Dari Anas bin Malik r.a katanya, dia mendengar Rasulullah s.a.w bersabda:”Sesiapa yang ingin supaya dimudahkan (Allah) rezekinya atau dipanjangkan (Allah) umurnya, maka hendaklah dia memperhubungkan silaturrahim (hubungan kasih sayang).”

Iklan

Monday, February 24, 2014

Girls outing

Assalammualaikum readers..

Dah 2 minggu lebih ketiadaan air, tak sangka kami sekeluarga /penduduk kampung sekuat dan setabah ini menjalani life seharian without air.Alhamdulillah, abah masih berkudrat ulang alik drive angkat air setiap hari dari rumah makcik yang lebih kurang 20 minit perjalanan. Setakat ini, saya dah boleh buat estimation..ambil wuduk 1 jag, mandi 8-9 jag, basuh poo-poo naim 4 jag,mandi kan naim 4 jag..semua guna sukatan jag sebab temporarily kat rumah ni kami guna jag air sebagai cebok or gayung, and abah memang letak bekas/tong berisi air kat merata2 rumah.

Itu cerita air, sabtu lepas, saya apply leave satu hari.Sepatutnya sabtu kerja half day tapi terpaksa mintak cuti sebab mak ade trip ke KL, so takda orang nak jaga naim.Kebetulan my bff Ain ajak berjalan sabtu tu ke Alamanda.In the morning, lama jugalah nak tunggu naim bangun tidur sebab now dia suka tidur lewat macam pukul 12 malam or 1 pagi.So biasanya pukul 11 pagi baru dia bangun.



Ngam-ngam dia celik, cepat2 i buatkan susu & breakfast, and terus bersiap sebab almost tengahari, kang lewat pulak balik.Sebelum ke Alamanda, kami ke Banting dulu since another bff, yani si mak buyung ni teringin nak ikut ke Alamanda just because teringin nak beli asam jeruk dari sana.Kiranya ni macam girls outing, but not so girl sebab sorang dah jadi mommy, sorang mommy-to-be, sorang bujang dan sorang lagi little boy...haha.So kami lepak2 dulu kat ofis driving school si Yani sementara tunggu sampi dia tutup kedai.



Naim makin kurus sebab dah makin aktif.Waktu ni naim memang nak sangat berjalan kat luar, cuaca pulak panas, so i have to make macam2 joke supaya dia khayal.

Lepas setel urusan semua, kami pun ke Alamanda dengan girangnya....lama tak keluar window shopping macamni especially dah ada anak..Walaupun tujuan asalnya is just nak teman Ain cari baju/sluar and kasut ke ofis, but most of the time kami melayan karenah naim.Kami terpaksa berjalan jauh sikit sebab nak guna eskalator yg flat untuk tolak stroller naim.And sometimes kalau nak pakai eskalator tangga biasa, sorang dukung naim, sorang lagi pegang/angkat sroller naim.Kami sembayang bergilir2, and beli makanan kat Subway pun semua bungkus je.Just lepak minum air&snap gambar.We had enough fun, except i nak cucuk duit pakai Hong Leong card kene reject dengan semua ATM, while ain didn't bring her atm's card untuk shopping.Haha..








How time flies so fast.Moga ikatan persahabatan ini kuat sampai bila-bila.. =)





Wednesday, February 19, 2014

Say goodbye to Adni

Cukup 2 minggu bercuti, malam tadi kami sekeluarga hantar sister in law & her daughter ke airport.Dua minggu bercuti di Malaysia, tinggalkan anak2 & suami di Sydney.Ada lebih kurang setahun je lagi my brother nak habiskan his PhD.Kalau tengok secara kasar, nampak mencabar kehidupan diorang kat Sydney sebab tinggal sekeluarga dengan 4 orang anak.So semalam petang my SIL and her parents gerak dari Perak and berehat kat rumah kami.The best part is mestilah emak prepare makanan yang sedap2.

Pulut panggang dari Perak

Nasi impit,kuah kacang, ayam kicap and kuah lontong airtangan emak

Laksa johor dari Perak

After maghrib, kami pun gerak ke LCCT.Lepak-lepak sekejap, amik gambar naim dengan Adni.Adni is the only cucu perempuan dalam family kami.Yang 5 orang selebihnya semua jantan.



