Dari Anas bin Malik r.a katanya, dia mendengar Rasulullah s.a.w bersabda:”Sesiapa yang ingin supaya dimudahkan (Allah) rezekinya atau dipanjangkan (Allah) umurnya, maka hendaklah dia memperhubungkan silaturrahim (hubungan kasih sayang).”

Iklan

Monday, February 17, 2014

Gloomy sunday

Tak pasti lah tajuk entry ni sesuai ke tak.tapi my sunday kali ni agak suram, no activities, just duduk rumah..relax, kurang cheerful la.Seminggu lebih ketiadaan air, lama-lama kami sekeluarga semua dah mula biasa.Serba serbi jimat.Seminggu ni saya cuba lupakan episod sedih rumah sewa.Tak nak fikir dah,lebih baik fokus pasal krisis air kat kuala langat ni.Sabtu lepas, saya ke rumah husband kat klang, macam biasa lah, amik husband sebab dia takde mood nak drive, plus saya pun memang nak basuh baju & amik stok air kat sana.Husband cerita, kat kaki dia ada luka2 kecil yang susah nak sembuh, bila ke klinik nasib baik takde kencing manis, cuma infection kuman.Balik dari klinik, kami round ke kedai2 cari tong air untuk bawak balik Banting. Harga rm12 untuk 1 tong 20 liter (kalau tak silap). Masa tengah kemas2 & basuh baju kat rumah, husband came closer,hug me and said yang sebenarnya dia pun menyesal tak amik rumah sewa haritu.See?..sudah,sudah...tak nak fikir lagi.Mungkin dia perasan yang aku ni memang muram sepanjang minggu tu.


Ahad pagi, kami just lepak-lepak duduk rumah.Memang takde ke mana-mana pun.Husband takda mood nak drive sebab kaki sakit, Naim pulak tengahari pukul 12 baru bangun tidur.


Petang saya just keluar sekejap temankan emak beli kain kat Nilai Square.Sempatlah juga singgah kedai makan Papa Ganu merasa laksa terengganu.Tu pun betul2 ngam2 tinggal dua.Semua lauk lain dah habis..wahh,macam laris sangat dengarnya.Bagi saya laksa tu sedapla jugak, rasa santan,ikan..walaupun nampak kosong je,still dapat habiskan lagi.Tapi my emak memang tak dapat nak habiskan, mungkin emak nak more pedas,rasa cili api..



Malam takde aktiviti apa-apa, lepas makan malam, kami just rehat, tidur sekejap...and gerak ke klang pukul 12.30 malam.Macam biasa, singgah mamak minum sekejap....sampai rumah pukul 3 pagi,sambung basuh kain....and i just dapat tidur 2 jam je sebab pukul 6 dah bangun untuk gerak pergi kerja ke Mantin.


And now...mengantuk yang amat.





No comments:

Post a Comment