di bawah.Aku sedang diuji tuhan.Moga ada sinar harini&esok.

Layan gambar naim yang excellent meniarap.tak sempat nak snap step by step tau2 dah tiarap.