So around 9.30 malam, SIL and Adni pun berlepas dengan beg 30 kg, beg galas+stroller anak.InsyaAllah, one day in 2014, kami sekeluarga pun plan nak ke Sydney.Moga tercapai..Babai Adni, till we meet again =)





Monday, February 17, 2014

Gloomy sunday

Tak pasti lah tajuk entry ni sesuai ke tak.tapi my sunday kali ni agak suram, no activities, just duduk rumah..relax, kurang cheerful la.Seminggu lebih ketiadaan air, lama-lama kami sekeluarga semua dah mula biasa.Serba serbi jimat.Seminggu ni saya cuba lupakan episod sedih rumah sewa.Tak nak fikir dah,lebih baik fokus pasal krisis air kat kuala langat ni.Sabtu lepas, saya ke rumah husband kat klang, macam biasa lah, amik husband sebab dia takde mood nak drive, plus saya pun memang nak basuh baju & amik stok air kat sana.Husband cerita, kat kaki dia ada luka2 kecil yang susah nak sembuh, bila ke klinik nasib baik takde kencing manis, cuma infection kuman.Balik dari klinik, kami round ke kedai2 cari tong air untuk bawak balik Banting. Harga rm12 untuk 1 tong 20 liter (kalau tak silap). Masa tengah kemas2 & basuh baju kat rumah, husband came closer,hug me and said yang sebenarnya dia pun menyesal tak amik rumah sewa haritu.See?..sudah,sudah...tak nak fikir lagi.Mungkin dia perasan yang aku ni memang muram sepanjang minggu tu.


Ahad pagi, kami just lepak-lepak duduk rumah.Memang takde ke mana-mana pun.Husband takda mood nak drive sebab kaki sakit, Naim pulak tengahari pukul 12 baru bangun tidur.


Petang saya just keluar sekejap temankan emak beli kain kat Nilai Square.Sempatlah juga singgah kedai makan Papa Ganu merasa laksa terengganu.Tu pun betul2 ngam2 tinggal dua.Semua lauk lain dah habis..wahh,macam laris sangat dengarnya.Bagi saya laksa tu sedapla jugak, rasa santan,ikan..walaupun nampak kosong je,still dapat habiskan lagi.Tapi my emak memang tak dapat nak habiskan, mungkin emak nak more pedas,rasa cili api..



Malam takde aktiviti apa-apa, lepas makan malam, kami just rehat, tidur sekejap...and gerak ke klang pukul 12.30 malam.Macam biasa, singgah mamak minum sekejap....sampai rumah pukul 3 pagi,sambung basuh kain....and i just dapat tidur 2 jam je sebab pukul 6 dah bangun untuk gerak pergi kerja ke Mantin.


And now...mengantuk yang amat.





Monday, February 10, 2014

Air paip vs air mata

Sejak hari Jumaat lagi bekalan air putus kat kampung saya & kampung2 bersebelahan, disebabkan pencemaran ammonia dalam sumber air mentah.So Syabas terpaksa tutup loji rawatan.Nak migrate ke rumah sedara, semua nya pun duduk kat kampung bersebelahan.So now the only option is sediakan bekas untuk tadah air.Memang ada lori-lori Syabas yang masuk kampung, tapi selalunya bekalan tak cukup.Abah & aki  amik bekalan air kat masjid.Syukur la kami serumah cuma berlima je including naim, macam jiran saya ni 6 orang anak dia...lagi kritikal nak guna air.Macam2 ragam kawan2 dalam facebook, ada yang dah menadah bekas depan rumah dari awal pagi, ada yang direct pergi ke ofis Syabas sendiri & dapatkan bekalan air kat sana, ada juga yang ke masjid KLIA berkampung kat sana.Kat sini ada a few pics taken from my friend's facebook.

(from Yani's FB)



(from Shidi's FB)

(from Shidi's FB)

So Ahad semalam, husband bawa saya balik rumah sewa dia kat klang.Dapatlah basuh baju & attend kenduri kahwin secara berwangi-wangian.Then, balik dari kenduri...i said to husband, 'papa...my shoes already koyak belakang, no more kasut jalan or kasut ke ofis..' Then husband said okla nak ke Giant or Jusco?..Of cosla pilih Jusco sebab kalau pilih Giant kat Banting ni memang limited la brand nya.Orang dah offer tempat, kita pilihlahhhh...I know he will buy me something!..haha.Sebab last week i bought a puma sling bag for him sempena anniversary.Kira oklah, kami pun bukan jenis yang celebrate2 sangat....kalau masa kami hidup susah dulu husband just bawak dinner makan satay sempena anniversary, now this year dah mampu belikan something.Kira oklah tu kan?..




