Dari Anas bin Malik r.a katanya, dia mendengar Rasulullah s.a.w bersabda:”Sesiapa yang ingin supaya dimudahkan (Allah) rezekinya atau dipanjangkan (Allah) umurnya, maka hendaklah dia memperhubungkan silaturrahim (hubungan kasih sayang).”

Iklan

Monday, January 6, 2014

Pening kepala cari umbrella stroller

Bismillah & good morning..Alhamdulillah, first week of 2014 was so exciting as we gathered and doing some BBQ activities at home. Tapi yang seronok tu hari Ahad. Sabtu sebelum tu, me & my husband plan nak cari Naim's stuff macam umbrella stroller & clothing beg.Sebenarnya puas dah saya survey kat area Nilai, tapi sume tak menepati citarasa & bajet. Actually gini, saya berkenan umbrella stroller kepunyaan my sister.Brand sweet cherry and cuma berharga rm100 je!..tapi tu dia beli kat area puchong and dah habis stok dah pun rasenye. Saya pun cepat2 la try kat naim, and nampak dia serasi and boleh duduk diam dalam umbrella stroller tu.


Penat dah rotate gambar ni, tapi tak jadi jugak.

Best nye umbrella stroller ni sebab dia boleh lipat and bukak dengan senang,cepat pantas dan efisyen.Ambek kau..haha.Ringan pulak tu.Sesuai untuk baby yang dah pandai duduk and memang tak suka baring dalam stroller. Tapi selalunya limited until 3 tahun or 15 kg maksimum.

Contoh yang takde penghadang depan.

So disebabkan my sister boleh jumpe umbrella stroller  yang harga rm100, so aku pun membara2 la nak cari yang lebih kurang sama.Tapi kat area Nilai semua rm140 ke atas..adoi,punyelah aku berkira.So sabtu haritu i fetched my husband kat klang dan mula lah pencarian umbrella stroller ber bajet rm100. Kami pergi Jusco bukit tinggi, tapi jumpa yang tak boleh lipat macam umbrella. Then hangin jugakla aku sebab macam dah penat cari. Then husband cakap, relax dulu...kita jalan2.Nampak al-ikhsan aku pun excited sebab mula2 tadi kan memang ada 2 barang nak cari..stroller & bag.So now nak cari clothing bag untuk naim version sport casual sikit.Maksud dia, aku boleh bawak ke ofis & boleh juga isi barang2 naim everytime nak keluar berjalan. Finally aku jumpa lah yang berkenan...tapi lupa pulak nak amik gambar.Google kat internet pun tak jumpa.Tapi lebih kurang macamni lah rupa dia.Material je lain.



Dah kemudian, boleh pulak husband cakap "kat MBO klang ada sale barang2 jenama sports, kasut..beg.....kot2 ade stroller sekali..jangan menyesal pulak nanti kalau jumpa yang murah".So dengan ayat2 hasutan kuasa 100 dari mulut suami aku tu, aku pun letak balik beg tu,kami pun bergegas ke MBO. Sampai sana, lain pulak yang aku jumpa. Dahla beg Puma yang aku berkenan tu takde, umbrella stroller pulak abis stok, sudahnya aku beli kasut!!!.Memang ini jualan penghabisan stok.So i guessed most of them were old stocks, then mostly bawah rm100. Dengan tambahan ayat2 hasutan suami, "ala, orang sekarang dah berani la pakai mix and match.Beli jela, kalau dah pakai mesti smart je"..Sebenarnya aku berkenan jenis lain, tapi tengok jenis yang ini okay sikit, i mean kurang terdedah lah kaki tu.


dah macam kasut sekolah pun ada.

See?? inilah masalah perempuan!!..Plan beli barang lain, jumpa barang lain.Ooohhh tension nya. So now apa cerita stroller naim ni?.Ahad pagi esoknya, aku & husband keluar pegi pasar beli ikan kat pekan Banting.Then kami singgahlah kedai2 yang ada.Masa tu aku dah tak kisah la apa brand sekali pun, sebab aku dah habiskan masa & duit minyak ke sana ke sini, so aku redha la kalau jumpa terus beli. Setelah diteliti, kami jumpa satu jenis umbrella stroller ni, tapi malangnya penghadang hadapan tempat letak tangan tu tak boleh lock. So agak bahaya kalau nak harap safety belt je.Si Naim ni pun tak boleh percaya jugak, kadang tengah elok2 duduk dalam stroller, boleh pulak nak melompat keluar. Disebabkan pilihan terhad, kami decide beli stroller yang not-so-umbrella stroller.Function untuk duduk, tapi still boleh buat baring.Saiz kecik sikit, ringan,yang penting muat dalam bonet kereta Viva. Harga rm119, berat maksimum boleh duduk is 15 kg/ umur  3 tahun.Jenama,aku tak tahu.haha..




See..naim always  hold the black part "tempat letak tangan".

Sebenarnya aku masih tak puas hati sebab tak dapat yang umbrella style punya. But entahla.malas nak fikir.haha..sebab tujuan utama is nak mudahkan kami bila keluar2 tak perlu dukung naim lama2, then naim pun enjoy duduk dalam stroller kecik tu.Yang penting, lebih ringan,lebih kecil,lebih mudah diaplikasikan.Kami tahu bayi cepat bosan,sebab tu beli yang murah.hihi.




No comments:

Post a Comment