Dari Anas bin Malik r.a katanya, dia mendengar Rasulullah s.a.w bersabda:”Sesiapa yang ingin supaya dimudahkan (Allah) rezekinya atau dipanjangkan (Allah) umurnya, maka hendaklah dia memperhubungkan silaturrahim (hubungan kasih sayang).”

Iklan

Monday, December 30, 2013

Its about rumah

Alhamdulillah, hampir ke 2014, walaupun hujung bulan gaji belum masuk, aku cuba lah buat2 happy kat ofis ni. Nak imbas balik 2013 memang banyak pahit manisnya. Hampir 2 tahun berumahtangga, banyak perkara yang mematangkan diri saya & suami. Minggu2 terakhir Disember 2013, kami banyak habiskan masa sekeluarga. Disebabkan kematangan yang makin bertambah, macam2 lah saya plan untuk 2014.

First thing first is nak pujuk husband pindah Banting. Banyak kali dah argued pasal hal ni. Tapi kemuncaknya, memang husband decide nak pindah Banting & kami sama2 fair merasa jauh pergi berulang alik ke tempat kerja setiap hari. Banting-Port klang 1 hour, Banting-Mantin also almost 1 hour sebab aku bawak viva macam kura-kura sikit. Now cabarannya is susah nak cari rumah sewa. Bersungguh-sungguh kami cari round survey rumah semalam area Sg.Manggis, tapi mengecewakan.

Bila cerita rumah ni,actually kami memang teringin nak beli rumah.Tapi karier belum stabil, lepastu dok jeles dengan kakak sebab dia bakal ada rumah sendiri.Rumah ni rumah my 1st brother, waktu beli area tahun 2004 tak silap saya x sampai  200 ribu pun harga die, semi D tapi tak besar mana rumah tu,cuma laman kat sekeliling luar rumah yang besar..But since my 1st brother dah pindah melaka, so dia jual rumah tu to my sister.Location kat area Johan Setia Klang, tapi adress seksyen 30 shah alam sebab lebih kurang sempadan shah alam je.So now bila jenguk2 jiran sebelah tu nak jual rumah, dengar2 harga nak naik banyak gila.

Ahad semalam kami sekeluarga gotong royong rumah tu.Lalang nak tinggi pinggang dah.Punyelah selama ni kami jenguk2 rumah tu, rupenye salah nombor rumah.Yang kali ni untuk gotong royong baru betul tak salah rumah.










Penat dah rotate gambar ni,but still tak betul jugak.

Tiap kali fikir pasal rumah je mesti naik tension dibuatnya. Siapa yang tak nak duduk complete as a 1 family.Sampai bila nak jadi weekend-wife/husband, walaupun Klang-Banting tu tak jauh mana.Aku nak husband di sisi aku.Aku nak naim merasa sama macam anak-anak orang lain,ada yang pujuk bila menangis,ada yang marah bila dia degil.Aku nak husband turut rasa kesusahan/kepenatan aku jaga anak setiap hari, sama2 risau bila anak sakit.Haaaa..mula la aku nak emo ni..Sabar..sabar..Sabar itu indah.Moga Allah permudahkan. Sorryla, tajuk macam gempak aku beli rumah, padahal nak cerita keluh kesah cari umah sewa je.




Friday, December 13, 2013

Perangai naim

Lately ni naim suka hentak kepala atas lantai, kat kerusi..or kat mane2 je dia nak.Kadang dia buat secara suka-suka..kadang time dia merajuk nak nangis time tula dia hentak2...kadang mengantuk nak tido.Kadang time mama tengah dukung pun dia tanduk2 kepala kat mama.Atau naim ade gaya2 nak jadi artis rock?...oohh..tak nak la!

Ni contoh dia...dia mintak dukung sebab malas nak merangkak sendiri.Mama pulak paksa dia merangkak sendiri.






Yang ni perangai pelik2, kemam barang dalam mulut lama2




Tido peluk bantal tutup muka...ni style ikut mama.Husband selalu cakap saya tido peluk bantal sambil tutup muka.Tapi saya tak pernah perasan punnnn.