Cukup cerita happy-happy, now cerita sedih

Before ni, saya bersungguh2 cari rumah sewa exactly kat Sg.Manggis sebab memang tempat tu centre point antara klang and banting.Husband pun okay, tak halang..emak pun okay.So sabtu lepas, my brother's friend datang rumah, borak2 sekejap and tau-tau je dia cakap ada rumah sewa kosong corner lot.Ahad tu dia pun bagilah saya contact number tuan rumah, cepat2 saya call sebab excited.Around pukul 11 saya call tuan rumah, kami discuss pasal sewa rumah & ada interview sikit2 pasal background, dah kahwin ke belum, kerja apa& duduk mana.So tuan rumah kata"awak ni orang ke-6 yang call, so nanti akak decide la tengok camne"..Then..pukul 12.30 kakak tu call lagi, and guess what, she allowed me to be the first person untuk tengok rumah sewa tu dulu berbanding dengan 5 orang yang dah call dia awal2.Rasa nak melompat masa tu seronok sangat, ibarat macam sebelah kaki dah masuk rumah, padahal rumah orang.Lantaklah..but tuhan je tau betapa happynye saya.Suppose kami berjumpa isnin petang harini untuk tengok rumah, tapi sebaliknya yang terjadi.Ahad petang, saya sempat round2 lokasi rumah corner lot tu dengan husband, tengok dari luar memang puas hati.But suddenly husband timbulkan beberapa issues, distance ke tempat kerja, condition kereta, financial....dah fikir betul2 ke.Mak pun timbulkan issue yang sama especially tentang naim. Naim manja sangat dengan nenek dia.Ada satu malam tu, dia bangun pukul 4.30 pagi, merengek2 so i buatkan susu.Lepas kenyang, tak nak pulak sambung tidur, always pointing his finger to nenek's room sambil cakap..'ma...ma..'.Lepastu tarik tangan saya, sambil ajak berjalan ke arah bilik mak, and ketuk pintu bilik emak.Rupanya nak tidur dengan nenek..aduhai naim.Always looking for his nenek.Back to the story, i dont know why everybody suddenly do not agree with my decision sedangkan masa saya sibuk2 cari rumah sewa  sebelum ni takde siapa pun yang halang?..Now bila dah jumpa, semua orang berat hati nak setuju dengan keputusan saya. I'm not angry, but i'm just disappointed.Malam tadi i said to husband," yes i will sms kakak tu untuk cancel the rumah sewa, but please do not mention or discuss about it anymore or in the future".Tawar hati..full stop.

Saya tau & sedar yang hidup berkeluarga ni banyak cabarannya, kene plan itu ini especially financial. Saya tau saya seorang lecturer, gaji sekian-sekian..Sebenarnya saya pun takdelah confident sangat nak hidup berdikari dengan husband sebab belum stabil dengan karier, naim makin besar but also makin manja, boleh ke aku handle without bantuan emak?..but somehow kita berada di tengah2 "boleh buat? or tak boleh buat? " and kita pilih nekad untuk melakukannya.Kalau jadi duduk rumah sewa pun saya tak nak sewa rumah lama2...less than 5 years, kumpul duit sikit/buat loan & start build our own house.

So lewat malam tadi, dengan feeling sedih2 berlinangan air mata, saya sms kakak tu untuk cancel appoinment tengok rumah.Kebetulan naim boleh pulak bangun, and keluar dari bilik terus je meluru keluar nak tengok atuk & aki angkat air.Lantai kat luar memang basah2 and suddenly, i heard something fall.Terus teringat naim kat luar, tengok2 naim dah terlentang jatuh ke belakang. Ya Allah, sedih sangat masa tu, takut, rasa bersalah semua ada. Just because i don't have a mood , sampai anak keluar bilik pun aku tak perhati betul2.So malam tadi, tidurku penuh dengan linangan airmata, sedih sebab abaikan naim, sedih sebab all my excitement untuk berdikari pindah rumah terpaksa dilupakan macamtu je.Mungkin sementara, tapi nak fikir semula pasal pindah rumah lepasni?..seriously memang tak nak fikir dah. I will just continue my life as usual.

