Dari Anas bin Malik r.a katanya, dia mendengar Rasulullah s.a.w bersabda:”Sesiapa yang ingin supaya dimudahkan (Allah) rezekinya atau dipanjangkan (Allah) umurnya, maka hendaklah dia memperhubungkan silaturrahim (hubungan kasih sayang).”

Iklan

Tuesday, December 30, 2014

Lihatlah ke hadapan, mulakan hidup baru

Assalammualaikum,

Another few days before 2015 is coming, sedih mengenang semula apa yang kita lalui dalam tahun 2014. Penuh dengan seribu hikmah. Saya tak pernah mengalami banjir sepanjang hidup, kalau hujan pun rumah-rumah yang hujung kampung saja yang terlibat, jadi kita ni macam jakun duk main air feeling-feeling tepi pantai. Tapi melihat apa yang terjadi kat Kelantan, Pahang, Terengganu, tak tahu nak kata apa. Kita yang kat Selangor ni nak post gambar makan sedap-sedap, berjalan sana-sini, dalam facebook, tak tergamak rasanya mengenangkan orang-orang yang tengah susah.Moga Allah beri kemudahan pada mereka yang merasai, dan moga diberi kesenangan pada kita yang ingin membantu.

Tak sampai hati nak post dalam facebook, kita tulis saja dalam blog sebab mostly yang baca cuma silent reader. Kalau nak semak semula target 2014, banyak lagi list yang belum tercapai.

This was my wishlist of 2014.Ada lapan semuanya tapi tiga saja yang tercapai.Alhamdulillah, ada rezeki sikit-sikit dapat upgrade sikit duit belanja mak abah, dapat pergi sydney....and 2 hari yang lepas, finally husband managed to get a 2nd hand car for me. Selama setahun 6 bulan bekerja, kita terhutang budi pada kakak yang faham kesusahan kita and sudi pinjamkan kereta comel dia pada kita. Agak susah juga nak cari kereta sambung bayar sebab apa pun based on trust. Mungkin juga sebab kita ni kerja pensyarah, jadi orang senang percaya. Yang sebelum-sebelum ni i siap mintak nasihat kawan yang kerja lawyer goverment kat Ipoh.Apepun syukur, everything going smooth. Sebab selalu berniat, kalau ada kereta cc besar sikit, selesa nak bawak mak abah ke mana-mana. Memanglah abah ada kereta sendiri, but dah tua-tua ni mata tak begitu terang nak drive especially malam-malam.Kawan husband yang menjual tu pun bagi kita bayar down payment ansur-ansur, tak cerewet dan senang nak discuss..Memang terasa nikmat nya bila kita dah biasa bersusah drive 660 cc dan tiba-tiba bertukar ke 1.3.


 Minggu lepas juga me and office mate jumpa port makan baru yang sedap. Just before pekan Mantin.Ayam golek yang enak!!


 Yang bawah ni pula ayam goreng rempah bertentangan Nilai square, nama kedai is Papa Ganu. Kami duk lepak-lepak minum air semasa nak on the way ke rumah kawan untuk pick up kereta. Tak tahan betul dengan godaan bau ayam goreng ni.

And today i made salad with dory fish...makan dengan ayam golek kat kedai haritu.

Alhamdulillah, kenyang perut, suka hati..For 2015, i already listed out my wish. Phd is and will always in my mind. Terfikir nak tukar tempat kerja, tapi sayang juga sebab dah selesa di sini. Untuk travel pula, yang pasti nak berjalan ke Indonesia, Thailand...and maybe China?.Tapi yang pasti nak round Asian country. Nak pergi Europe belanja besar sangat.