Cer tengok dahi naim tu..ade kesan lebam sebab suka hentak2 kepala.


Okay sekian.

Wednesday, December 11, 2013

Majlis Aqiqah Naim

Assalammualaikum, Bismillah..harini nak story banyak2 pasal majlis aqiqah naim ahad lepas tapi gambar tak banyak, so terpaksalah pendekkan cerita. Dahlah kene uruskan macam2, then nak dukung anak lagi, so siapa pulak nak pegang camera?..rugi jugak sebenarnya tak upah cameraman sebab ini first event untuk naim.Takpelah, asalkan ada lah gambar sikit2.

Majlis aqiqah naim memang serba ringkas, actually saya kongsi majlis aqiqah ni dengan kakak, masing2 anak pun dah besar.Mak jemput kumpulan marhaban, bayaran dalam rm150 (non-member), rm50 (member).Selebihnya, jemput saudara mara & kawan2 husband. Saya tak jemput ramai kawan, lagipun majlis kecil-kecilan je.More on majlis untuk kaum wanita sebenarnya.

Untuk doorgift, saya buat brown paper beg berisi sapu tangan saiz lap muka, air kotak, apollo cake & bunga telur crepe paper.Tapi isi gula2+coklat jela.Then, saya create candy buffet yang tak berapa nak menjadi.Just untuk ceriakan majlis.Khemah pulak sewa hanya sebuah, rm180 siap dengan kain langsir+10 buah meja+40 buah kerusi+meja buffet.Sebenarnya majlis aqiqah Naim ni ketegori jimat jugaklah sebab serba serbi buat sederhana.Total cost secara kasar rm2500.Alhamdulillah takda pembaziran lauk yang melampau.


 
 Kembang kecut dah bunga crepe ni.







Last stage marhaban, diorang akan berselawat beramai2 then saya & kakak masing2 dukung anak and berjalan keliling dalam group tu.Kemudian, beberapa makcik senior yang terpilih akan bacakan doa & hembus pada ubun2 naim.Antara kandungan2 doa, ' semoga jadi anak yang soleh, jadi anak yang beriman & taat pada ibu bapa'.Masa ni memang touching sikit, husband yang tengok dari jauh pun rasa sebak.Selesai berselawat, doa & majlis pun selesai.Simple je kan majlis ni.Alhamdulillah semua lancar, & moga naim jadi anak yang baik& taat.Amin. 


Tuesday, December 3, 2013

Upcoming event

Hai..hai..hai.Lamenye tak update blog.Sebenarnya aku tak rase pun keje pensyarah ni bizy sebab ramai je pensyarah2 lain kat malaysia ni yang rajin update blog.pendek kata rajin atau malas je.panjang tak kate ape..kehkeh.

Sebenarnye dah lama kami suami isteri nak buat akikah untuk naim.tapi yela kan,awal2 kahwin dulu financial tunggang langgang.sekarang Alhamdulillah..better than before.Itulah yg dikatakan zuriat itu pembawa rezeki.Insyaallah 8 Disember ni kami plan untuk buat majlis akikah + besday Naim.Aku ni bab majlis2 mula lah fikir semua benda nak DIY sendiri.padehal hasil takdelah kemas mana pun.tapi still insist jugak nak buat sendiri.

Berikut adalah sedikit butiran mengenai majlis akikah Naim.Kami cadang nak pakai daging lembu,2 bahagian untuk anak lelaki.Dengan bajet yang sedikit terhad,kami niat buat 1 bahagian dulu untuk majlis ahad ni.Slebihnya 1 day nanti kami cadang sedekah lagi bahagian ke-2 pada yg memerlukan.Harga daging sekarang rm525 untuk 1 bahagian siap upah potong.Tu harga area Banting la.Mungkin lembu sini gedempol sihat belaka,aku pun tak pasti.Lain2...aku ade DIY bunga telur crepe paper.then cadang nak buat candy buffer tapi takdelah choc fountain.Disebabkan bajet limit,cerita aku pun pendek tergantung camni.haha..nanti lepas majlis insya Allah aku update lagi.