Dari Anas bin Malik r.a katanya, dia mendengar Rasulullah s.a.w bersabda:”Sesiapa yang ingin supaya dimudahkan (Allah) rezekinya atau dipanjangkan (Allah) umurnya, maka hendaklah dia memperhubungkan silaturrahim (hubungan kasih sayang).”

Iklan

Friday, August 30, 2013

Sup tulang

Minggu ni saya lapang semacam...sebab tu boleh update macam2 entry dalam seminggu.Minggu depan pulak?student dah start semester...lepastu mesti kau orang boleh nampak sawang labah2 dalam blog aku.

Tadi lunch memang puas hati giler.Mungkin sebab tu la saya tak sabar benau nak update blog.Saya makan kat tempat asam pedas haritu.Tapi harini try sup tulang pulak.Memang pekat sedap la sup tulang tu.Patutnya Qie &krew JJCM patut datang sini.Harini saya amik sepinggan nasi+ikan goreng+kerabu+sambal belacan.semua rm7.50.Mahal kan?...pastu we ols amik sup tulang semangkuk share 2 orang.Harga rm8 untuk semangkuk.Pastu air tebu gerai sebelah rm1 segelas.sedap yawww.Pastu nanges duit abis!..Layan jela.sampai senget2 letak gambar.




Thursday, August 29, 2013

DIY-tudung bawal

Lately sebulan dua ni makin rajin pulak kumpul tudung bawal.Feeling ala2 datin norjuma.Murah pun ye..rm5-rm7 sehelai.Husband pun lagi suka sebab nampak simple&variety colour.Pendek kata friendly user la tudung bawal ni.Nak basuh senang,campak semua dalam mesin basuh.Tapi..dalam masa yg sama kadang saya bosan jugak tudung plain ni.Lalu tertimbul idea nak jahit manik.Masa awal2 ada anak dulu rajinlah jugak try nak jahit ala2 bunga sulam.tapi takde benang sulam,so hentam je dengan benang biasa.Double/triple kan benang tu&masuk dalam lubang jarum yg besar.Buatla corak ala2 bunga.Lepastu cantik or tak cantik,confident jela pakai pergi kerja.

Idea kedua pulak rase nak jahit manik kat hujung2 tudung tu.kasi berat sikit supaya tak nampak kaku/ lesu tudung tu.Baru 2 helai je setakat ni.Tak berani nak jahit yang berat2 sebab takut pulak nampak entah ape ape.Next time try la buat untuk kaler lain pulak.




Parut jatuh walker

Minggu lepas, mak call waktu office hour.'Naim jatuh walker kat luar rumah.Menggelongsor laju sangat,mak abah tak sempat kejar'..okay,mula2 saya dengar macam takut,ade cedera ape2 ke x.But suddenly saya terdengar suara naim gelak2 kat belakang.Masa tu mak cakap tengah tuam bengkak dengan air panas,entah ape yg geli sangat si naim ni sampai die gelak2.Disebabkan jatuh walker,dapatla parut sikit kat tepi mata.Kene beli safety gate nampaknye..



Friday, August 23, 2013

Asam pedas enak

Walaupun hampir 3 bulan sy bekerja di Mantin,tapi masih tak banyak tempat makan yang saya tau.Cuma yang berdekatan dengan kolej jela yang selalu saya pergi.Ada satu tempat makan ni betul2 berdekatan dengan stesen ktm Batang Benar.Tempat dia agak lapang,ada 2-3 kedai combine sederet.Yang nampak popular kat situ ayam goreng rempah,sotong bakar,pari masak asam pedas,masak lemak tempoyak bagai semua jual dalam periuk besar.Bukan tu je,ade khemah yg jual pavlova,tiramisu,kelapa jelly&macam2 desert.Yang datang pun boleh tahan besar2 kereta diorang ni.Harga boleh tahan la jugak tapi memang sedap.saya ambil nasi sepinggan+sayur campur+ulam+sambal belacan+limau ais+sepotong pari asam pedas(semangkuk).Kalau tengok gambar tu agak kenyang la seorang perempuan makan ikan sepotong camtu.Total harga saya around rm15.Kawan saya ambil lauk lebih kurang macam saya jugak cuma beza lauk berat ikan jenahak tempoyak.memang sedap,saiz pun besar.Total untuk kawan saya around rm20.Mula2 rase mahal.tapi fikir2 balik kira standardla harga untuk ikan2 jenis camtu.Overall,sedap&ecommended!





Tuesday, August 20, 2013

Tanjung Kling mariii!!

Sabtu lepas, husband ajak berjalan ke Tanjung Kling,Melaka...together with his friends, Bai&Sopi.Masing2 bawak anak & partner.Plan agak kelam kabut sikit & last minute, tapi nasib baik anak baru sorang..so everything well-handled.Based on previous experiences, kiteorang ade pengalaman yang tak best ke Melaka. Kiteorang sewa homestay (small house, mix rumah papan/konkrit), masa tu pulak Lin (Bai's wife) kene 'ganggu' and she was very sick.So this time, Lin dah siap2 cari homestay yang bagus, tapi saya pulak yang risau sebab first time bawak Naim jalan jauh.Hopefully tak meragam lah.Kami sampai Tanjung Kling dalam waktu Isyak & menginap di Roshani Chalet (if i'm not mistaken).Rumah ni dekat sangat dengan Pantai Puteri.So senang sangat nak cari makanan, merata2 banyak kedai makan.