Saving sangat penting kan?...i wish that if ada rezeki nak renovate sikit rumah emak sekarang. Buang rumah atas, jadikan semua rumah batu setingkat.Then dapur pun teringin nak letak tiles kat dinding. Macam-macam nak buat, nak mak abah hidup selesa. Dah settle rumah mak abah, baru fikir rumah sendiri pulak.Moga-moga murah rezeki untuk tahun 2015. Bila sesuatu tu kita mulakan dengan kesusahan,dengan usaha,dengan air mata,dengan peluh keringat...sampai masa kita dapat merasai kejayaan, pada waktu itulah kita baru sedar nikmat kasih sayang Allah pada kita.AllahuAkbar


Monday, December 22, 2014

Kita dipilih kerana kita mampu

Assalammualaikum,

Lately ramai betul colleagues yang tak sihat, batuk-batuk and demam. Yang tak demam some of them balik kampung ke India bercuti, including me kat office..sedang elok sihat Alhamdulillah. A few days ago, we received a bad news, one of the staff (school head) collapsed during meeting and passed away a few hours after that due to high blood pressure. Kejadian ni betul-betul give me a reminder for not too stress buat kerja, and also nak kena remind my school head supaya jangan tension-tension especially nak mengadap karenah student and staff sendiri. Now bila kita dah join management team, baru kita faham situasi bos kita. Dulu bolehlah melenggang kangkung mengajar,marking,supervise student,take a nap kat surau. Now bila dah pegang jawatan, its totally different. The biggest effort is kena bagi support pada bos, rakan sekerja and students.

Last week, kami attend farewell dinner organized by final year student. It was a small dinner, kita datang untuk bagi support pada student, soal baju glamour kelip-kelip kita tolak tepi. Department kita tak ramai mana, kalau tak datang kesian pulak students.






Student besau-besau, habis tenggelam lecturer kat situ.


I got the same award as last year.


At the same time, last week i do a lot of things to reward myself. Malas nak stress-stress. Dah lama tak lunch sedap-sedap, so i ajak office mate makan Nandos.



Saturday morning, kami breakfast sedap sikit. Nasi lemak daging goreng kunyit @Mahabbah, Mantin. Dah jemu breakfast kat cafe kolej.

On weekend, i took my little boy ke kedai gunting rambut. This time kami try kedai lain near to our house, sebab uncle kedai kegemaran kami balik kampung India.

Penat rotate gambar, tak jadi juga.

 Sekian lama tak memasak untuk suami, he requested ayam black pepper, but only mi rebus hailam je yang dapat disediakan.

Kemuncak reward is, i bought a hush puppies shoes nearly rm200 di saat hujung-hujung bulan nak kehabisan duit poket.Some people akan ingat hush puppies ni made from kulit anjing ke?..haha, no..no..And my husband said asyik beli tumit yang sama pattern je. He wants me to try heel, but i said 'saya ni senang terpelecok, kerja banyak ke hulu ke hilir'.

Alhamdulillah, selalu diberi kesabaran..selalu diberi kekuatan.Allah bukan saja-saja nak bagi kita susah, but He wants us to learn something. Yes, i'm tired...i'm tired with all those things yang banyak menyakitkan hati, yang banyak menguji kesabaran...and again, disaat kita mengalah and air mata tumpah, kita istigfar banyak-banyak, kenangkan balik penat lelah mak abah yang besarkan kita untuk jadi orang berguna, kenangkan balik anak kecil yang mengharap belai manja kita tiap kali kita pulang kerja, kenangkan balik suami yang mengharapkan sokongan kita untuk dia improve diri and jadi ketua keluarga yang terbaik.

 Kita dipilih kerana kita mampu.Even a bit stresses..but see?,Alhamdulillah i'm able to manage it =)

Friday, December 12, 2014

Something from China

Assalammualaikum,

Lama tak menjengah blog, sibuk dengan class.. Nak-nak pulak deputy dean ke China seminggu, jadi ditinggalnya kita dengan urusan-urusan pejabat..Bolehlah feeling-feeling bos sekejap seminggu tu. Weekend lepas, tertunai hajat saya nak ganti phone baru. Phone lama elok lagi, tapi saja nak kasi advance sikit. Mujur juga saya ni bukan gila gajet, nak ganti handphone ni pun tunggu 2-3 tahun. Walaupun gaji dah tahap berpotong cukai bagai, rasanya nak keluar 1-2 ribu untuk beli iphone tu macam nak nangis rasa,sayang duit tu. So selepas survey-menyervey, maka belilah  sebuah smartphone Asus Zenfone 5. For me, yang best hanya kualiti camera dan harga. Soal bateri memang mengecewakan. But so far saya enjoy. Tengoklah berapa lama kita boleh pakai, its AP and clearly made from China.



So bereksperimenting lah saya sepanjang 4 hari ni.


