Dari Anas bin Malik r.a katanya, dia mendengar Rasulullah s.a.w bersabda:”Sesiapa yang ingin supaya dimudahkan (Allah) rezekinya atau dipanjangkan (Allah) umurnya, maka hendaklah dia memperhubungkan silaturrahim (hubungan kasih sayang).”

Iklan

Monday, October 28, 2013

Hari konvo aku

Assalammualaikum..ini entry panjang.Mehla kite cepat2 tulis sebelum ianya luput dari ingatan.Hehe..Sabtu lepas 26/10/2013, saya dah pun selamat berkonvo dengan jayanya.Almost 4 years menyiapkan tesis master,finally selesai semuanya. Phd?nanti2 la..bagi aku rehatkan badan, otak, segala trauma fobia yang masih melekat dalam ingatan. Bukanlah nak kata perit sangat, tapi sejujurnya saya tak begitu kuat nak menghadapi dugaan seperti sebelum ini.Saya tau saya mampu, Allah juga tahu.Tapi biarlah lepasni kita plan baik2, kewangan kukuh, then baru pikir phd.Saya tak mo dah ulang macam dulu...mengandung, tunggu bas berjam2 untuk perjalanan jb-klang..waktu malam pulak tu, dengan financial tak kukuh, tesis pun tunggang langgang, tak banyak pilihan yang saya ada ketika itu.Ok, cukup-cukup...tak payah cerita hal dulu.Meh kita cerita yang sekarang.

Kami plan nak bertolak jumaat, 25 oktober...pagi2 tu saya ke KLIA amik abang sulung baru balik dari conference di Madrid.So kami ade beberapa jam saje nak spend masa dengan dia sebelum dia fly balik ke Sydney malam tu.So yang ni kira transit gitu la...After breakfast sama2 sekeluarga, rehat2...saya, husband & abang no.2 pun gerak ke JB tengahari tu while my mother & sister gerak malam nanti after hantar abang sulung ke airport. Abah tak nak ikut.Dia nak relax2 di rumah je.Mungkin dia fikir saya dah ada suami, so takdelah risau/sedih sangat kalau tak ikut.Tapi still tak best jugak sebab rase macam tak cukup.


Kami pun gerak dengan riang ria nye ke JB pukul 12 tengahari..dah nak sampai area simpang renggam, ade pulak lori tangki terbakar..Dalam hati ni aduhhhh mesti sampai lambat.tapi takda pun...lori ni pun pandai jugak, parking kat betul2 tepi jalan.



Sampai-sampai UTM je, kami terus check in hotel.Kami menyewa di Scholar inn, senang sikitla...rm160/night.Style apartment, ade 2 bilik, bilik air, dapur, cukupla semua.Kami dapat tingkat atas sekaliiiiii..tingkat 10.Memang tak payah aircond.Cuaca memang dah sejukk.


Okay..aku macam nak semput upload gambar.Lepas check in, laju-laju jumpa kak siti nak bagi ole2 kerepek sambal kentang.Nak jumpa dr.ahmad, dia dah balik sarawak pulak.So terus saya laju-laju bawak husband & abang makan ayam penyek faveret student UTM.Owwwwhhh restoren Pinang...sungguh menggamit rindu & kenangan.



Lepas makan kami jalan2 kejap ke pesta konvo.Tengok show mini bike.Ambik gambar sana sini & balik hotel, berehat.Hajat di hati nak sambung berjalan waktu malam.Dah naim pulak tidor nyenyak.So malam tu memang kami berehat je di hotel.


Esoknya, sabtu hari bersejarah saya..awal2 pagi lagi kami dah keluar hotel.Husband cuma drop saya,mak & abang dekat area dewan, sebab later dia nak kene uruskan naim.So sampai2 je everything semua lancar, dapat jumpa kawan2, amik gambar.Dalam dewan memang lapar giler sebab saya tak breakfast langsung dari pagi. Keluar2 dewan memang dah compang camping dengan cuaca panas, dukung anak.Tak sempat nak betulkan tudung or touch up2 muka...amik gambar pun ala kadar je.Lagipun masa konvo degree dulu saya dah puas bergambar.Yang kali ini, asal ada gambar pentas kira jadi la.

See me compang camping?

After bergambar, saya jadi bingung kejap nak buat ape.Kepala dah sakit menusuk2, so cepat2 hantar borang gambar & pulangkan jubah.Transkrip tak sempat amik sebab tak larat sangat sakit kepala.Masuk kereta je terus muntah2 non stop. perut dah masuk angin..dari pukul 1 sampai la pukul 3 petang saya terlantar dalam kereta macamtu je.Nasib baik naim behave, tido..takdelah mak or husband penat sangat. On the way balik, dah sampai ayer keroh baru la saya okay sikit boleh bukak mata, cakap2 and makan bubur.Rasa azab sangat tak breakfast pagi.

Syukur Alhamdulillah, semua dah selesai.Dah boleh concentrate pada karier & future.Lepasni kita pandang ke depan je, pasal phd tu nanti2 lah fikir.hihi.






Wednesday, October 9, 2013

Naim & the toys

Salam readers..ini pengakuan.sejak naim lahir sehinggalah umur 10 bulan sekarang,kami suami isteri hanya pernah belikan naim mainan sekali sahaja.Sekali?gila kedekkk...saya cuma belikan naim mainan harga rm5.90..tu pun cepat je dia bosan sebab baby-ish sangat.Husband plak sekali je dia belikan walker.tu pun tak sampai rm40.Kami selalu kebingungan tak tahu nak belikan apa untuk naim.So now yang banyak2 kat rumah tu pakcik naim belikan.My 2nd brother is living with us..So hari2 mengadap naim & almost every 2 weeks mesti wak aki akan belikan cheap toys dari pasar malam untuk naim.Tak kira lah robot,laptop,kucing or helikopter..asalkan kluar bunyi,kluar lampu.And of cos everytime naim bermain,kami semua akan perhati/jaga2,takpun 'tapis' dulu mainan tu takut dia masuk mulut part2 yg senang tertanggal.Nama pun cheap toys dari pasar malam,memang kurang sesuai untuk baby.

Tapi actually saya pun happy jugak sebab tak perlu kluar duit beli mainan.kihkihkih..Husband pun just fikir pampers+susu+baju anak sume cukup,kira okla..Tapi kene ingat jugak,barang permainan ni penting untuk ransang otak anak2.Pilihla yg sesuai.kehkeh..tapi malas nak beli.boleh x gitu?





Wednesday, October 2, 2013

Safety gate untuk naim

Kalau masih ingat lagi,saya pernah tulis entry naim jatuh walker..walker menggelungsur laju dari dalam rumah ke luar rumah.so this time after gaji masuk,mama cepat2 belikan safety gate untuk naim.Untuk mudahkan atok nenek jaga naim seharian.

Safety gate ni saya survey kat deret kedai baby kat luar giant Nilai.ade macam2 kedai baby,tapi sebab dah senja,saya survey 2 kedai je & terus beli kat Bebe house,harga rm139.90...kalau size pintu standard tu memang ngam2 boleh pasang.kalau pintu lebar...diorang ade jual extension berasingan...around rm30 macamtu la.Baby dah makin lasak..yg jaga pulak mak ayah kita yg dah berumur.Nak anta umah pengasuh/baby sitter,atok naim dah tak bagi.Sayang cucu katenyerrr.