 Ini rumah yang kami menginap.Mula2 ingat rumah batu sebijik.Untungla we ols kalau dapat rumah sebijik.Rupanya bila masuk betul2 ada ruang tamu, 2 katil, & bilik air.


Ini rumah owner, betul2 sebelah rumah we ols.Keliling rumah ni semua dia pagar, siap pakai pagar remote lagi.




Gambar katil & bilik air memang tak dapat nak snap sebab setiap masa ada je orang guna, katil pulak penuh dengan baju2 and bantal. Overall memang selesa...only rm100 per night. Owner sediakan toto,bantal,sejadah,songkok haji, arah kiblat, barang mandian,aircond,kipas...semua complete.Lagi2 we ols semua bawak babies, heater dah ada semua senangla nak buat air panas.Space rumah ni selesa untuk 3 families.Next time boleh datang lagi!!

Friday, August 16, 2013

Beg Hijau

Assalammualaikum semuuaaaaa (style Linda johara)

Pagi ni semangat sikit sebab nak start cuba Maixara. Kadang aku pelik juga tengok orang perempuan ni obses benau dengan segala mak nenek collagen. Pastu tengok testimonial meletop habis.Tapi atleast diorang2 ni ade jugaklah inisiatif nak cantikkan muka/dalaman. Jangan kata yang bujang je, yang pondan pun lagi hots dari perempuan tulen. Ini apatah lagi yang dah kahwin, wajib la kita cantikkan apa yang perlu hanya untuk husband, juga untuk self-confidence.

Umum kawan2 semua tau kulit saya ni macam mat saleh (banyak jeragat), kadang tak pasti kenapa susah sangat nak hilang. Samada ianya bersifat kekal or memang dah subur tertanam dalam kulit. Okay2, cerita pasal Maixara, camne pulak boleh terbukak pintu hati nak cuba benda ni walaupun sebelum ni memang langsung malas nak percaya collagen2 berbentuk pil ni. Sebelum ni memang ada pernah terbaca pasal Maixara ni, tapi buat endah tak endah je. Lately ni pulak kerap pulak nampak pic member2 yang dah slim, kulit cantik and sangat different dengan keadaan asal dulu2.Aku?tak tahulah ape yang different nya, rasa sama je sejak bersalin.So satu malam tu rasa nak mengadap cermin lama2 pastu teringat husband...tetiba entah camne boleh tergerak hati pulak nak try.Kebetulan, my friend's sister memang ada jual Maixara and memang succes bussineswoman la pendek ceritanya.So pagi ini memang excited la dapat Maixara and siap ada cenderahati lagi untuk customer sebab kakak ni kebetulan memang buat bisness barang kawin.Meh jenguk sikit.



Harap2 berkesan lah, nak2 pulak dah cerita pung pang pung pang kat sini :)

Wednesday, August 14, 2013

Naim mengamuk

Selamat hari raya kawan2,

Raya tahun ni alhamdulillah dah bertiga,cukup membahagiakan..First time belajar nak handle baby kat rumah orang.First raya,everything went well.Masuk second day,jadual naim dah start berterabur.Satu hari tu kami balik beraya waktu magrib.Sampai rumah je naim main macam biasa.Malam pulak papa bakar mercun campak2 kat kebun bagai.Bila tiba waktu naim nak tido,he started crying...tak mau susu.Asal masuk bilik baringkan dia je,dia bertambah lagi nangis.Makin lama menjadi2 mengamuk.Naim start menjerit2 macam nak bebas.Sorang2 start baca ayat kursi sebab kami dah mula bimbang takut2 naim sensitif dengan benda2 lain.Tapi semua tu berkesan sementara je.Naim tenang sekejap and pastu start menangis semula.At the end,nenek peluk kuat sambil atuk picit ibu jari kaki & we ols baca ayat kursi hembus kat naim.akhirnya naim tertido secara statik sampai esok pagi.

Start dari hari tu macam2 reason kiteorang fikirkan kenapa naim jadi macamtu.Mungkin baby terlalu penat,jadual tido terganggu.Balik raya pulak magrib lalu depan kuil2 besar.So banyak sebab la kat situ.Kadang saya&husband pun silap jugak sebab lupa/ tak alert dengan benda2 camni.Ada sesetengah orang sentiasa bawa/selit yassin bawah bantal baby.Tapi saya taknak sebab takut tak terjaga kebersihan/kesucian ayat yassin tu.Bimbang takut tak sedar terlangkah/terduduk/terbawa ke tempat2 yang tak bersih.Tapi saya lebih yakin dengan amalan ayat2 kursi/pendinding ayat quran..cuma rajin/xrajin amalkan.Tula dia pengajaran untuk saya&suami.Lepasni taknak dah paksa anak tido.Dah dah,mehhla kita layan pulak gambar raya :)