Boss kita balik dari China, dapatlah ole-ole sikit. Next trip will be my turn insyaAllah.



 Yang ni pulak pemberian one of my China student yang dah habis belajar..ingatkan kasut converse

  
 Traditional comb


Quite confuse, is it penanda buku or cucuk sanggul?

Thanks pada yang memberi ya. Moga one day nanti ada rezeki ke China =)

Tuesday, December 2, 2014

Poor little boy

Assalammualaikum,

I received a bad news last friday. My poor little boy, Naim patah kaki.





During the night, i was waiting to watch Joe flizzow & sona one on the muzik-muzik semi final. So kita biarlah anak tu main. Sekejap duduk sekejap berdiri sekejap cangkung dengan mainan bersepah-sepah. Suddenly he accidentally slipped on the lego, and fell down. Masa tu ingat dia jatuh biasa, and mama siap gelak-gelak. But i noticed he cried extraordinary, dengan menggigil-gigil. Cepat-cepat mama sapu minyak. We went to clinic, but the doctor just gave the pain killer. Unsatisfied, esoknya kami ke klinik Kuben. He tried to massage the leg and asked naim to walk, but he refused. Doc try urut-urut lagi, then finally buat x-ray. All of us was surprised bila nampak tulang naim patah. We quickly went to the Hospital Banting, Alhamdulillah we managed to get a fast lane. Memang priority kecemasan untuk baby.


At the beginning, it was hard to pujuk naim untuk sit down or baring properly. But now already hari ke-4, he can smile, laughing, enjoying his favourite jagung kukus while watching tv..and dah pandai tidur mengiring.


Dear naim, forgive mama for not watching you carefully. Moga mama kuat membesarkanmu.

Monday, November 10, 2014

5 days of relaxing-camp

Assalammualaikum,

Just back from 5 days of Surveying Camp at Lanjut Beach Resort, Rompin Pahang.. It was a relaxing-camp since i just have to monitor the students from far...from my room actually.Hehe..Sepanjang 5 hari, i was like desperately-dying-missing my son. But Alhamdulillah, i managed to control my emotion. The place is very nice, calm, sesuai sangat kalau nak marking paper exam tanpa gangguan.



This is our room. Me share with wani

View from the room



The foods was good, luckily they arranged special table for the lecturer. So we don't have to mix queue with the students.


In the morning, the students will do their assignment.

 Afternoon until late evening, semua mandi manda kat swimming pool especially yang pak-pak arab ni diorang start mandi dari pukul 3 petang lagi.. Me, just celup-celup kaki.


Banyak-banyak breakfast dalam 5 hari, nasi lemak tetap di hati




Balik dari camp, sampai rumah terus peluk cium anak.MasyaAllah, hebatnya nikmat kasih sayang Allah bagi. On weekend, i spend my time ke sushi king with family. Unfortunately, this was my husband's first time and will be the last time ke Sushi King. Kembang tekak katanya makan Japanese food.
 


The best part was....akhirnya dapat juga cadar yang diidam-idamkan dengan harga yang murah. My sister bought at GM Klang for only rm90!!


Back to normal life. Babai friends!

Thursday, November 6, 2014

Percutian ke Sydney - Sourvenir & cost




Assalammualaikum

As mentioned before, now I’m having a surveying camp at Lanjut Beach Resort, Pahang. For the past 3 days, I’m dying missing my son. Memang tak boleh nak start cerita pasal anak, tak pasal-pasal menangis sorang-sorang tengah malam. Okay,okay…lets focus on what I’m going to story. Malam ni, dengan internet yang macam chipsmore ni, I want to update some story about the souvenirs that we bought from Sydney. At the same time, nak cuba leka kan fikiran supaya tak teringat anak sangat.

As I told before, kalau pergi shopping mall, mostly baju-baju ladies, babies, and men boleh dapat murah starting 3 dollar – 20 dollar. Rambang mata tengok baju kids and babies, so I grabbed some tshirts, jeans and pants untuk Naim. Really enjoyed the shopping, some items boleh jadi murah even after darab 3.

