Dari Anas bin Malik r.a katanya, dia mendengar Rasulullah s.a.w bersabda:”Sesiapa yang ingin supaya dimudahkan (Allah) rezekinya atau dipanjangkan (Allah) umurnya, maka hendaklah dia memperhubungkan silaturrahim (hubungan kasih sayang).”

Iklan

Tuesday, February 4, 2014

Picnic sungai after almost 7 years

Assalammualaikum, lepas dapat cuti 3 hari rasa lemau nye nak masuk kerja.Nak-nak pulak ada class setiap hari isnin.Dengan batuk & selsema, memang musim la sekarang senang berjangkit. Cuti raya cina haritu sempat jugak lah kami sekeluarga plan piknik ke Sungai Congkak. Tak berani nak jalan jauh2 sebab risau tinggal abah lama lama kat rumah sorang sorang.Last picnic sungai dengan family rasenye 6-7 tahun yang lepas, kat sungai tekala.Lame sangat dah. Tak banyak gambar yang saya ada sebab susah nak transfer gambar dari ipad husband.Kalau dapat pun, gambar jadi pecah & kurang clear. Mungkin saya nak kene beli jugak ipad, iphone or xperia..Haihhh..sayang la duit.I'm not a gadget-type person.




Perjalanan makan masa lebih kurang sejam, ramai sangat orang piknik hari sabtu tu..and mostly diorang drive mpv.Jalan masuk pulak kecik ngam2 je.So jadi sesak sebab  ada yang tak nak mengalah bagi laluan.Brother in law pulak tak stop-stop...terus je drive naik atas. So kami ikut je.Alhamdulillah, lepas bersusah2 nak masuk, senang pulak dapat tempat parking & port berkelah.



Kami bawak bekal dari rumah, & ada juga lah ngada ngada bakar sosej & daging burger. Naim & Hannan sangat enjoy mandi sungai guna pelampung. Pelik juga sebab kat rumah, naim berteriak nangis setiap kali nak mandi. Air sungai yang sejuk ni seronok pulak dia main sampai menggigil.Masa mandi 1st round, naim mandi dengan pampers sekali.Then rehat, buang pampers tanggal baju kasi kering. Second round mandi without pampers.Tak pernah terfikir pulak nak beli swimming suit untuk naim.Next time maybe =)

Ahad pulak just berehat-rehat kat rumah, pergi kenduri kahwin and sebelah petang celebrate birthday hannan kat Secret Recipi. Banyak giler aku makan sepanjang weekend ni.Isnin masuk kerja macam biasa, conduct class pun tak sampai sejam sebab sore throat. Tengahari ajak ima teman cari pampers and susu naim. Ni lah yang jadi masalah besar sebab kat area Nilai i tak tahu mana nak cari susu & pampers yang murah macam husband beli kat klang. Kadang beza sampai 2-3 ringgit, tu yang tak puas hati. But Petpet i berjaya survey murah kat Tesco Nilai, rm31.90..now the problem is susu. Kalau dah penat2 survey, beli jela walau mahal seringgit dua.Tapi yang hairannya kenapa semua susu Dutch Lady Step 2 habis takde stok kat Giant, Tesco, 99 Speedmart?..temporary saya beli dulu dutch lady biasa & nasib baik naim okay minum macam biasa. After that, ajak ima makan kat sushi king, tapi rasa macam dah bosan makan sushi dia. Try udon pulak.



Sebelah petang, ajak mak ke pasar kat kampung sebelah. Sempat lah juga singgah makan bakso.Rasanya macam first time or second time makan bakso seumur hidup..hehe.



Sebelah malam, Yani ajak saya & ain makan carbonara kat rumah, rajin pulak mak buyung masak.Ngam-ngam nak keluar rumah, boleh pulak puting si naim hilang...habis dah cari satu rumah, siap suluh lampu dalam kereta still tak jumpa jugak.Nak tak nak pecut sekejap ke speedmart beli yang baru, yang sama jenama, kalau tak susah sikit nak tido malam...haih naim, terbang duit mama rm20 beli puting Avent.



So many foods and loves during holiday. Selagi mampu, i will try my best to give happiness untuk semua ahli keluarga. And the important is today, 4 February is our 2nd anniversary. Moga terus dilimpahi rezeki & kebahagiaan, amin.. =)












No comments:

Post a Comment