Dari Anas bin Malik r.a katanya, dia mendengar Rasulullah s.a.w bersabda:”Sesiapa yang ingin supaya dimudahkan (Allah) rezekinya atau dipanjangkan (Allah) umurnya, maka hendaklah dia memperhubungkan silaturrahim (hubungan kasih sayang).”

Iklan

Monday, April 29, 2013

Baby massage-episod naim demam

Minggu lepas, first time naim demam.Before ni cuma batuk selsema sekali...kali ni naim demam.Saya teka mungkin naim rindu papa sebab kami cuma berjumpa di hujung minggu je.Dan papa pun rindu naim,kira demam rindu serindu rindunya la ni.Banyak benda yang buat saya selesa duduk di kampung,checkup bulanan naim,kadang2 interview kerja&kadang saya tinggalkan naim sebab nak siapkan tesis yang bertangguh.So mostly 4 hari saya jaga naim di rumah mak,then naik bas sorang balik klang habiskan 3 hari bersama suami.macamtu lah rutin saya.Saya yang pilih nak berulang macamni,so seboleh2nya taknak susahkan husben.

Berbalik kepada demam, awalnye kami bawak naim ke klinik macam biasa,makan ubat,lekat koolfever,& untuk elakkan dia merengek menangis sepanjang masa,nenek hiburkan naim dalam stroller.Tengok2 tertido..good!

Esoknye naim dah baik,main macam biasa..malam tu badan panas balik but only a few hours,bangun pagi esoknya dah tak panas.Selang sehari,badan naim panas balik dan mula ada bintik2 merah.Pergi klinik pun cuma dapat ubat sapu&nenek naim kurang puas hati sebab takde consultation.Pelik tengok naim demam camni dan lagi menyeksakan bila tengok anak dah kurang aktif dan hanya menangis setiap masa.Seriously,everytime nenek takeover jaga naim, i went to my room & cry.hadooiii...

Penat dengan keadaan ni,mak advise jomla kita pergi bawak naim urut.mana la tau dia kan aktif meniarap guling2 kotla ade yang lenguh2 sakit badan dia.Again,terbang lagi duit nenek since my mom willing to pay & also kesian kat aku.So we olls pergi 1 rumah makcik,called wak surat.wak surat ni dah tua gak la&memang kerja dia mengurut badan orang perempuan biasa/ mengandung/bersalin&babies.Kesian sangat tengok naim melalak nangis masa urut tu sebab mood dia memang tak okay masa tu.Wak surat kata naim demam biasa & bahagian kiri badan naim tu memang ade lenguh2 sakit.Memang logik juga sebab naim aktif sangat&kadang we olls satu rumah ni kerap bergilir dukung dia sana sini.so maybe ade part yang terseliuh kat situ.

Lepas balik berurut tu nampak gakla perubahan.naim dah mula senyum2, tido awal&nyenyak sungguh.takde rengek2.setakat ni semua positif.hopefully takdela demam2 lagi.Mekasih nenek bawak naim urut!


No comments:

Post a Comment