  



Untuk handbag2 kat gambar bawah tu, yang warna coklat&hitam, both I bought from the shopping mall. Tapi kalau convert pun harga macam kat M’sia juge..around rm45-50. For Lonsdale beg, saya beli kat Car Boot Sale.Seronok ke sana sebab not only jual untuk second hand item but as well as the new items. Memang berbaloi sebab diorang let go/jual barang baru dengan harga murah macam second hand. Contoh macam new Lonsdale bag ni diorang bagi 5 dollar.







Untuk sourvenir pulak, wajib ke Paddy Market. Selalunye untuk key-chain, 3 papan 10 dollars. Sepapan biasenya ada 6 biji key-chain. Kalau fridge magnet tak silap 3 pieces for 5 dollars. But I’m more interested buying the shopping bag as the ole2 untuk close friends. 4 keping for 10 dollars..and I bought around 15 pieces. Kalau rajin cubalah tawar-menawar.





Tshirt kalau tak silap 3 helai for 18 dollars. For men size, women size and baby size, harga lain-lain.

 Siapa-siapa ade yang bertanya dalam hati berapa banyak saya habis, untuk cost ticket flight for husband+wife+baby is around rm3000. Shopping around rm1000. Makan and tempat tinggal is free. Overall for me, memang seronok jalan ke Sydney. Kalau ada rezeki, teringin nak jalan pula ke Perth or area lain insyaallah =)

Babai.See you next entry

Monday, November 3, 2014

Percutian ke Sydney- Day 3,4 and 5

Assalammualaikum,

Today cuba mencuri masa nak update blog..kalau nak tunggu masa free memang takde.nak buat entry bersambung-sambung macam penat pulak. Okla let me finish all the Sydney's story today insyaallah. Today i'm going to survey camp for 5 days. Nak tak nak nak habiskan jugak story Sydney ni.

DAY 3 - JUMAAT

On Friday, seperti yang dijanjikan dalam tentatif, my SIL ajak ke kedai Corelle and shopping mall. Just a perfect day sebab semua lelaki will be going to Friday prayer..So kami habiskan masa start from pagi sampai lah almost pukul 3 petang. Memang banyak sangat barang yang kami beli.Konon nak pergi Corelle saje,but then ke shopping mall beli a few tshirt,beg,kasut and barang dapur.Semuanya murah kalau tak darab dengan 3.Kihkih..
Kedai Corelle





Sebelah petang we just having lunch kat rumah,rehat...and after asar,my brother Ajol ajak ambil angin berdekatan dengan port.Not sure what the place name,tapi memang cantik,and jadi location wedding photography.Waktu ni kakak ipar and the kids tak ikut.Nine of us just sumbat masuk dalam Odyssey.





Day 4-SATURDAY

Seawal 7.30 pagi kami dah siap2 ambil kereta sewa.Destinasi harini ke Kiama Beach.Perjalanan agak jauh..ala2 nak ke cameron highland..Me siap muntah dalam kereta sebab mabuk.Then kami singgah di satu tempat..again i really tak ingat apa nama tempat tu. Pemandangan memang sangat cantik..and terserempak dengan Datuk Zulkifli zain&her daughter zizi.Orang malaysia kalau saling terserempak memang automatik.jadi peramah,plus Datuk was the 1st one hulur tangan untuk bersalam.Sampai je Kiama,kami berpicnic makan tengahari+solat jamak siap2.Seriously memang angin sangat sejuk+pemandangan sangat indah.On the way back,jalan berkabus and kami ambil kesempatan drive sambil bukak tingkap semata mata nak rase angin kabus..













DAY 5-SUNDAY

Hari terakhir di Sydney,kami plan ke Paddy Market.Destinasi wajib untuk beli sourvenir.Kalau nak ikutkan hati mau lagi nak berjalan tengok kanggaroo&koala.Tapi tak sempat.Untuk ke Paddy,kami sekeluarga guna bas.Cepat,tak sibuk,cuma jauh nak berjalan.And my advise is should be bawak beg besar beroda/troli.Sebab bila sampai sana seriously macam2 nak beli. Masa kat Paddy, kami cuma ambil sekeping gambar je, but after that dengan sibuk beli barang, dengan anak mengamuk..memang tak menang tangan. But for sure i will upload all the things yang i beli kat Australia. For now, lega dah dapat habiskan cerita 5 hari di Sydney.

Okay friends, dah lewat nak gerak ke camp..Babai see you next entry =)