Dari Anas bin Malik r.a katanya, dia mendengar Rasulullah s.a.w bersabda:”Sesiapa yang ingin supaya dimudahkan (Allah) rezekinya atau dipanjangkan (Allah) umurnya, maka hendaklah dia memperhubungkan silaturrahim (hubungan kasih sayang).”

Iklan

Monday, June 16, 2014

Pedas Hot Spring

Assalammualaikum, pagi isnin yang indah =)

Sempena cuti sekolah ni, cemburu jugak tengok orang travel oversea sana sini.Tapi apakan daya, kita ni belum ketegori mampu lagi...tapi insyaallah, masih mampu jalan2 around malaysia dengan family tersayang.Kalau last week kami pergi tidur kat hotel bajet Klang, this weekend saya bawak family ke Kolam Air Panas Pedas..the reason?sebab ada ala-ala water theme park.Tak jauh pun, dari point KLIA, just around sejam lebih sikit..Tu pun dah siap berhenti kat RnR seremban, isi angin tayar,beli touchNgo, pegi toilet, beli dunkin donut.Ambil exit Pedas, just nice 10 minit perjalanan dari tol.Signboard pun merata-rata.



Husband quite excited sebab dia membesar area Rembau, so sepanjang perjalanan he kept telling me all the childhood memories including dating dengan girlfriend masa darjah 6.Huishhh..tension i dengar, while driving i tarik-tarik misai dia sebab geram.

Kami sengaja bertolak pagi, sebab nak elak crowds, ngam-ngam sampai pukul 11 pagi.Wajiblah kita bergambar dulu kan...Tiket masuk dewasa rm12, kanak-kanak rm8(kalau tak silap), and kids bawah ketinggian 135cm is free. Outside foods are not allowed, tapi i guessed bolehlah bawak nyorok2 dalam beg sebab staff just check ala kadar.Asalkan you ols tak bawak mangkuk tingkat.






Berdekatan dengan pintu masuk, ada mini zoo, cafeteria, toilet & surau.

Here is the kolam air panas refleksologi...mostly orang tua yang singgah ke sini. Yang ini sedang2 panas, once you masuk, you boleh try anytime. But some of the people said to me, ada lagi kolam hot spring kat dalam tu, lebih panas tapi just open untuk waktu malam.

Habis selesai menjelajah pintu depan, now its time to go to the water park. 









One day before, i bought swimming suits untuk Naim & Hannan. Mahal rupanya baju mandi ni kan. The cheapest i found was rm30. Beli kat kedai murah-murah je.




Tak banyak gambar yang ada since everybody busy nak mandi, takda siapa nak pegang kamera. Overall, best.Everybody was enjoyed..i really like the environment, tak crowded, banyak landskap, toilet & surau bersih, telekung pun bersih..except the foods a bit pricey..standard lah kan. So its better for you to isi perut siap-siap before swimming.

Habis mandi, kami keluar cari lunch yang ada jual daging salai...but most of the stalls tutup on weekend.Nak ke pekan Rembau, cuaca panas terik pulak. Perut dah lapar, so kami singgah makan di kedai makan biasa-biasa, and terus gerak balik.

Alhamdulillah..had a great weekend.


Monday, June 9, 2014

Tidur hotel bajet

Assalammualaikum,

Rasanya waktu cuti sekolah ni masing-masing nak update status holiday. Paling syok cikgu lah kan..But for lecturers, some of the institutions, yesss they provide semester break untuk lecturer. But me, non hadoooo...mimpi indah lah aku kalau dapat semester break.So sempena cuti Agong baru-baru ni, memang saya ada plan konon nak pergi zoo kat sri kembangan, then jalan2 kl & menginap kat mane2 hotel. Siap berangan bolehlah mandi kolam. But on saturday morning, husband pulak tak nak & and mintak saya cadangkan mane2 tempat area pantai...kalau dah macamtu, memang malas lah aku nak fikir. So end-up kami tidor sampailah ke petang. Really not in the mood.Then, dah petang - petang tu husband ajak lah jalan2 kat klang, and bawak apa yang patut sebab maybe balik lambat or maybe tidur kat klang. Then dengan bajet yang ala-ala kadar tu, kami tidur kat sebuah hotel kat bukit tinggi...yang jaraknya hanya 10 minit dari rumah sewa husband.Oklah, rm75 je.








Memang takda hala tuju dah kami suami isteri ni..haha...Tapi yang bestnya sepanjang 2 hari satu malam kat klang tu dapatlah kami jalan-jalan makan kat kedai yang kami tak pernah try, then jalan-jalan JJ for the whole day smpai mengamuk2 naim dibuatnya & melawat Fiza yang baru delivered baby. Actually the plan was like this..nak tidur hotel yang memang ada provide breakfast, ada swimming pool and kami nak spent masa just anak beranak kat hotel. Tapi dah last minit, musim cuti sekolah pulak tu kalau nak cari hotel best-best dengan harga yang okay...confirm susah nak dapat. At the same time bila jenguk dompet alahai..sayang pulak duit ni.Nak-nak pulak tahu yang kat JJ ada sale, so memang plan nak cari tshirt raya untuk naim. InsyaAllah next time..

This morning, me and husband went to klinik desa for naim's checkup. Harini genap setahun 6 bulan my Naim.


Berat = 11 kg
Tinggi = 86 cm

Friday, June 6, 2014

Kek coklat "kasih sayang"

Assalammualaikum,

Minggu ni macam suram sikit, husband stay Klang and we will meet on weekend, tonight insyaAllah. Kerja macam biasa, setiap pagi & petang ada class, bila ada masa terluang sikit bukannya boleh rehat tidur kat surau macam dulu2...now banyak isi masa discuss school matter dengan mdm.hema..siap dapat jangkitan batuk lagi dari dia..huhu..

Minggu ni rajin buat air panas + lemon

Breakfast with roti bakar

Alhamdulillah, 3 june 2014, genap setahun saya bertugas sebagai seorang pensyarah.Macam-macam pahit maung setahun ni saya telan je...yang penting niat nak cari rezeki. Kebetulan, pagi tu abah suruh bawak buah mangga epal ke ofis, now tengah lebat berbuah kat belakang rumah. Tiga bungkus plastik saya bawak & distribute kat school2 depan.



Dua hari lepas, penuh semangat beli barang kek. Dulu buat kek tak pernah jadi..fedup rasa. But this time, i already prepare all the ingredients & google tips-tips membakar.As a mother, kenalah tahu buat kek coklat kan...Resipi agak simple, tak ingat google kat mana tapi all the ingredients sukat pakai cawan. Takde pakai gram-gram.





Alhamdulillah, for the first time menjadi pun kek aku..I baked this cake last night & biar dalam oven sampai keesokan subuh. Bangun pukul 6 pagi and buat simple topping. Dapat lah breakfast kek before pergi kerja.. Sebelum ni memang cincai hancai buat kek. This time maybe dipengaruhi emosi seorang ibu yang always nak buat yang terbaik untuk anaknya.Maka terhasil lah kek coklat 'kasih sayang'.Insyaallah after this nak buat pulak jenis-jenis kek lain

Dadaaa...