Today, pagi isnin i've got no mood...but with the new shoes from husband, yes i can give a little bit of smile. =)

Saturday, February 8, 2014

Penat yang berbalas

Dah 2 malam little boy Naim mengamuk2 susah nak tidur. Kadang dah tido, tapi boleh terjaga merengek tak berhenti2...susu tak nak, air masak tak nak, puting tak nak, sapu air yassin pun merengek juga..tiba tiba je mengamuk. Esok mama nak keje anak oiiiii....So 2 malam tu lah end up dengan pujukan nenek, and they slept together kat luar  (ruang rehat dapur depan tv..). Terima kasih mak.. =) ..Mama pulak dengan lupa dirinya tido sedap2 dalam bilik..sebab seriously aku pun nak ikut mengamuk sekali sebab badan letih balik keje nak rehat, anak pulak mengamuk tak nak tido..Hasil tidur malam yang cukup walaupun cuma 3-4 jam je, saya pun happy nak pergi keje esok harinya sambil 1st time menggayakan palazzo biru




Jumaat semalam saya amik kesempatan temankan my dear friend, bride-to-be cari dawai bunga stokin untuk bunga telur. Hampa dengan pencarian kat Nilai 3 before ni ,so we decided to go KL sebab memang confident akan jumpa dawai kaler pink. Pagi tu sebenarnya emak ada call tanya mana mykid naim, sebab batuk selsema nampak macam makin bertambah & mak abah nak bawak naim ke klinik.Mulalah aku rasa serba salah dahlah nak round jalan KL, mak abah pulak susah payah bawakkan naim ke klinik, 2 malam before tu dah lah emak susah2 pujuk naim tak nak tido.Aduhai..Positif..positif,i teruskan jugak plan ke KL but in the same time sms mak tanya keadaan naim.Sampai-sampai KL, turun Sogo, seriously memang kami lapar giler..i siap pening2 nak muntah dalam train KTM sebab tak breakfast.So kami directly terus ke Manhattan Fish market sambil sengih2 happy.Luckily we came early, kalau lah masa sampai tadi  kiteorang mengada2 pergi tengok dulu  kasut, handbag murah, baju, confirm tak dapat tempat duduk!.






Lepas isi perut, kami pun teruskan misi & visi ke Kedai Bunga Reben & SSF.Penat jalan sana sini cari SSF, baru kami tahu SSF already moved into Pertama Complex.Dalam Pertama Complex pun kami boleh sesat lagi...then finally, jumpa lah dawai kaler pink.Itu pun sebenarnya bukan pink camni yang nak dicari, but no choice...beli juga lah.


Testing2..

Kira oklah makan banyak kat manhattan tadi sebab memang lama giler kami berjalan especially kat Jalan TAR..and i'm also belikan tudung chiffon 3 layer untuk emak, saiz L rm20 je..murahh! Tapi confirm aku yang rasmikan dulu nanti..Kehkeh..Sampai rumah exhausted giler...luckily naim tido awal lepas maghrib, maybe sebab mak dah suapkan ubat batuk+selsema.Terima kasih naim sebab bagi kerjasama kat mama, Alhamdulillah, dapatlah mama tidur awal rehatkan diri..Sebenarnya aku penat sangat bila naim buat perangai 2-3 malam camni, and mengharap dapatlah pergi spa urut2 badan or berehat, or somebody bawak aku bercuti.Tapi sebenarnya aku lagi double happy dapat jalan KL walaupun kat KL tu cuma penat je yang aku dapat.hahaha..balik2 tengok naim tidur awal, lagilah triple happy.

Tak sabar nak tunggu husband balik malam ni, kotlah weekend ni ada dapat ape2 suprise..kehkeh.Berangan jer..Babai =)


Wednesday, February 5, 2014

Jakun's story of "baju 3 helai rm10"

Semalam petang, balik keje sampai rumah je saya teman emak ke pasar malam Dengkil, sampai sana almost pukul 7 , balik rumah pukul 8 malam..Seriously suasana waktu petang nampak terang sampai kami terlupa nak tengok jam rupanya dah maghrib.Sebelum ni saya tak pernah beli baju budak2 kat pasar malam/uptown.Rasanya tak pernah..kalau ada pun, stokin and sandal/kasut.Tapi kalau lalu kat tempat baju2 tu mesti tangan ni duk belek2 gak, tapi end up tak beli apa apa.So semalam actually just bawa emak beli ayam & sayur as a preparation for breakfast today sebab kakak ipar balik dari Sydney and singgah berehat kat rumah kami.Entah camne terpandang la seorang brader ni berniaga satu khemah kecil..Campur-campur, ada tudung chiffon 2 layer & baju-baju baby & kanak2.Mostly Disney and GAP..murah pulak tu.Ada yang lelong 3 helai rm10 and ada yang rm8 sehelai.So saya pun singgah, mula2 saya beli tudung chiffon 2 helai, pastu emak pun terikut nak beli 2 helai tudung jugak, then i tambah lagi 3 helai tshirt untuk naim & 2 helai baju untuk little girl Adni, yang balik sama2 dengan kakak ipar.Tak tahulah muat or tak.Total habis kat abang tu rm60.

