Dari Anas bin Malik r.a katanya, dia mendengar Rasulullah s.a.w bersabda:”Sesiapa yang ingin supaya dimudahkan (Allah) rezekinya atau dipanjangkan (Allah) umurnya, maka hendaklah dia memperhubungkan silaturrahim (hubungan kasih sayang).”

Iklan

Wednesday, December 11, 2013

Majlis Aqiqah Naim

Assalammualaikum, Bismillah..harini nak story banyak2 pasal majlis aqiqah naim ahad lepas tapi gambar tak banyak, so terpaksalah pendekkan cerita. Dahlah kene uruskan macam2, then nak dukung anak lagi, so siapa pulak nak pegang camera?..rugi jugak sebenarnya tak upah cameraman sebab ini first event untuk naim.Takpelah, asalkan ada lah gambar sikit2.

Majlis aqiqah naim memang serba ringkas, actually saya kongsi majlis aqiqah ni dengan kakak, masing2 anak pun dah besar.Mak jemput kumpulan marhaban, bayaran dalam rm150 (non-member), rm50 (member).Selebihnya, jemput saudara mara & kawan2 husband. Saya tak jemput ramai kawan, lagipun majlis kecil-kecilan je.More on majlis untuk kaum wanita sebenarnya.

Untuk doorgift, saya buat brown paper beg berisi sapu tangan saiz lap muka, air kotak, apollo cake & bunga telur crepe paper.Tapi isi gula2+coklat jela.Then, saya create candy buffet yang tak berapa nak menjadi.Just untuk ceriakan majlis.Khemah pulak sewa hanya sebuah, rm180 siap dengan kain langsir+10 buah meja+40 buah kerusi+meja buffet.Sebenarnya majlis aqiqah Naim ni ketegori jimat jugaklah sebab serba serbi buat sederhana.Total cost secara kasar rm2500.Alhamdulillah takda pembaziran lauk yang melampau.


 
 Kembang kecut dah bunga crepe ni.







Last stage marhaban, diorang akan berselawat beramai2 then saya & kakak masing2 dukung anak and berjalan keliling dalam group tu.Kemudian, beberapa makcik senior yang terpilih akan bacakan doa & hembus pada ubun2 naim.Antara kandungan2 doa, ' semoga jadi anak yang soleh, jadi anak yang beriman & taat pada ibu bapa'.Masa ni memang touching sikit, husband yang tengok dari jauh pun rasa sebak.Selesai berselawat, doa & majlis pun selesai.Simple je kan majlis ni.Alhamdulillah semua lancar, & moga naim jadi anak yang baik& taat.Amin. 


No comments:

Post a Comment