Dari Anas bin Malik r.a katanya, dia mendengar Rasulullah s.a.w bersabda:”Sesiapa yang ingin supaya dimudahkan (Allah) rezekinya atau dipanjangkan (Allah) umurnya, maka hendaklah dia memperhubungkan silaturrahim (hubungan kasih sayang).”

Iklan

Thursday, May 30, 2013

Kisah saya&suami

Harini rasa nak mengimbau kenangan lama kisah perkenalan saya&suami.Saja nak menghiburkan hati yang gundah banyak masalah.So untuk happykan diri,saya buat entry ni.

Saya berkenalan dengan suami lepas SPM,melalui majalah sekolah.Serious?yela...tru majalah je.Saya&suami sekolah lain2,tapi masa cuti lepas spm,dia pinjam majalah sekolah kawan dia,nak cari kenalan and pick a few names kat m/s belakang.Kan selalunya senior akan letak nama,alamat,phone no. kan...tapi yang ni without gambar.2-3 orang girls dia try call&berborak.tapi yang stay lama tu saya lah.Saya tak pernah bercouple,masa zaman sekolah tu ade lah jugak minat sipolan,gosip2 dengan sipolan,suka sipolan,tapi officially saya tak pernah bercouple.

So lebih kurang 2 minggu berborak dalam fon,akhirnya kami berjumpa ala2 blind date.Masa tu nenek sakit kat HTAR,so masa melawat tu saya take 15 mins pergi kantin hospital untuk jumpa suami.Kami memang takde idea rupa masing2 camne.Suami rambut panjang paras bahu,mata sepet,macam cina sikit.Actually parents suami saya cambodian,dapat PR.tapi suami malaysian la sebab lahir sini cuma bangsa Khmer.Thats why anak kami si Naim tu putih2 melati miauww miauww..kehkeh.

After months&years kami bersama, abah saya plak tak berapa berkenan sangat.biasela..jurang pendidikan,lifestyle budak bandar/pekan...beza dengan kami yg duduk kampung.Hubungan yg penuh ranjau berduri ni akhirnya abah restu.Petuanya kena banyak bersabar&mengalah dengan parents.Walau banyak kali berpisah&try berkawan dengan yg lain pun still tak menjadi apa.Jodoh tetap jodoh.Saya tak suka persoalkan isu pendidikan.Kami berkenalan zero-zero.Sungguhpun lepastu saya belaja tinggi,tapi saya tetap manusia biase yg banyak kelemahan.Dan suami adalah orang yg boleh faham&terima kekurangan/kelebihan diri saya&family saya.itu yg penting.

Syukur kami dah membina masjid&dikurniakan anak yg comel.Walaupun awal perkahwinan ni banyak kesusahan&dugaan,tapi saya try taknak bersedih.Nak mulakan hidup ni memangla kene bersusah dulu kan?Saya tau di sebalik kekurangan ni,ramai di luar sana mengimpikan kehidupan seperti saya.Ada suami,ada anak yg comel&sihat..complete life.Syukur ya Allah.

4 comments:

  1. TERBAIK.Dalam banyak-banyak entry,entry kali ni paling best!rasa macam nak nangis pon ada ;') semoga bahagia until jannah.

    ReplyDelete
  2. Terime kasih awk..moga awk pn bahagie :)

    ReplyDelete
  3. Entry yang menyentuh hati :') Syukur Alhamdulillah berkat kesabaran beroleh rezeki dan berkat dari Allah. :)

    ReplyDelete
  4. Syukur..hidup mmg x lari dari dugaan :)

    ReplyDelete