So kesimpulannya, 1st time jumpa & beli baju murah+cantik+jakun...semua ada 1 pakej.hihi..





Tuesday, February 4, 2014

Picnic sungai after almost 7 years

Assalammualaikum, lepas dapat cuti 3 hari rasa lemau nye nak masuk kerja.Nak-nak pulak ada class setiap hari isnin.Dengan batuk & selsema, memang musim la sekarang senang berjangkit. Cuti raya cina haritu sempat jugak lah kami sekeluarga plan piknik ke Sungai Congkak. Tak berani nak jalan jauh2 sebab risau tinggal abah lama lama kat rumah sorang sorang.Last picnic sungai dengan family rasenye 6-7 tahun yang lepas, kat sungai tekala.Lame sangat dah. Tak banyak gambar yang saya ada sebab susah nak transfer gambar dari ipad husband.Kalau dapat pun, gambar jadi pecah & kurang clear. Mungkin saya nak kene beli jugak ipad, iphone or xperia..Haihhh..sayang la duit.I'm not a gadget-type person.




Perjalanan makan masa lebih kurang sejam, ramai sangat orang piknik hari sabtu tu..and mostly diorang drive mpv.Jalan masuk pulak kecik ngam2 je.So jadi sesak sebab  ada yang tak nak mengalah bagi laluan.Brother in law pulak tak stop-stop...terus je drive naik atas. So kami ikut je.Alhamdulillah, lepas bersusah2 nak masuk, senang pulak dapat tempat parking & port berkelah.



Kami bawak bekal dari rumah, & ada juga lah ngada ngada bakar sosej & daging burger. Naim & Hannan sangat enjoy mandi sungai guna pelampung. Pelik juga sebab kat rumah, naim berteriak nangis setiap kali nak mandi. Air sungai yang sejuk ni seronok pulak dia main sampai menggigil.Masa mandi 1st round, naim mandi dengan pampers sekali.Then rehat, buang pampers tanggal baju kasi kering. Second round mandi without pampers.Tak pernah terfikir pulak nak beli swimming suit untuk naim.Next time maybe =)

Ahad pulak just berehat-rehat kat rumah, pergi kenduri kahwin and sebelah petang celebrate birthday hannan kat Secret Recipi. Banyak giler aku makan sepanjang weekend ni.Isnin masuk kerja macam biasa, conduct class pun tak sampai sejam sebab sore throat. Tengahari ajak ima teman cari pampers and susu naim. Ni lah yang jadi masalah besar sebab kat area Nilai i tak tahu mana nak cari susu & pampers yang murah macam husband beli kat klang. Kadang beza sampai 2-3 ringgit, tu yang tak puas hati. But Petpet i berjaya survey murah kat Tesco Nilai, rm31.90..now the problem is susu. Kalau dah penat2 survey, beli jela walau mahal seringgit dua.Tapi yang hairannya kenapa semua susu Dutch Lady Step 2 habis takde stok kat Giant, Tesco, 99 Speedmart?..temporary saya beli dulu dutch lady biasa & nasib baik naim okay minum macam biasa. After that, ajak ima makan kat sushi king, tapi rasa macam dah bosan makan sushi dia. Try udon pulak.



Sebelah petang, ajak mak ke pasar kat kampung sebelah. Sempat lah juga singgah makan bakso.Rasanya macam first time or second time makan bakso seumur hidup..hehe.



Sebelah malam, Yani ajak saya & ain makan carbonara kat rumah, rajin pulak mak buyung masak.Ngam-ngam nak keluar rumah, boleh pulak puting si naim hilang...habis dah cari satu rumah, siap suluh lampu dalam kereta still tak jumpa jugak.Nak tak nak pecut sekejap ke speedmart beli yang baru, yang sama jenama, kalau tak susah sikit nak tido malam...haih naim, terbang duit mama rm20 beli puting Avent.



So many foods and loves during holiday. Selagi mampu, i will try my best to give happiness untuk semua ahli keluarga. And the important is today, 4 February is our 2nd anniversary. Moga terus dilimpahi rezeki & kebahagiaan, amin.. =)