Dari Anas bin Malik r.a katanya, dia mendengar Rasulullah s.a.w bersabda:”Sesiapa yang ingin supaya dimudahkan (Allah) rezekinya atau dipanjangkan (Allah) umurnya, maka hendaklah dia memperhubungkan silaturrahim (hubungan kasih sayang).”

Iklan

Friday, July 25, 2014

Persiapan untuk yang tersayang

Assalammualaikum..

Sebelum berhari raya, meh la kita belanja satu entry. Persiapan raya tahun ni ada lah sedikit peningkatan. Peningkatan duit belanja,..belanja dapur, baju raya anak, emak&abah, servis kereta walaupun takde balik kampung mane-mane. Alhamdulillah, semua dah settle lega rasa, memang saya dahulukan persiapan anak & mak abah. Diri sendiri kemudian pun tak apa. Hujung minggu lalu, husband dah janji nak belikan kasut raya untuk naim. Both of us singgah Al-ikhsan, size kasut budak bawah 3 tahun agak limited. Berkenan yang ini takde size pulak, berkenan yang itu tinggal yang display pulak.


This was our third choice. Ini je yang ada size.

On monday, bawak emak beli barang dapur..beli segala bahan-bahan untuk memasak during Raya nanti.


At the same day, dapat chocolate. Cepat je naim habiskan.



Ada sekali tu rajin pulak nak try resipi aiskrim from internet. But then sekali makan ada rasa pedas-pedas sikit. Mesti emak ada blend cili before tu. I think kena blend lebih lama sampai gebu. I just spend 5 minit blend, terus tuang dalam bekas.Hasilnya aiskrim tak berapa nak lembut. Sebenarnya dalam internet tu diorang blend sampai 15-20 minit!



Raya tahun ni berazam juga nak buat cookies. So mempersembahkan nestum cookies!


Emak buat sambal tempe kering sebagai kiriman untuk abang sulung kat Australia.


The last one...our baju raya!..Tahun lepas i was really berjimat beli baju raya. So this year Alhamdulillah, masih lagi berjimat cermat especially on myself. Untuk naim, me and husband spend dalam rm300 untuk baju & kasut. Kami pilih warna kelabu silver, because raya tahun ini kami bercadang nak pakai semula baju malam berinai 2 tahun lepas.Tak nak membazir beli baju melayu.

Susah nak cari saiz bawah 2 tahun.

4 helai je untuk naim..aku tau, bunyi macam sikit.Tapi tak nak lah membazir kan.

My baju raya...seriously saya cuma sediakan 2 helai baju baru. The rest, saya akan pakai baju lama sebab dulu gemuk, dapat pakai sekali je.Now puasa dah turun berat badan sikit, so bolehlah menggayakan baju-baju lama.

Yes, bersederhana dalam semua benda, insyaAllah..Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin!






No comments:

Post a Comment