Dari Anas bin Malik r.a katanya, dia mendengar Rasulullah s.a.w bersabda:”Sesiapa yang ingin supaya dimudahkan (Allah) rezekinya atau dipanjangkan (Allah) umurnya, maka hendaklah dia memperhubungkan silaturrahim (hubungan kasih sayang).”

Iklan

Wednesday, July 31, 2013

Baju peplum yang besar

Kadang2 bila kita rasa baju macam dah longgar sikit mesti kita ingat berat badan kita turun sampai 4-5 kilo.Padahal bila timbang turun sekilo dua je.Alkisahnya raya tahun ni cadang nak pakai peplum/blaus untuk raya ke 3/4...tapi disebabkan saya ni selalu sedar yang diri ini berbadan padat(takmo sebut gempal),so fikir banyak kali patut tak patut pakai peplum.Kang bont*t nampak besarla,ketat sana sini diri sendiri&suami jugak yg dapat dosa.

Masa awal puasa haritu,saya jalan2 Giant Nilai & terserempak dengan 1 baju peplum butterfly yg free size.Orang siam yg jual kat deret2 kedai luar Giant.Harga murah rm25.Saya langsung tak try baju tu sebab takde fitting room.So saya deal dengan penjual tu "kalau tak muat,saya datang esok tukar dengan baju lain"...okla kan,atleast boleh tukar dengan jubah/dress labuh yg memang conform2 besauuu.

Thank god sampai rumah fit baju memang ngam2 muat & adelah space sikit.Ini kan pulak dah hujung2 puasa.harap2 banyakla lagi ruang baju tu.Bolehla pakai dengan palazzo or skirt labuh.The point is...dah beranak ni memang susah nak turun berat badan,so kalau nak cari baju,better pilih yang besar sikit&labuh.. so selesa la bila kita nak bergerak handle anak.Dapatla lindung part2 badan yang oversize & suami pun takdela dapat dosa.Sekian,tazkirah ramadhan :)


Tuesday, July 23, 2013

Rambut Naim

Dah lama tak ke JB,jenguk UTM kesayangan.Now sebenarnya saya dah pun kat terminal 1 seremban,nak ke UTM submit hard cover tesis.berdebar2 excited pulak nak naik bas sebab last pergi haritu bulan 3.Ade 1 hour lagi,so sempatla update blog.

Sejak naim lahir,saya belum pernah lagi cukur rambut dia sebab kami decide nak tunggu kot2 ade rezeki buat majlis akikah sekali.tapi niat tu tertangguh sampaila sekarang.Now rambut naim dah panjang,and pernah juga kami potong sekerat dua kat rumah just nak bagi pendek sikit.Masa tu naim 4-5 bulan.Then mak tanye,mane rambut naim tadi?dah buang ke?..of cos la dah buang sebab sekerat dua je.Sejak haritu mak pesan,first time potong rambut anak jangan dibuang.Simpan dulu,kemudian timbang & nilaikan dengan harga emas.Duit tu kemudian sedekah kat mane2.Oooo...now baru kami tau&faham.

Now naim dah 7 bulan lebih.rambut pun dah lebat & kami decide nak bawak pergi potong pendek...not botak..Sampai2 kedai,banyak sangat rambut bersepah kat lantai.camne nak mintak asing rambut nak bawak balik ni??..so masa nak potong tu saya kene pegang kain keliling naim supaya rambut tak jatuh.Mula2 naim okay,tapi lame2 mula merengek rimas.Apepun everything settle except ade saki baki hujung2 rambut tak berapa kemas.Charge untuk baby/budak rm4 je.

Insyaallah after this kami nak buat akikah.Cuma tak tahu bila,tunggu ade rezeki lebih.kambing seekor now around rm700 kan...pastu aku pulak dah berangan nak buat doorgift canggih2.pakai baju glamer.. adoiii..




Thursday, July 4, 2013

Go go naim

Sekarang ni naim tengah giat bersemangat angkat badan.Nak masuk fasa merangkak lah tu.Tapi naim ni jenis mengundur..aktif camne sekali pun gerak sana sini mesti mengundur.Memang tak boleh jadi penjaga gol in future. Sangat ganas,aktif.Mostly mainan naim semua dah rosak..& tak berapa sesuai sangat pun sebenarnya.Piano,anjing robot,telefon tipu-tipu,semua dah tak keluar bunyi sebab naim suka mencengkam&menghempas.After this beli soft toy jela.Yang penting sekarang aku sangat excited tengok naim belaja angkat badan..weehuuu

Bab makan pulak tak menentu.nenek tiap hari memang buatkan bubur nasi blend sampai halus.kadang buat puri keledek or labu.Tapi naim bukanlah sepanjang masa berselera.At the end,nenek yang akan habiskan semua tu.Alhamdulillah,dah sebulan setengah naim takde sakit apa2 or amik ubat ape2.seolah2 faham yang mama dah mula sibuk keje&papa pulak jumpe seminggu skali.Before this ade je yang x kene.

Cepatnye masa berlalu,naim nak masuk 7 bulan dah.Sesekali belek gambar2 lama naim masa kat hospital dulu mesti nak menitik air mata.Suci murni kiut miut sayang mama ni..rindu muka naim masa baby dulu2!